free counters

Friday 8 August 2014

RAMAH-TAMAH AIDIL-FITRI SK GREEN ROAD, KUCHING 2014

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI KHUSUSNYA KEPADA WARGA SK GREEN ROAD, KUCHING DAN AMNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEANTARO DUNIA 2014/1435H" Hari ini tanggal 8 Ogos 2014 bersamaan 12 Syawal 1435H, telah berlangsung keraian Ramah-tamah Aidil-Fitri Peringkat SK Green Road, Kuching. Ianya telah diadakan di Dewan Terbuka Tunku Abdul Rahman Sekolah Kebangsaan Green Road.Jawatankuasa perayaan telah merangka pelbagai aturcara sambutan Hari Raya Aidil-Fitri peringkat sekolah bagi memberi peluang kepada warga sekolah menyambut perayaan tersebut dengan semangat muhibbah. Antara aturcara yang telah disediakan adalah Ucapan perasmian sambutan oleh Guru Besar Encik Awang Kasim bin Awang Hosain, Persembahan Pembukaan Gendang Melayu Sarawak, Persembahan Action Song Pelajar Tahun Tiga, Pertandingan Karaoke Peringkat Akhir, Pertandingan Pakaian Glamour Raya dan Rumah Terbuka Aidil-Fitri SK Green Road. Meskipun sambutan perayaan Hari Raya Aidil-Fitri disambut secara sederhana lantaran rasa simpati di atas tragedi MH17 di Ukraine, namun sambutan tetap berjalan begitu ceria dan muhibbah. Untuk memudahkan anda mengikuti perjalanan Ramah-tamah Aidil-Fitri SK Green Road berserta ini dimuatkan tayangan foto tersebut. Selamat Menonton Salam Malar Hijau Salam Aidil-Fitri Maaf Zahir Batin dan Salam Satu Malaysia

Friday 21 March 2014

DOA UNTUK MH370 - KEMBALILAH KE PANGKUAN TANAH TUMPAHMU MALAYSIA!

KAMI DOAKAN MH370 "KEMBALILAH KEPANGKUAN TANAH TUMPAHMU MALAYSIA DENGAN MEMBAWA BERSAMA-SAMAMU KRU MAS DAN PENUMPANG-PENUMPANG. KELUARGA MEREKA AMAT MERINDUI KEPULANGAN MEREKA SEMUA DENGAN SELAMAT". Kehilangan misteri kapalterbang MAS MH370 yang membawa 239 penumpang bersama juruterbang dan kru karbin MAS merupakan suatu detik hitam yang amat pilu dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia khususunya dan seantaro dunia amnya. Kehilangan misteri kapalterbang tersebut sehingga kini menimbulkan pelbagai pertanyaan di setiap sanubari warga dunia, ke manakah sebenarnya haluan penerbangan kapalterbang MAS MH370? Kami warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching....begitu terharu dan mengharapkan agar penerbangan MAS MH370 kembali dengan selamat bersama juruterbang, anak-anak kapalterbang, dan penumpang-penumpang. Kami ingin berkongsi rasa kesedihan atas kehilangan misteri penerbangan MAS MH370. Inilah simbol sembolik kesedihan dan simpati kami warga Sekolah Kebangsaan Green Road terhadap MH370 yang dapat kami curahankan betapa kami menginginkan kembalinya kru dan penumpang MH370 kepangkuan negara dan keluarga masing-masing. Doa kami jua, agar keluarga yang terlibat dengan kehilangan misteri ini bersabar dan bertakwakkal kepada Yang Maha Pencipta. Inilah buktinya betapa kita semua begitu kerdil meskipun pelbagai peralatan moden dan canggih yang kita miliki yang memungkinkan dapat ditemuinya kapalterbang tersebut namun kebesaran Allah mengatasi keupayaan ciptaan insan. Anggaplah ini suatu dugaan yang menguatkan lagi rasa kehambaan kita kepada Yang Maha Esa. "PULANGLAH.....PULANGLAH MH370 KE TANAHAIR TERCINTAMU".
WE PRAY FOR MH370

Monday 17 February 2014

KUNJUNGAN HORMAT YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II 2014

Tanggal 17 Februari 2014, merupakan "Hari Ini Dalam Sejarah Sekolah Kebangsaan Green Road 2014" lantaran Kunjungan Hormat Yang Berhormat Tuan P Kamalanathan a/l P Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan II yang telah meluangkan masa bertandang ke Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching Sarawak. Kehadiran Yang Berhormat Menteri yang sudi bertandang memberikan suatu impak yang amat bermakna kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Green Road dan merangsang lagi semangat kependidikan warga sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan yang berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Kunjungan Yang Berhormat Menteri melonjakkan motivasi warga guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pelajar ke arah pencapaian misi sekolah iaitu "Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Menjelang Tahun 2015". Kehadiran Yang Berhormat Menteri pada pagi ini membuktikan betapa kecemerlangan guru, PIBG dan pelajar amat dihargai oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan ucapan balas Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II memberi semangat jitu warga guru bagi melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Lawatan muhibbah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II merupakan suatu detik bersejarah kepada warga sekolah khususnya dan akan menjadi suatu titik lonjakan kependidikan yang lebih gemilang di masa-masa yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingganya daripada kami warga sekolah kepada Yang Berhormat Tuan P Kamalanthan a/l P Panchanthan Timbalan Menteri Pendidikan II serta rombongan Kementerian Pelajaran Malaysia serta rombongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan tidak lupa juga kepada rombongan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, serta pihak wartawan-wartawan media. Kehadiran tuan/puan semua memungkinkan sinar yang lebih cemerlang kependidikan warga Sekolah Kebangsaan Green Road. Diharapkan masa-masa yang akan datang ada kesempatan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin bertandang ke Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching Sarawak. Bagi menghargai kunjungan hormat rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Green Road, dirakamkan detik kenangan manis tayangan foto bagi tatapan warga sekolah khususnya dan warga pendidik Malaysia amnya. SALAM SATU MALAYSIA SALAM MALAR HIJAU

Tuesday 28 January 2014

MAULIDUR RASUL 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, SALAM MAULIDUR RASUL 2014 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING. Bersempena dengan ketibaan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W,Warga Sekolah Kebangsaan Green Road ingin merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh Malaysia khususnya dan seantaro dunia amnya. Kelahiran baginda merupakan satu anugerah Allah kepada seluruh umat manusia seantaro dunia lantaran kelahiran baginda membuka lembaran baru hijrahnya umat manusia ke arah ketakwaan kepada Allah Azza Wajjala. Semoga keraian Maulidur Rasul 2014 di Sekolah Kebangsaan Green Road yang dilaksanakan meskipun secara sederhana namun diharap dapat memberikan suatu pengertian yang amat besar kepada warga sekolah betapa kita amat mencintai dan ingin mencontohi akhlak rasulullah S.A.W dalam menjalani sebuah bahtera kehidupan ini. Pelbagai aturcara telah dirangka bagi memenuhi majlis ini, antaranya ceramah agama yang dipimpin oleh Ustaz Tuan Haji Mohamad bin Haji Mokarat (Jabatan Mufti Negeri Sarawak), dan persembahan kumpulan nasyid Sekolah Kebangsaan Green Road. Semoga segala usaha kita semua meraikan Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah mendapat rahmat daripada Allah dan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W di akhiratnya nanti.InsyaAllah...........Amin! Untuk ini saksikanlah tayangan foto yang sempat dirakam bersempena dengan majlis tersebut. SALAM MAULIDUR RASUL SALAM MALAR HIJAU
Powered by TripAdvisor

Thursday 2 January 2014

KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2014

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2013 telah berlalu dengan meninggalkan pelbagai kenangan buat seisi keluarga di serata Malaysia. Yang murah rezeki dapatlah jua membawa keluarga "Cuti-cuti dalam negara dan juga cuti-cuti luar negara". Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi mengisi masa bersama ahli keluarga untuk menyemaikan kasih sayang, meningkat motivasi anak-anak agar belajar lebih tekun dan sebagai ganjaran atas segala usaha anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum. Murid-murid yang telah berjaya di kedua-dua bidang tersebut telah berkesempatan dibawa oleh ibubapa melancong lantaran di atas kecemerlangan mereka. Bagi yang tidak berkemampuan, balik ke kampung halaman menjengok datuk dan nenek jua bagi melepas rasa kerinduan mereka. Kembali ke kampung halaman ayah atau ibu mengembalikan nostalgia kedua ibu bapa kita dan anak-anak tentang tempat-tempat bermain yang sukar untuk dilupai mereka. Kini, tiba pula Musim Persekolahan 2014. Saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak ke gerbang persekolahan ke suatu tingkat kelas yang baru. Bagi yang baru masuk persekolahan Tahun Satu, inilah saat-saat yang selama ini mereka tunggu yang akan mengajar mereka hidup berdikari di sebuah institusi yang diberi nama 'SEKOLAH'. Program Transisi tiga minggu yang dirancang pihak sekolah akan memberi peluang kepada mereka mengenali alam persekolah yang sebenarnya. Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching berasa berbesar hati memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar baru. Guru Kelas Tahun Satu ibarat berperanan sebagai guru dan juga ibu di sekolah. Kepada Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, usahlah risau. Anak-anak anda akan mendapat pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Untuk tatapan ibu bapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road, anda saksilah tayangan foto yang sempat dirakam sepanjang Sesi Program Transisi 2014.
SALAM SATU MALAYSIA SALAM MALAR HIJAU

Tuesday 10 September 2013

UPSR 2013 DATANG LAGI...LONJAKKAN KECEMERLANGAN PELAJAR SKGR

Hari ini tanggal 10 September 2013 bersamaan 4 Zulkaedah 1434 hijri, hari yang dinanti-nanti oleh pelajar Tahun 6 setelah sekian lama menghitung hari iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. Tempoh lima tahun lapan bulan bagi persiapan menduduki UPSR bukanlah suatu tempoh yang singkat bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.Malah ia merupakan suatu langkah lonjakkan kecemerlangan enam tahun persekolahan di sekolah rendah ke arah pencapaian yang lebih gemilang ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Bagi pihak ibu bapa dan pihak guru di sekolah, mereka telah memainkan peranan yang cukup begitu besar bagi mempersiapkan modal insan yang bakal menerajui pentadbiran negara khususnya dan pentadbiran global amnya. Ibu bapa telah mengorbankan pelbagai bentuk elemen pengorbanan berupa tanggungjawab insaniah anak-anak mereka dalam aspek pendaftaran anak-anak mereka ke sekolah, penyediaan bahan-bahan persekolahan, penyediaan fizikal dan mental yang mantap, curahan kasih sayang dan sebagainya lagi yang begitu sukar untuk diberi perhitungan di atas pengorbanan mereka sebagai insan yang bergelar 'Ibu bapa'. Bagi seorang insan yang bergelar 'Guru' pula, peranan mereka bukan sekadar memberi pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan dasar-dasar kependidikan negara malah lebih besar daripada itu iaitu menyediakan modal insan yang mencakupi kecemerlangan modal insan millenium dalam segala aspek insaniah sebagai khalifah di muka bumi. Maka dengan itu kepada pelajar-pelajar tahun enam yang menduduki UPSR tahun ini, bangunlah dan ingatlah bahawa anda adalah "Intan Permata' yang bakal bergemerlapan di masa yang akan datang andainya tiada kelalaian lantaran kecanggihan gadget-gadget di alam maya di masakini. Rebutlah peluang yang sedia ada di alam maya masakini bagi mempersiapkan diri menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu dan berkemenjadian insaniah yang lengkap segala-galanya. Buktikan kepada diri, kepada ibu bapa, kepada guru dan kepada rakan bahawa UPSR tahun ini adalah ikhtizam untuk kecemerlangan di masa yang akan datang bukan sekadar mendapat 5A malah lebih daripada itu untuk masa-masa yang mendatang. Anda adalah 'Intan Permata' yang digilap daripada buih-buih kelangsungan pendidikan negara. SELAMAT MENDUDUKI UPSR KE ARAH LONJAKKAN KECEMERLANGAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM MALAR HIJAU

Saturday 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri 2013

Selamat Hari Raya Adil-Fitri diucapkan khas kepada warga SKGR, Kuching. Seandainya terdapat terkasar bahasa sepanjang saya mengendalikan blog ini, saya dengan rasa rendah diri ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf. Maaf Zahir dan Batin.

Friday 14 September 2012

RAMAH-TAMAH AIDIL-FITRI SKGR 2012

Tanggal 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433H telah diadakan Majlis Ramah-Tamah Aidil-Fitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK.Majlis ini dilangsungkan di dewan sekolah Dewan Tunku Abdul Rahman. Pelbagai acara telah dijalankan bagi pengisian majlis tersebut. Anda saksikanlah tayangan foto dan video yang sempat dirakam bagi tatapan anda.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SALAM MALAR HIJAU

Tuesday 10 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT SK GREEN ROAD, KUCHING (SARAWAK)

Kini tiba saat yang ditunggu-tunggu warga SK Green Road khususnya dan negara amnya, Senamrobik Serentak Seluruh Negara telah dilangsungkan dengan penuh semangat kesukanan dan cintakan 1Malaysia telah terlaksana dengan jayanya. Anda tatapi foto-foto yang sempat dirakam untuk rangkuman catatan sejarah.
SALAM MALAR HIJAU
SELAMAT MELAYARI........! 
Senamrobik Serentak 1M1S1M Skgr Slideshow: Penglipur’s trip to Kuching, Sarawak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Sunday 24 June 2012

SALAM TAKZIAH

Warga SK Green Road ingin merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) dan keluarga beliau di atas kembalinya allahyarhumah bonda beliau kerahmatullah. Semoga Cikgu Shazali dan keluarga tabah menghadapi musibah tersebut. Kepada warga SK Green Road dan sesiapa sahaja yang mengenali Cikgu Shazali dan keluarga, marilah kita membaca Al-Fatehah untuk disedekahkan kepada allahyarhumah bonda beliau.
AL-FATEHAH! 
  

Kematian Itu Pasti

Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?

Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.

Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)