free counters

Thursday 11 November 2010

TITISAN MUTIARA MENGIRINGI PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR SKGR 2010

Tanggal 11 November 2010, suatu hari yang amat dinanti oleh murid-murid Tahun Enam di seluruh Malaysia, kenapa? Kerna di sinilah mulanya detik kecemerlangan akan terukir. Hari ini Khamis, saat dan detik yang ditunggu telah tiba bagi Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak) telah dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Tepat jam 9.45 pagi, Encik Shazali Haji Rosdi selaku Guru Besar telah mengumumkan keputusan UPSR bagi sesi 2010 seperti yang berikut: 
ANALISIS PENCAPAIAN PRESTASI MATA PELAJARAN
BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN 97.4 %
BAHASA MALAYSIA PENULISAN 97.4%
BAHASA INGGERIS 96.7%
MATEMATIK 92.8 %
SAINS 94.7 %

ANALISIS PENCAPAIAN PRESTASI KESELURUHAN
Jumlah calon: 152 orang
Bilangan 5A: 40 orang
Peratusan: 26.32
Bilangan 5ABC: 137
Peratusan 90.13

Untuk memudahkan anda memahami suasana pengumuman keputusan UPSR Peringkat SKGR, anda saksikanlah tayangan foto yang akan diupload sedikit masa nanti yang dapat dirakamkan sebelum, semasa dan selepas pengumuman tersebut.

SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Thursday 4 November 2010

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Warga SKGR ingin mengucapkan,"Selamat Hari Deepavali"
kepada penganut Agama Hindu  terutama sekali kepada Cikgu Sivabalan, Cikgu Nilanthi dan Cikgu Tan serta pelajar-pelajar SKGR.


Saturday 30 October 2010

MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN PERINGKAT SKGR, KUCHING 2010

Pada tanggal 30 Oktober 2010 bersamaan 22 Zulkaedah 1431H telah diadakan Majlis Khatamal Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak). Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Majlis ini telah dilangsungkan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Majlis ini merupakan majlis terulung bagi Program j-QAF yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2005 dan pada tahun ini, program tersebut telah menjangkau usia 6 tahun. Produk sulung atau graduan pertama program j-QAF boleh dilihat, diketahui dan dinilai pada penghujung tahun ini.  Majlis Khatam Al-Quran telah dirancang untuk menjadi titik permulaan untuk menilai kejayaan program j-QAF. Melalui majlis ini, murid-murid yang telah berjaya mencapai sasaran Modul Khatam Al-Quran Program j-QAF iaitu khatam atau atau menamatkan pelajaran Al-quran sebanyak 30 juzuk sepanjang tempoh berada di sekolah rendah akan diraikan dan diberi pengiktifan selain ia menjadi galakan dan dorongan kepada murid-murid yang kurang berjaya.

 Justeru itu, pelbagai acara telah disediakan bagi meraikan majlis tersebut. Anda saksikan tayang foto dan video yang sempat dirakam bagi memudahkan anda memahami perlaksanaan majlis tersebut.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Monday 20 September 2010

AMANAT TERAKHIR SEHARI SEBELUM UPSR MURID-MURID TAHUN 6 SKGR 2010

Hari ini tanggal 20 September 2010 bersamaan 10 Syawal 1431 H, telah diadakan suatu perjumpaan Pihak Pentadbiran dan para guru Tahun 6 dengan murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sesi 2010. Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Seramai 152 orang murid-murid Tahun 6 terlibat secara langsung dengan perjumpaan tersebut bagi mendengar amanat terakhir Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.


Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan bermula pada 21 Septembar 2010 sehingga 23 Septembar 2010.

Warga SKGR berdoa semoga perlaksanaan ujian tersebut berjalan dengan lancar dan berharap murid-murid tahun 6 dapat lulus dengan cemerlang serta mendapat pencapaian yang telah disasarkan iaitu 50 orang murid mendapat 5A bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

"SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 SESI 2010"
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Friday 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
Diucapakan kepada warga SKGR
Semoga ceria dan gembira meraikan hari ini dengan cara berkunjung ziarah ke rumah ibubapa, sanak-saudara dan rakan taulan. 
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM AIDIL-FITRI
SALAM MALAR HIJAU  

Friday 3 September 2010

KERAIAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SKGR 2010

Hari ini, 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 H telah diadakan Majlis Keraian Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Green, Kuching. Sarawak. Majlis ini diadakan di dewan terbuka Dewan Tunku Abdul Rahman. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah SKGR. Pelbagai acara telah disediakan bagi pengisian majlis keraian tersebut. Antaranya Bacaan Perutusan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak oleh Encik Hashim Jili (Penolong Kanan HEM), Ucapan Alu-aluan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar), Persembahan KOIR, Pertandingan PakaianBeragam Mengikut Etnik Kaum di Malaysia, Deklamasi Sajak, Pertandingan Bina Badan dan sebagainya lagi.
Anda saksilah sendiri tayangan foto yang dipersembahkan ini bagi memudahkan anda menghayati Keraian Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road.






SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM KEMERDEKAAN KE-53
SALAM MALAR HIJAU

Monday 16 August 2010

MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT UPSR SKGR 2010

Pada tanggal 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431, telah diadakan Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Solat Hajat UPSR peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak). Majlis ini diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi pengisian program bulan Ramadhan dan Solat Hajat UPSR bagi pelajar-pelajar Tahun Enam yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi pengisian majlis tersebut antaranya majlis berbuka puasa, solat maghrib dan isyak, ceramah Ramadhan bersempena malam Nuzul Al-Quran serta Solat Tarawih. Di samping itu juga diselitkan tayang video (Fenomena Azan seantaro dunia, Rahsia Ka'abah dan Ceramah Bertuahnya Wanita).
Untuk mengetahui perjalanan majlis tersebut, anda tatapilah tayangan foto yang disediakan ini.

SALAM RAMADHAN
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU


Thursday 12 August 2010

MESYUARAT STAF KE-2 SKGR 2010

Pada tanggal 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431 H telah diadakan Mesyuarat Staf Ke-2 SKGR 2010. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi merangka dan seterusnya melaksanakan program yang telah dirancang berdasarkan Perancangan Takwim Sekolah bagi tahun berakhir 2010.
Sebelum mesyuarat dimulakan, didahului dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Wan Nik Kamal dan seterusnya mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Pelbagai agenda telah disediakan bagi dibentangkan kepada staf akademik dan non akademik.
Anda layari dan tontonilah tayangan foto yang diselitkan ini bagi memudahkan anda mengetahui perjalanan mesyuarat yang sedang dijalankan.Semoga paparan tayangan foto tersebut dapat memberikan sedikit-sebanyak info terkini yang berlaku di SKGR, Kuching.

SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALARHIJAU


Monday 9 August 2010

SALAM RAMADHAN BUAT WARGA SKGR 2010

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA WARGA SKGR 2010.

 

Monday 2 August 2010

KERAIAN HARI JADI GURU SKGR BAGI BULAN JULAI 2010

Pada tanggal 2 Ogos 2010 bersamaa 21 Syaaban 1431 H, telah diraikan Hari Jadi Guru SKGR bagi bulan Julai. Ianya telah diadakan pada hari Isnin selepas Perhimpunan Mingguan.Keraian Hari Jadi Guru kali ini bagi meraikan Encik Shazali Haji Rosdi (GB), Puan Maskolia Maslatip(Penolong Kanan 1),Encik Biol ak Nyowem (Penolong Kanan Kokurikulum), Puan Indira Ghandi, Puan Dayang Santi Kesuma Dewi, Encik Mohd. Shukri dan Cik Jumarni Umar.
Warga SKGR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI JADI" kepada guru yang berkenaan. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat sejahtera selalu hendaknya.






SELAMAT MELAYARI
SALAM MALAR HIJAU
SALAM 1MALAYSIA

Friday 25 June 2010

PERAYAAN GAWAI DAYAK PERINGKAT SKGR 2010

Hari ini tanggal 25 Jun 2010, telah diadakan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching Sarawak. Perayaan ini diadakan bagi mengeratkan tali silatulrahim antara pelbagai kaum etnik yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road. Sekolah Kebangsaan Green Road adalah merupakan salah sebuah sekolah yang bolehlah dikenali sebagai 'MINI MALAYSIA' lantaran pelbagai kaum yang berada di sekolah tersebut. Pelbagai acara telah dirancang bagi memenuhi Perayaan Gawai Dayak Peringkat SKGR.
Anda saksilah sendiri tayangan foto yang sempat dirakam bagi tontonan anda.
"SELAMAT GAWAI DAYAK"


SELAMAT MELAYARI
SALAM SATU MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Saturday 19 June 2010

HARI BERTEMU WARIS I SKGR 2010

Pada tanggal 19 Jun 2010 bersamaan telah diadakan Program Hari Bertemu Waris I Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Tujuan hari berkenaan diadakan adalah bagi membolehkan guru kelas dan guru mata pelajaran menerangkan Keputusan Peperiksaan Penggal I kepada ibubapa murid. Hari ini juga diadakan bagi memudahkan ibubapa murid mengetahui pencapaian anak-anak mereka di dalam bidang akademik di samping menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan disiplin anak-anak mereka di waktu persekolahan.
Anda tontonilah tayangan foto yang sempat dirakamkan sepanjang pada hari tersebut bagi memudahkan anda memahami Program Hari Bertemu Waris I SKGR 2010.

SELAMAT MELAYARI
SALAM MALAR HIJAU
SALAM 1MALAYSIA

Friday 21 May 2010

PEPERIKSAAN SETARA KENDALIAN SEKOLAH RENDAH SKGR PENGGAL I 2010

Peperiksaan Penggal I (Ujian Setara) di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah diadakan pada 20 hingga 21 Mei 2010 dan 24 hingga 27 Mei 2010. Ianya diadakan secara serentak di semua Kelas Tahun Satu hingga Kelas Tahun Enam. Peperiksaan Penggal I ini merupakan peperiksaan setara bagi Daerah Kuching yang melibatkan mata pelajaran teras iaitu mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 
Anda saksikanlah sendiri tayangan foto yang sempat dirakamkan semasa peperiksaan diduduki oleh murid-murid SKGR.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU
 
 

Tuesday 18 May 2010

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SKGR 2010

Hari ini, tanggal 18 Mei 2010 telah diadakan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". Perayaan Hari Guru Peringkat SKGR telah diadakan di Dewan Terbuka. Ianya bermula jam 8.00 pagi. Pelbagai acara telah dirancang bagi mengisi program Hari Guru tersebut.
Anda saksikanlah tayangan foto yang dipersembahkan ini bagi menghayati program Hari Guru SKGR 2010. 

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK DI SKGR KHUSUSNYA DAN MALAYSIA AMNYA.

SALAM MALAR HIJAU
SALAM 1MALAYSIA

Monday 17 May 2010

Saturday 15 May 2010

HARI TERBUKA PIBG DAN GOTONG-ROYONG PERDANA SKGR 2010

Pada tanggal 15 Mei 2010 (Sabtu),  telah diadakan Hari Terbuka PIBG dan Gotong-royong Perdana Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Hari Terbuka PIBG ini dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah tersebut. Tujuan Hari Terbuka PIBG ini adalah untuk mengutip sumbangan bagi menambah dana PIBG. Pelbagai acara diadakan bersempena dengan hari tersebut, diantaranya Pasaria dan Gotong-royong Perdana. Anda saksi dan hayatilah sendiri aktiviti yang telah dijalankan menerusi tayangan foto yang dipaparkan ini.



SALAM SATU MALAYSIA DAN SALAM MALAR HIJAU

Friday 16 April 2010

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKGR 2010

Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah mengelolakan Satu Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah yang telah diadakan di persekitaran sekolah mulai pada 16 hingga 18 April 2010 bersamaan 2 hingga 4 Jamadil Awal 1431H.



Tuesday 30 March 2010

ANUGERAH KELAS PALING BERSIH BAGI BULAN JANUARI, FEBRUARI DAN MAC SKGR 2010

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada Puan Yusnita dan Murid-murid Tahun Satu Tun Abdul Razak lantaran telah dianugerahkan sebagai Kelas Paling Bersih Dan Kondusif di dalam Pertandingan Kebersihan Kelas Sekolah Kebangsaan Green Road bagi Anugerah Bulan Januari, Februari dan Mac 2010. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 Puan Maskolia Bt Maslatip. Kelas Tahun Satu Tun Abdul Razak telah menerima sebuah piala, tiga keping Sijil Pertandingan Kebersihan Kelas dan sebungkus hadiah berupa makanan.
Anda saksikan tayangan foto yang memaparkan gelagat Guru Kelas dan murid-murid Tahun Satu Tun Abdul Razak ketika hari penyampaian anugerah tersebut.



SALAM SATU MALAYSIA DAN SALAM MALAR HIJAU

Thursday 25 March 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON A, KUCHING. SARAWAK.

Hari ini, Khamis 25 Mac 2010 bersamaan 9 Rabiul Akhir 1431H telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Zon A, Kuching yang berpusat di Sekolah Rendah Kebangsaan Green Road. Majlis ini dilangsungkan di 7 Veneu:-
1. Tilawah Lelaki - Surau dan Bilik J-QAF Blok B
2. Tilawah Perempuan - Kelas Tahun 4 Tun Hussein dan Tun Mahathir
3. Hafazan Lelaki - Perpustakaan
4. Hafazan Perempuan - Kelas Tahun 3 Tun Mahathir
5. Bercerita Lelaki - Kelas Tahun 4 Tun Abdullah
6. Bercerita Perempuan - Bawah Makmal Komputer
7. Nasyid - Dewan Terbuka
Majlis-majlis tersebut dijalankan serentak mulai jam 8.00 pagi dan dijangkakan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas selesai penjumlahan markah, majlis ini diteruskan di sebelah petang mulai jam 1.15 bagi Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah yang akan dirasmikan penutupan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuching (PPDK).
Anda saksikanlah tayangan foto yang sempat dirakam bagi memudahkan anda mengetahui perjalanan majlis tersebut. Kepada 'blogger-blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau, Ahli Jawatankuasa Pengelola Sekolah Kebangsaan Green Road ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian bertandang ke blog sekolah SKGR.


"SALAM MALAR HIJAU DAN SALAM SATU MALAYSIA"

Friday 12 March 2010

"GONG XI FA CAI' PERINGKAT SKGR 2010


Pada tanggal 12 Mac 2010 (Jumaat) telah diadakan Perayaan Tahun Baru Cina atau 'Gong Xi Fa Cai' Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Perayaan tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.15 pagi. Tujuan perayaan tersebut diadakan adalah bagi memberi peluang kepada semua warga SKGR tanpa mengira kaum dan agama merayakan perayaan tersebut secara bersama-sama bagi mengeratkan lagi tali silatulrahim serta menjadikan SKGR sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjurus tercapainya GAGASAN 1MALAYSIA yang telah diperkenalkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi. Sesungguhnya SKGR adalah merupakan MINI MALAYSIA di mana setiap kaum di Malaysia terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road, daripada golongan pendidik sehinggalah ke golongan pelajar.
Bagi memenuhi ruang yang telah dinyatakan tersebut, pelbagai acara telah diadakan berlandaskan Program RIMUP  yang melibatkan semua pelajar yag terdiri daripada semua kaum di SKGR.
Anda saksikanlah sendiri tayangan foto yang dipersembahkan ini bagi memudahkan warga SKGR khususnya dan 'Blogger' amnya bagi memahami program yang telah dijalankan.Kepada pengunjung atau 'Blogger-blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau, ucapan penghargaan terima kasih warga SKGR ucapkan.Semoga anda semua berpuasa hati dan ceria melayari Blog ini.

SALAM SATU MALAYSIA DAN MALAR HIJAU!

      

Tuesday 9 March 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PROGRESIF 1 SESI 2010


RENUNG-RENUNGKAN WAHAI ADIK-ADIK SEKALIAN !
 

 
"SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA"

Saturday 6 March 2010

PROGRAM MOTIVASI UPSR SKGR SIRI 1 2010


Pada tanggal 6 Mac 2010 (Sabtu) bersamaan 20 Rabiulawal 1431, telah diadakan Program Motivasi UPSR Siri 1/2010 bagi murid-murid Tahun Enam (Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah). Ia diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Program ini telah diadakan di Falkulti Perubatan Dan Kesihatan UNIMAS,Kuching. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada Murid-murid Tahun 6 tentang teknik-teknik menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Malaysia Kertas 1 (Pemahaman) dan Kertas 2 (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains.Program motivasi ini dikendalikan oleh Penceramah jemputan yang terdiri daripada guru-guru pakar bagi mata pelajaran tersebut.
Sebelum bermulanya sesuatu majlis, bacaan doa dipohonkan dan kedua-dua telapak ditadahkan bagi memberkati majlis. Semoga dengan yang demikian, segala tindakan yang kita lakukan mendapat rahmat Yang Maha Esa dan menghindarkan kita daripada melakukan segala dosa yang tanpa diketahui oleh kita yang bergelar insan.Bagi menyempurnakan bacaan doa tersebut, Ustaz Wan Nik Kamal bin Wan Nik Ahmad telah bebesar hati bagi mengetuai bacaan doa.
Seselesai sahaja bacaan doa, Encik Hashim bin Jili (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), telah menyampaikan serba sedikit taklimat ringkas tentang tatacara berada di Falkulti Perubatan Dan Kesihatan UNIMAS bagi menjamin keselematan, kebersihan dan keselesaan serta kelancaran majlis berjalan dengan sempurna kepada murid-murid Tahun 6 khususnya dan guru-guru amnya.
Untuk makluman warga SKGR dan 'blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau. Dibawah ini diperturunkan serba ringkas Tentatif Program Motivasi UPSR SKGR Siri 1 2010.
 
Program Motivasi UPSR Siri 1 ini terbahagi kepada 4 Slot iaitu:-
Slot 1
Teknik Menjawab Soalan Matematik
Penceramah: Encik Ng Seng Hon
Masa            : 8.00-9.30 pagi



Slot 2
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia
Penceramah: Encik Mir Hassan
Masa            : 10.00 -11.30 pagi

 

Slot 3
Teknik Menjawab Soalan Sains
Penceramah: Encik Ettin Ak Lambat
Masa            : 11.30-1.00 petang

 Slot 4
Ceramah Motivasi Umum
Penceramah: Tuan Haji Abang Ismawi b. Abang Muhi
Masa            : 2.00-4.00 petang


Anda tatapilah tayangan foto yang disediakan ini untuk memudahkan anda memahami perjalanan program motivasi tersebut.
Selamat Menonton.
SALAM MALAR HIJAU!

      

 



Monday 1 March 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENYERAHAN MEDAL SERTA PIALA KEPADA PERENANG SKGR SESI 2010


Pada tanggal 26 dan 27 Februari 2010, dibawah Penyelaras Puan Nilanthi telah menghantar satu kontigen renang untuk menyertai Pertandingan Renang Peringkat Umur ke-22 yang bertempat di Kolam Renang Stampark BDC, Kuching. Pertandingan Renang tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Renang Amateur Kuching (KASA). Hasil daripada penyertaan tersebut, 3 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Green Road telah menggondol Piala dan medal.Mereka ialah adik Stephanie Goh Kelas Tahun 4 Tun Hussein, adik Joshua Voon Kelas Tahun 5 Tun Abdul Razak dan adik Joash Voon Kelas Tahun 2 Tun Abdul Razak. Kejayaan mereka bertiga telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching.
Bersempena dengan kejayaan mereka, pada hari ini telah diadakan penyampaian piala dan medal peringkat sekolah bagi memberi pengiktirafan di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah di samping bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang lain agar menceburkan diri di dalam apa jua pertandingan yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau yang dianjurkan oleh pihak swasta.

Profil Dan Kejayaan Murid
Profil
1.  Adik Stephanie Goh 
    Pelajar Kelas Tahun 4 Tun Abdul Razak

Kejayaan
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1.100m m Kuak Kupu-Kupu          Tempat Ke-2                 Perak
2. 50m Kuak Kupu-Kupu               Tempat Ke-2                Perak
3.100m Kuak Lentang                 Tempat Pertama          Emas
4. 50m Kuak Lentang                  Tempat Pertama          Emas
5.100m Kuak Dada                      Tempat Pertama          Emas
6.  50m Kuak Dada                      Tempat Pertama          Enas
7.200m Kuak Bebas                     Tempat Pertama         Emas
8.100m Kuak Bebas                     Tempat Pertama         Emas
9. 50m Kuak Bebas                      Tempat Pertama         Emas
10.200m 
     (Individual Midlay Relay       Tempat Pertama         Emas
11.Perenang Terbaik Peringkat Umur Kumpulan 4(Perempuan)
     (Umur 9-10 Tahun)                                                    Piala

2.  Adik Joshua Voon
     Pelajar Kelas Tahun 4 Tun Abdul Razak
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1. 50m Kuak Lentang                  Tempat Pertama           Emas
2.100m Kuak Lentang                 Tempat Pertama           Emas
3.50m Kuak Kupu-kupu              Tempat Pertama           Emas
4.100m Kuak Kupu-kupu            Tempat Pertama           Emas
5. 50m Kuak Bebas                       Tempat Ke-3                 Gangsa           
6.200m Kuak Bebas                     Tempat Ke-2                 Perak
7. 50m Kuak Dada                       Tempat Ke-2                 Perak
8. 100m Kuak Dada                      Tempat Ke-2                Perak
9. Dipilih sebagai Perenang Terbaik Peringkat Umur Kumpulan 4 (Lelaki
    (9-10 Tahun)                                                                   Piala
3.  Adik Joash Voon
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1. 100m Kuak Lentang                Tempat Pertama           Emas
2. 50m Kuak Lentang                  Tempat Ke-2                 Perak
3. 100m Kuak Kupu-kupu           Tempat Pertama           Emas
4. 50m Kuak Kupu-kupu             Tempat Ke-2                 Perak
5. 200m Kuak Bebas                    Tempat Pertama           Emas

Di atas pencapaian yang membanggakan ini, warga SKGR merakamkan ucapan 'Tahniah Dan Syabas'. Semoga kejayaan mereka bertiga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain di sekolah ini bagi mencapai kecemerlangaan yang 'Gemilang danTerbilag' dan merealisasikan visi dan misi sekolah.
" SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI UNTUK MASA-MASA YANG AKAN DATANG"SALAM MALAR HIJAU!   
 


Wednesday 24 February 2010

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA WARGA SKGR 2010M/1431H

Marilah kita bersama-sama merenung sejenak akan isikandungan e-card seperti yang dihamparkan ini. Semoga ianya memberikan kita kekuatan untuk menjadi umatnya yang akan mendapat 'syafaat' di Padang Masyhar suatu ketikanya nanti. Amin!!!!!!!

Saturday 13 February 2010

"GONG XI FA CAI" KEPADA WARGA SKGR 2010


"SELAMAT TAHUN BARU CINA/ GONG XI FA CAI" diucapkan kepada warga SKGR 2010. Semoga Tahun Harimau membawa erti yang amat besar kepada warga SKGR bagi menjayakan visi dan misi sekolah ke arah pencapaian yang lebih gemilang untuk tahun-tahun yang mendatang.
 

Monday 8 February 2010

PROGRAM MACS GREEN-MENJEJAK QNK MURID TAHUN 6 SKGR 2010


Hari ini telah diadakan satu lagi program yang melibatkan murid-murid Kelas Tahun 6 (Arif, Bestari, Cerdas dan Dinamik) Sesi 2010. Program ini dinamakan Program MaCS Green. MaCS Green membawa makna:

M-Managing
A-a
C-Challenging
S-School
G-Green
R-Road
E-Educatinal
E-Excellence
N-Nextwork 

Program ini dijalankan selama dua hari mulai 8-9 (Isnin-Selasa) Februari 2010. Ianya dikelolakan oleh AJK Penyelaras Kelas Tahun 6 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Tujuan program  ini diadakan bagi menjejak kualiti dan kuantiti murid yang boleh mencapai 5A UPSR di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.





Anda saksikanlah sebahagian daripada tayangan foto dan video yang dapat dirakamkan yang berkaitan tentang program yang dijalankan ini bagi memudahkan anda mengetahui perjalanan program tersebut.
'Selamat melayari.....Salam Malar Hijau'

Wednesday 3 February 2010

PERJUMPAAN KK KELAB BERUNIFORM SKGR 2010


Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum bagi Kelab Beruniform telah diadakan pada hari Rabu 3 Februari 2010 jam 3.00 hingga 4.30 petang. Murid-murid Kelas Tahun 4 hingga Kelas Tahun 6 diwajibkan mengambil 3 Aktiviti Kokurikulum iaitu Kelab Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.Ketiga-tiga aktiviti KK ini diadakan berselang minggu. Minggu Pertama ialah Kelab Beruniform, Minggu Kedua pula ialah aktiviti Kelab dan Persatuan manakala Minggu Ketiga ialah Sukan dan Permainan. Aktiviti ini dijalankan berdasarkan Takwim Persekolahan Sesi 2010.Perjumpaan KK yang dijalankan pada hari ini melibatkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kelab Pancaragam pula diadakan pada setiap Hari Jumaat,jam 3.00 hingga 4.30 petang.

Monday 1 February 2010

SATU CATATAN SEJARAH TERUKIR LAGI PADA 1 FEBRUARI 2010 DI SKGR


Pagi ini, 1 Februari 2010 bersamaan 16 Safar 1431H telah terukir satu lagi catatan sejarah di sekolah ini apabila Perhimpunan Pagi Isnin ini amat melegakan warga SKGR lantaran suasana perhimpunan kali ini di Dewan Terbuka amat terang-benderang dilimpahi lampu limpah 
'down light' .Sebelum ini keadaan di Dewan Terbuka ini agak gelap setiap kali apabila cuaca mendung disertai limpahan hujan membasahi bumi. Seperti yang saya utarakan di dalam  blog ini sebelum ini berkaitan hujan lebat yang mencurah-curah pada petang tanggal 14 Januari 2010 merupakan Hujan Rahmat yang benar-benar memberi rahmat kepada warga SKGR pada tahun ini.

Syukur Alhamdulillah. Apa yang terlintas di mata hati kita tentang peristiwa hujan lebat petang itu amat mengharukan hati kita kini. Inilah berkat kesabaran dan doa yang kita panjatkan pada setiap hari perhimpunan pagi yang kita telah pohonkan dengan hati yang tulus keikhlasan dan keinsafan mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Untuk ini juga kita sebagai warga SKGR harus jangan lupa akan ucapan penghargaan 'TERIMA KASIH' kita kepada Jabatan Pelajaran Daerah Kuching khususnya dan Jabatan Pelajaran Negari Sarawak serta Kementerian Pelajaran Malaysia amnya di atas keperihatinan menyumbangkan peruntukan kewangan bagi pemasangan lampu limpah 'down light' tersebut. Semoga semakin melimpah-ruah rezeki warga SKGR dan kemudahan infastruktur yang memberi keselesaan warganya. 

Saturday 30 January 2010

HARI PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN BERTEMU WARIS SKGR 2010


Hari ini (Sabtu), tanggal 30 Januari 2010 telah diadakan Hari Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum  di Dewan Terbuka dan Hari Bertemu Waris (Laporan PKSR) di Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6. Di bawah ini adalah maklumat yang berkaitan tentang perkara tersebut:-
PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2010
1. BADAN BERUNIFORM
    1. Persatuan Bulan Sabit Merah/Guru Penyelaras-Puan Yusnita bt. Sa'adi
    2. Pengakap/Guru Penyelaras-Puan Indira Gandhi ak Nyupi
    3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia/Guru Penyelaras-Ustazah Zawiyah Awang Amat
    4. Pancaragam Sekolah/Guru Penyelaras-Puan Mayumi ak Bongkoi
    5. Tunas Kadet Remaja/Guru Penyelaras-Encik Mohd. Syukri b. Mohd Salleh
2. KELAB DAN PERSATUAN
    1. Kelab Sains Dan Matematik/Guru Penyelaras-Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud
    2. Kelab Bahasa Inggeris/Guru Penyelaras-Puan Madiah bt. Mantali
    3. Kelab Bahasa Melayu/Guru Penyelaras-Ustazah Fatimah bt. Saiban
    4. Kelab Komputer/Guru Penyelaras-Puan Delia ak Bunten
    5. Kelab Kesenian dan Kebudayaan/Guru Penyelaras-Puan Esah Tian
    6. Kelab Usahawan/Guru Penyelaras-Puan Ngatiminah bt. Sarepin
    7. Kelab Perpustakaan/Guru Penyelaras-Puan Lydia Gilbert Nyaod
    8. Kelab Bahasa Arab/Guru Penyelaras-Ustazah Norlaila bt. Osman
    9. Kelab Robotik/Guru Penyelaras-Ustaz Wan Nik Kamal b. Hj. Wan Ahmad
3.SUKAN DAN PERMAINAN
   1. Futsal/Guru Penyelaras-Encik Roslan b. Narawi
   2. Bola Jaring/Guru Penyelaras-Puan Sumariati bt. Mohd. Ali
   3. Badminton/Guru Penyelaras-Ustaz Wan Nik Kamal b. Hj. Wan Nik Ahmad
   4. Taekwando/Guru Penyelaras-Cik Tan Khiok Hian
   5. Wushu/Guru Penyelaras Cik Lily Goh Siaw Mui
   6. Bowling/Guru Penyelaras-Ustazah Norazlina bt. Mohadi
   7. Olahraga/Guru Penyelaras-Encik Nordeen Tan Abdullah
   8. Renang/Guru Penyelaras/Puan Nasery ak Pusong


HARI BERTEMU WARIS
Hari Bertemu Waris ini adalah suatu hari di mana ibubapa murid dikehendaki hadir ke sekolah bersama-sama dengan anak-anak mereka bagi mendapatkan Buku Laporan PKBS/PKSR. Dengan kesempatan ini juga ibubapa dapat berbincang tentang prestasi anak-anak mereka dan cara mana bagi meningkatkan lagi potensi anak-anak mereka ke arah yang lebih cemerlang. Semoga dengan pertemuan enam mata antara guru, ibubapa dan anak-anak mereka akan dapat merealisasikan visi dan misi sekolah. Semoga segala perancangan yang direalisasikan ini akan diberkati dan dirahmati Yang Maha Esa. 


Di kesempatan ruang yang ada ini, tatapilah tayangan foto sesi Hari Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum yang dapat dirakamkan bagi tontonan anda semua. Maaf dipohonkan lantaran sesi Hari Bertemu Waris yang diadakan didalam kelas tidak dapat dirakamkan disebabkan kesibukan guru dokumentasi yang turut melayan tetamu di dalam kelas yang dikendalikan oleh beliau.
 

Thursday 28 January 2010

TAKLIMAT MACGREEN SKGR 2010


Hari ini telah diadakan suatu taklimat tentang Projek MacGreen SKGR 2010. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar). Ianya telah diadakan di Bilik Guru dan disertai oleh semua guru serta kakitangan sokongan.

Monday 25 January 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN PAGI ISNIN, PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA, PENYAMPAIAN HADIAH KELAS PALING BERSIH DAN KERAIAN HARI LAHIR GURU SKGR


Perhimpunan Mingguan Pagi Isnin ini, tanggal 25 Januari 2010 bersamaan 9 Safar 1431H merupakan suatu perhimpunan mingguan biasa namun perhimpunan kali ini telah diselitkan tiga acara sampingan iaitu Majlis Penyerahan Wang Derma Warga SKGR kepada seorang Ibu (pelajar) yang mana ayahnya telah meninggal dunia, Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih dan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Guru SKGR.
Cuaca pagi ini sungguh lembap dan malap bagaikan ada petanda yang hendak disampaikan alam Ciptaan Illahi yang tidak diketahui oleh sebilangan warga SKGR. Seperti kebiasaannya pagi-pagi begini, murid akan didendangkan irama ucapan dan amanat Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)  yang menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan tentang pendidikan masa kini dan sebagainya. Selesainya sahaja ucapan GB, Encik Hashim B Jili (Penolong Kanan HEM) telah memaklumkan suatu berita yang amat memilukan warga SKGR tentang kematian ayah kepada pelajar Tahun Tiga Dinamik dan Tahun Lima Dinamik.Dengan kesempatan ruang yang ada pada pagi ini, pihak sekolah telah menjemput balu (Puan Nancy Merikan/ibu) kepada murid Tahun Tiga dan Tahun Lima tersebut untuk tampir ke pentas bagi menerima Sumbangan Ikhlas Warga SKGR. Diharapkan sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan serba sedikit bebanan balu tersebut. Dan pihak sekolah berdoa semoga roh mendiang dalam keadaan aman.
   
 
 
Sesudah selesainya Majlis Penyerahan Sumbangan Derma, majlis diteruskan dengan satu lagi kejutan buat pelajar SKGR iaitu Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih kepada adik Jonathon Jeff Ketua Darjah Kelas Tahun Satu Bestari.Kelas ini diterajui oleh Puan Yusnita Sa'adi. Hadiah tersebut yang berupa sebuah piala dan sebungkus hadiah untuk semua murid yang telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar SKGR).

Majlis pagi ini tidak terhenti di situ sahaja, malah suatu lagi kejutan telah diumumkan dari Bilik Konti di Blok A yang dihebahkan oleh Puan Hayati bt Salleh iaitu Majlis Keraian Hari Lahir Bulan Januari bagi 8 orang guru SKGR.Mereka ini ialah Ustaz Wan Nik Kamal, Encik Sivabalan, Puan Surimawati, Puan Getrude Da'au, Puan Mayumi, Puan Intier, Puan Helen dan Puan Sumariati. Bersempena dengan keraian ini, Warga SKGR ingin merakamkan ucapan
"SELAMAT HARI LAHIR,
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR".
Semoga hari ini memberi suatu nostalgia yang menjadi kenangan sepanjang hayat.


Anda tontonlah tayangan foto yang disediakan ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan informasi yang berguna. Terima kasih. Salam Malar Hijau!

Friday 22 January 2010

MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SKGR SESI 2010


Hari ini, tanggal 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431H maka genaplah sudah tiga minggu perlaksanaan Program Minggu Transisi Kelas Tahun Satu  di Sekolah Kebangsaan Green Road bagi sesi 2010. Di samping itu juga, diselitkan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Mewarna dan Anugerah Murid Contoh PTT1 di penghujung program tersebut. Bagi menyerikan lagi majlis penutupan rasmi program tersebut, pihak sekolah telah mengundang "CHICKY AND FRIENDS" serta rombongan KFC. Saksikanlah gelagat anak-anak kita apabila dapat berhibur bersama-sama dengan"CHICKY AND FRIENDS".









Semoga perlaksanaan program tersebut memberi banyak manfaat kepada murid-murid Tahun Satu dari aspek mengeratkan tali silatulrahim antara pelbagai kaum menjurus kepada Slogan 1MALAYSIA, memberi peluang mereka membiasakan diri di suatu tempat yang baru yang bergelar 'sekolah', dan pelbagai lagi keistimewaan program tersebut.

Anda tontonilah tayangan foto yang disediakan ini untuk tatapan dan menyelami jiwa kecil anak-anak kita yang bakal mewarisi pemerintahan negara kita.


Wednesday 20 January 2010

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SAINS, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA MUZIK




Tengoklah, tak habis-habis lagi Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching,ni. Almaklum sahajalah, kankah semuanya guru. Sememangnya inilah tugasan yang perlu diharungi oleh insan yang bergelar 'Cikgu' bagi membuat segala perancangan aktiviti untuk memenuhi Takwim Sesi Persekolahan 2010. Ingatlah selalu akan moto kita,

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'.

INFO PAGI RABU 3/2010



Seperti kelazimannya di Pagi Rabu, diadakan Slot Info Pagi yang mengutarakan koresponden yang diperolehi daripada pelanggan (ibubapa murid) sepanjang minggu persekolahan yang berlaku dan diselitkan juga info terkini mengenai Surat Pekeliling yang perlu dimaklumkan kepada kakitangan SKGR serta makluman yang berkaitan tentang tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir N22, Pembantu Tadbir N17 dan bagi jawatan pegawai yang lainnya juga yang telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Semoga Slot Info Pagi Rabu memanfaatkan warga SKGR bagi meningkatkan lagi Prestasi Sekolah Yang Lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Monday 18 January 2010

PROJEK 1PASU BUNGA 1KELUARGA SKGR 2010

Projek 1Pasu Bunga 1Keluarga yang dijalankan di sekolah ini adalah merupakan suatu projek jiwa murni keluarga SKGR.Tujuan projek ini diadakan ialah untuk menjadi Sekolah Kebangsaan Green sebagai Sekolah Di Dalam Taman dan sebagai program berterusan keceriaan sekolah yang menjurus kepada haruman nyaman hati tenang, keindahan melegakan mata memandang.  

Thursday 14 January 2010

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SEMESTER 1 2010


Hari ini juga telah berlangsungnya Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,dan Matematik yang diadakan di tempat yang berasingan di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. 

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan tentang penubuhan ahli jawatankuasa kerja, merangka program yang akan dijalankan sepanjang tahun persekolahan dan sebagainya lagi.

HUJAN RAHMAT DI SKGR


RENUNG-RENUNGLAH!!!
Hari ini, cuaca di Bandaraya Kuching agak lembap dan berawan mendung.Sejak dari pagi tadi cuaca begitu malap. Terlintas di benak kita petanda nak hujan. Memang tepatlah ramalan setiap kita yang terang pancaindera. Namun pernah tak kita merenung sedalam-dalamnya akan makna atau hikmatnya cuaca yang sedemikian.Anda tontonlah tayang foto petang ini di Sekolah Kebangsaan Green khususnya dan Bandaraya Kuching amnya. Hujan telah turun dengan begitu lebat sekali sehinggakan membatasi pandangan kita. Inilah sebahagian kecilnya Hujan Rahmat daripada ALLAH yang menyirami dan membasahi Teratak SKGR.