free counters

Saturday 31 October 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-2 SKGR 2009

SAFARI MEMBACA SKGR 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
(Surah Al-‘Alaq: Ayat 1-5)

Sehubungan dengan itu, Program PASCA UPSR diteruskan sekali lagi dengan menyelitkan PROGRAM SAFARI MEMBACA kepada murid-murid Tahun 6 yang melibatkan 4 buah kelas iaitu, Kelas Tahun 6 Arif, Kelas Tahun 6 Bestari, Kelas Tahun 6 Cerdas dan Kelas Tahun 6 Dinamik sebagai salah satu program berterusan bagi memenuhi pengisian Takwim Persekolahan Sekolah Kebangsaan Green Road 2009.

Pada tanggal ini, 26 Oktober 2009 telah dijalankan program tersebut di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road. Program tersebut telah dijalankan di bawah kelolaan AJK Penyelaras Program Pasca UPSR sekolah.Seramai 144 orang murid telah terlibat di dalam program tersebut yang mengambil masa bacaan selama 3 jam 45 minit tanpa henti.Murid-murid akan bergilir-gilir membaca setiap satu perenggan sebuah buku cerita yang telah dipilih oleh ahli jawatankuasa penyelaras program Pasca UPSR bagi setiap orang murid sehingga buku itu selesai dibaca kesemua perenggan-perenggan yang terdapat di dalam buku tersebut. Beberapa orang guru yang terlibat secara langsung yang mengajar di Kelas Tahun 6 dan juga guru yang 'sit in'akan dikehendaki memantau perjalanan Program Safari Membaca tersebut.
Anda tataplah sendiri tayangan foto yang dipertontonkan ini bagi menjelaskan suasana program itu yang telah dilaksanakan oleh AJK Penyelaras Program Pasca UPSR 2009 Sekolah Kebangsaan Green Road.

PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA DI SKGR 2009

Hari ini, Jumaat tanggal 23 Oktober 2009 satu lagi program dijalankan di Sekolah Kebangsaan Green Road bagi mengisi Takwim Persekolahan 2009. Program ini merupakan salah satu Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)iaitu PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA 2009.



Perayaan 'DEEPARAYA' mungkin suatu yang baru bagi seseorang yang belum mengenali perayaan ini.Wujudnya fenomena 'DEEPARAYA'ini adalah sebenarnya berlandaskan perayaan bersama atau dengan lain perkataan 'BERKONGSIRAYA'. Istilah 'DeepaRaya" ini sebenarnya ialah gabungan dua perayaan yang dirayakan yang mana kedua-dua perayaan tersebut dirai pada tahun yang sama tetapi tarikh perayaan tersebut begitu hampir diantara satu perayaan dengan perayaan yang lain, contohnya perayaan Hari Raya Aidil-Fitri dan Hari Raya Deepavali pada tahun ini yang jarak tarikh diraikan begitu hampir sekali.Hari Raya Aidil-Fitri dirayakan umat Islam seluruh Malaysia pada tanggal 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H manakala Deepavali dirayakan penganut agama Hindu pada 17 Oktober 2009.

Mungkin timbul pertanyaan dibenak blogger-blogger Malaysia atau sesiapa sahaja yang sempat bertandang di BLOG MALAR HIJAU ini. Mengapa pula perayaan ini dirayakan di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK? Apakah agaknya keistimewaan yang dimiliki oleh warga Sekolah Kebangsaan Green Road hinggakan perayaan tersebut dikenali Perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA' pada tahun ini.Yang jelasnya, sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum yang menjadi tenaga pengajar dan murid-murid sekolah yang sedang menimba ilmu di sekolah ini.Untuk pengetahuan semua,sekolah ini adalah lambang 'MINI MALAYSIA', di mana tenaga pengajar dan murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, India, Punjabi, Bajau, Bisayah dan sebagainya lagi.

Perayaan DEEPARAYA 1MALAYSIA' yang diraikan pada tahun ini di SKGR merupakan lanjutan atau rentetan semangat 1MALAYSIA yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.
Pelbagai acara telah dirancangkan bagi mengisi dan menepati program Deeparaya 1Malaysia pada tahun ini. Diantaranya nyanyian lagu raya yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Koir Guru yang diketuai oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)dan semua guru, persembahan Tarian oleh Gabungan Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5, persembahan paluan kompang yang ketuai oleh Encik Hashim Jili (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),Pertandingan Pakaian Beragam Mengikut Etnik Kaum,Pertandingan Karaoke Lagu Raya oleh guru dan murid, dan sebagainya lagi. Tak ketinggalan 'Kelas Terbuka Hari Deeparaya'. Akhir sekali diselitkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Anjuran Klinik Pergigian Sekolah Kebangsaan Green Road.


Anda selamilah sendiri perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA SKGR 2009'dengan persembahan tayangan foto dan slot video sebagai tatapan istimewa buat anda yang sudi bertandang di blog MALAR HIJAU.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DAN SELAMAT HARI RAYA DEEPAVALI" khususnya kepada warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK dan rakyat MALAYSIA amnya.

Saturday 17 October 2009

PROGRAM PASCA UPSR- "CERAMAH DADAH DARIPADA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAN DEMONSTRASI ANJING PENGESAN DADAH DARIPADA KASTAM DIRAJA MALAYSIA" DI DEWAN TERBUKA SKGR 2009

Pada tanggal 14 Oktober 2009, Kelab Kaunseling telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan dadah. Ceramah ini diadakan sebagai satu daripada PROGRAM PASCA UPSR 2009 Murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid Tahun Enam tentang bahayanya dadah yang merupakan musuh no. 1 di Malaysia pada masa ini.Antara agensi yang terlibat di dalam program ini ialah Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan Unit Pencegahan Dadah Kastam Diraja Malaysia.

Ceramah pada kali ini terdiri daripada 2 Slot Ceramah iaitu "Dadah,Jenis-jenis Dadah dan Implikasinya" dan "Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah".
Diharapkan ceramah ini dapat memberikan kesedaran yang semaksimanya kepada muri-murid agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan "DADAH".
Staf dan Kakitangan Akademik serta kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan pihak Kastam Diraja Malaysia di atas kesudian menerima jemputan bagi memenuhi salah satu Program Pasca UPSR 2009.

Thursday 15 October 2009

KUNJUNGAN HARI RAYA AIDIL-FITRI DI RUMAH STAF SKGR 2009

Sebut sahaja perayaan Hari Raya Aidil-Fitri, sesungguhnya tidak lengkap seandainya tiada program kunjung-mengunjungi keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-rakan taulan atau staf di dalam sesebuah institusi maupun organisasi. Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri ini tidak mengenal batas kepercayaan beragama, bangsa dan adat resam sesuatu masyarakat malah ia merupakan suatu kemestian mengunjunginya bagi menunjukkan semangat perayaan rakyat Malaysia.
Sesuai dengan semangat tersebut,beberapa orang staf Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil-Fitri bagi menjalinkan hubungan tali silatulrahim yang lebih erat.Tayangan fotoslide yang anda saksikan ini merupakan sebahagian kecil sahaja yang dapat dipertontonkan kepada anda berdasarkan koleksi peribadi yang dapat dirakamkan bersempena Hari Raya Aidil-Fitri 2009.

PROGRAM PANITIA KAJIAN TEMPATAN SKGR 2009