free counters

Tuesday 10 September 2013

UPSR 2013 DATANG LAGI...LONJAKKAN KECEMERLANGAN PELAJAR SKGR

Hari ini tanggal 10 September 2013 bersamaan 4 Zulkaedah 1434 hijri, hari yang dinanti-nanti oleh pelajar Tahun 6 setelah sekian lama menghitung hari iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. Tempoh lima tahun lapan bulan bagi persiapan menduduki UPSR bukanlah suatu tempoh yang singkat bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.Malah ia merupakan suatu langkah lonjakkan kecemerlangan enam tahun persekolahan di sekolah rendah ke arah pencapaian yang lebih gemilang ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Bagi pihak ibu bapa dan pihak guru di sekolah, mereka telah memainkan peranan yang cukup begitu besar bagi mempersiapkan modal insan yang bakal menerajui pentadbiran negara khususnya dan pentadbiran global amnya. Ibu bapa telah mengorbankan pelbagai bentuk elemen pengorbanan berupa tanggungjawab insaniah anak-anak mereka dalam aspek pendaftaran anak-anak mereka ke sekolah, penyediaan bahan-bahan persekolahan, penyediaan fizikal dan mental yang mantap, curahan kasih sayang dan sebagainya lagi yang begitu sukar untuk diberi perhitungan di atas pengorbanan mereka sebagai insan yang bergelar 'Ibu bapa'. Bagi seorang insan yang bergelar 'Guru' pula, peranan mereka bukan sekadar memberi pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan dasar-dasar kependidikan negara malah lebih besar daripada itu iaitu menyediakan modal insan yang mencakupi kecemerlangan modal insan millenium dalam segala aspek insaniah sebagai khalifah di muka bumi. Maka dengan itu kepada pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki UPSR tahun ini, bangunlah dan ingatlah bahawa anda adalah "Intan Permata' yang bakal bergemerlapan di masa yang akan datang andainya tiada kelalaian lantaran kecanggihan gadget-gadget di alam maya di masakini. Rebutlah peluang yang sedia ada di alam maya masakini bagi mempersiapkan diri menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu dan berkemenjadian insaniah yang lengkap segala-galanya. Buktikan kepada diri, kepada ibu bapa, kepada guru dan kepada rakan bahawa UPSR tahun ini adalah ikhtizam untuk kecemerlangan di masa yang akan datang bukan sekadar mendapat 5A malah lebih daripada itu untuk masa-masa yang mendatang. Anda adalah 'Intan Permata' yang digilap daripada buih-buih kelangsungan pendidikan negara. SELAMAT MENDUDUKI UPSR KE ARAH LONJAKKAN KECEMERLANGAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM MALAR HIJAU