free counters

Thursday 10 March 2011

LAWATAN MUHIBBAH SEKOLAH RENDAH SEMBAWANG, SINGAPURA KE SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING SARAWAK 2011

Hari ini tanggal 10 Mac 2011 bersamaan 5 Rabiulakhir 1432 H, satu lagi catatan sejarah yang cukup bermakna kepada warga Sekolah Kebangsaan Green Road lantaran Kunjungan Muhibbah kali ke-2 oleh rombongan Sekolah Rendah Sembawang, Singapura yang bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara dua buah sekolah rendah antara dua buah negara yang berjiran di rantau Asia. Lawatan Sekolah Rendah Sembawang, Singapura pada hari ini diraikan secara sederhana lantaran hari ini merupakan Hari Peperiksaan bagi Ujian Progresif 1 bagi Tahap I (Kelas Tahun 1-3) dan Tahap II (Kelas Tahun 4-5) serta Pra-UPSR bagi Tahun 6. Pada keesokkan harinya barulah diadakan Keraian Secara Besar-besaran bagi menyambut kehadiran Rombongan Sekolah Rendah Sembawang yang akan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman bermula jam 8.00 pagi. Pelbagai aturcara telah dirancang oleh pihak sekolah bagi menyambut tetamu tanah seberang. Anda saksikanlah serba sedikit tayangan foto yang sempat dirakam pada hari ini bagi memudahkan warga SKGR khususnya dan blogger seantaro dunia amnya bagi mengetahui kunjungan lawatan tersebut.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU