free counters

Wednesday 24 February 2010

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA WARGA SKGR 2010M/1431H

Marilah kita bersama-sama merenung sejenak akan isikandungan e-card seperti yang dihamparkan ini. Semoga ianya memberikan kita kekuatan untuk menjadi umatnya yang akan mendapat 'syafaat' di Padang Masyhar suatu ketikanya nanti. Amin!!!!!!!

Saturday 13 February 2010

"GONG XI FA CAI" KEPADA WARGA SKGR 2010


"SELAMAT TAHUN BARU CINA/ GONG XI FA CAI" diucapkan kepada warga SKGR 2010. Semoga Tahun Harimau membawa erti yang amat besar kepada warga SKGR bagi menjayakan visi dan misi sekolah ke arah pencapaian yang lebih gemilang untuk tahun-tahun yang mendatang.
 

Monday 8 February 2010

PROGRAM MACS GREEN-MENJEJAK QNK MURID TAHUN 6 SKGR 2010


Hari ini telah diadakan satu lagi program yang melibatkan murid-murid Kelas Tahun 6 (Arif, Bestari, Cerdas dan Dinamik) Sesi 2010. Program ini dinamakan Program MaCS Green. MaCS Green membawa makna:

M-Managing
A-a
C-Challenging
S-School
G-Green
R-Road
E-Educatinal
E-Excellence
N-Nextwork 

Program ini dijalankan selama dua hari mulai 8-9 (Isnin-Selasa) Februari 2010. Ianya dikelolakan oleh AJK Penyelaras Kelas Tahun 6 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Tujuan program  ini diadakan bagi menjejak kualiti dan kuantiti murid yang boleh mencapai 5A UPSR di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.





Anda saksikanlah sebahagian daripada tayangan foto dan video yang dapat dirakamkan yang berkaitan tentang program yang dijalankan ini bagi memudahkan anda mengetahui perjalanan program tersebut.
'Selamat melayari.....Salam Malar Hijau'

Wednesday 3 February 2010

PERJUMPAAN KK KELAB BERUNIFORM SKGR 2010


Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum bagi Kelab Beruniform telah diadakan pada hari Rabu 3 Februari 2010 jam 3.00 hingga 4.30 petang. Murid-murid Kelas Tahun 4 hingga Kelas Tahun 6 diwajibkan mengambil 3 Aktiviti Kokurikulum iaitu Kelab Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.Ketiga-tiga aktiviti KK ini diadakan berselang minggu. Minggu Pertama ialah Kelab Beruniform, Minggu Kedua pula ialah aktiviti Kelab dan Persatuan manakala Minggu Ketiga ialah Sukan dan Permainan. Aktiviti ini dijalankan berdasarkan Takwim Persekolahan Sesi 2010.Perjumpaan KK yang dijalankan pada hari ini melibatkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kelab Pancaragam pula diadakan pada setiap Hari Jumaat,jam 3.00 hingga 4.30 petang.

Monday 1 February 2010

SATU CATATAN SEJARAH TERUKIR LAGI PADA 1 FEBRUARI 2010 DI SKGR


Pagi ini, 1 Februari 2010 bersamaan 16 Safar 1431H telah terukir satu lagi catatan sejarah di sekolah ini apabila Perhimpunan Pagi Isnin ini amat melegakan warga SKGR lantaran suasana perhimpunan kali ini di Dewan Terbuka amat terang-benderang dilimpahi lampu limpah 
'down light' .Sebelum ini keadaan di Dewan Terbuka ini agak gelap setiap kali apabila cuaca mendung disertai limpahan hujan membasahi bumi. Seperti yang saya utarakan di dalam  blog ini sebelum ini berkaitan hujan lebat yang mencurah-curah pada petang tanggal 14 Januari 2010 merupakan Hujan Rahmat yang benar-benar memberi rahmat kepada warga SKGR pada tahun ini.

Syukur Alhamdulillah. Apa yang terlintas di mata hati kita tentang peristiwa hujan lebat petang itu amat mengharukan hati kita kini. Inilah berkat kesabaran dan doa yang kita panjatkan pada setiap hari perhimpunan pagi yang kita telah pohonkan dengan hati yang tulus keikhlasan dan keinsafan mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Untuk ini juga kita sebagai warga SKGR harus jangan lupa akan ucapan penghargaan 'TERIMA KASIH' kita kepada Jabatan Pelajaran Daerah Kuching khususnya dan Jabatan Pelajaran Negari Sarawak serta Kementerian Pelajaran Malaysia amnya di atas keperihatinan menyumbangkan peruntukan kewangan bagi pemasangan lampu limpah 'down light' tersebut. Semoga semakin melimpah-ruah rezeki warga SKGR dan kemudahan infastruktur yang memberi keselesaan warganya.