free counters

Monday 17 February 2014

KUNJUNGAN HORMAT YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II 2014

Tanggal 17 Februari 2014, merupakan "Hari Ini Dalam Sejarah Sekolah Kebangsaan Green Road 2014" lantaran Kunjungan Hormat Yang Berhormat Tuan P Kamalanathan a/l P Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan II yang telah meluangkan masa bertandang ke Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching Sarawak. Kehadiran Yang Berhormat Menteri yang sudi bertandang memberikan suatu impak yang amat bermakna kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Green Road dan merangsang lagi semangat kependidikan warga sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan yang berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Kunjungan Yang Berhormat Menteri melonjakkan motivasi warga guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pelajar ke arah pencapaian misi sekolah iaitu "Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Menjelang Tahun 2015". Kehadiran Yang Berhormat Menteri pada pagi ini membuktikan betapa kecemerlangan guru, PIBG dan pelajar amat dihargai oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan ucapan balas Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II memberi semangat jitu warga guru bagi melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Lawatan muhibbah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II merupakan suatu detik bersejarah kepada warga sekolah khususnya dan akan menjadi suatu titik lonjakan kependidikan yang lebih gemilang di masa-masa yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingganya daripada kami warga sekolah kepada Yang Berhormat Tuan P Kamalanthan a/l P Panchanthan Timbalan Menteri Pendidikan II serta rombongan Kementerian Pelajaran Malaysia serta rombongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan tidak lupa juga kepada rombongan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, serta pihak wartawan-wartawan media. Kehadiran tuan/puan semua memungkinkan sinar yang lebih cemerlang kependidikan warga Sekolah Kebangsaan Green Road. Diharapkan masa-masa yang akan datang ada kesempatan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin bertandang ke Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching Sarawak. Bagi menghargai kunjungan hormat rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Green Road, dirakamkan detik kenangan manis tayangan foto bagi tatapan warga sekolah khususnya dan warga pendidik Malaysia amnya. SALAM SATU MALAYSIA SALAM MALAR HIJAU