free counters

Thursday 30 June 2011

Mesyuarat Staf II SKGR 2011

Setiap kali tiba musim persekolahan,maka insan yang paling sibuk adalah 'Insan Yang Bergelar Cikgu'. Tidak lengkap dairi seseorang 'Cikgu atau Guru' andainya tidak disertai Program Mesyuarat Staf. Sebagai menyahut Tema Hari Guru 2011 - "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara".Maka pada tanggal 30 Jun 2011 bersamaan 28 Rejab 1432 Hijri telah dilangsungkan Mesyuarat Staf II 2011 di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi merancang segala program bagi memenuhi Takwim Persekolahan Penggal Ke-II Sesi 2011. Anda tataplah tayangan foto yang sempat dirakam bagi memudahkan anda memahami perjalanan mesyuarat yang telah dijalankan di makmal komputer di Sekolah Kebangsaan Green Road.
Selamat Menjalankan Tugas Cikgu
Selamat Melayari
Salam 1Malaysia
Salam Malar hijau

Monday 27 June 2011

Majlis Tilawah Al-Quran.Hafazan, Bercerita dan Kuiz Bahasa Arab Pringkat Sekolah Kebangsaan Green Road 2011

Pada tanggal 27-28 Jun 2011 bersamaan 25-26 Rejab 1432 Hijri, Ahli Jawatankuasa Pendidikan Agama Islam, Guru J-Qaf dan Guru-guru Fardhu Ain Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah berpadu tenaga mengelolakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan Dan Kuiz Bahasa Arab bagi peringkat sekolah. Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Sekolah Kebangsaan Green Road. Objektif majlis tersebut adalah antara lain bagi mencungkil bakat-bakat pelajar di dalam tilawah Al-Quran, menghafaz surah-surah, menghayati cerita-cerita sejarah para nabi dan rasul serta memahami bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran Kalam Allah. Untuk memudahkan anda memahami perjalanan majlis tersebut, di sini diselitkan tayangan foto yang sempat dirakam bagi tatapan warga SKGR khususnya dan blogger seantaro dunia amnya.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU