free counters

Saturday 2 July 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SKGR KUCHING, SARAWAK 2011

Hari ini tanggal 2 Julai 2011 (Sabtu) bersamaan 30 Rejab 1432 Hijri, telah berlangsung Program Larian Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak. Larian tersebut telah dimulakan serentak di seluruh negara mulai jam 7.45 pagi.Lab Kokurikulum telah diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir bagi menjayakan program tersebut. Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memenuhi pelancaran pada hari tersebut antaranya ucapan alu-aluan, larian serentak, senaman tarian 'Chicks Dance', Poco-pocco, Pertandingan Futsal Tahap I dan sebagainya lagi. Anda saksilah sendiri tayangan foto yang diselitkan bagi tatapan warga SK Green Road Malar Hijau, PIBG dan warga blogger seantaro dunia.
Selamat Melayari
Salam 1Malaysia
Salam Malar Hijau