free counters

Tuesday 30 March 2010

ANUGERAH KELAS PALING BERSIH BAGI BULAN JANUARI, FEBRUARI DAN MAC SKGR 2010

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada Puan Yusnita dan Murid-murid Tahun Satu Tun Abdul Razak lantaran telah dianugerahkan sebagai Kelas Paling Bersih Dan Kondusif di dalam Pertandingan Kebersihan Kelas Sekolah Kebangsaan Green Road bagi Anugerah Bulan Januari, Februari dan Mac 2010. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 Puan Maskolia Bt Maslatip. Kelas Tahun Satu Tun Abdul Razak telah menerima sebuah piala, tiga keping Sijil Pertandingan Kebersihan Kelas dan sebungkus hadiah berupa makanan.
Anda saksikan tayangan foto yang memaparkan gelagat Guru Kelas dan murid-murid Tahun Satu Tun Abdul Razak ketika hari penyampaian anugerah tersebut.



SALAM SATU MALAYSIA DAN SALAM MALAR HIJAU

Thursday 25 March 2010

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON A, KUCHING. SARAWAK.

Hari ini, Khamis 25 Mac 2010 bersamaan 9 Rabiul Akhir 1431H telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Zon A, Kuching yang berpusat di Sekolah Rendah Kebangsaan Green Road. Majlis ini dilangsungkan di 7 Veneu:-
1. Tilawah Lelaki - Surau dan Bilik J-QAF Blok B
2. Tilawah Perempuan - Kelas Tahun 4 Tun Hussein dan Tun Mahathir
3. Hafazan Lelaki - Perpustakaan
4. Hafazan Perempuan - Kelas Tahun 3 Tun Mahathir
5. Bercerita Lelaki - Kelas Tahun 4 Tun Abdullah
6. Bercerita Perempuan - Bawah Makmal Komputer
7. Nasyid - Dewan Terbuka
Majlis-majlis tersebut dijalankan serentak mulai jam 8.00 pagi dan dijangkakan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas selesai penjumlahan markah, majlis ini diteruskan di sebelah petang mulai jam 1.15 bagi Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah yang akan dirasmikan penutupan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuching (PPDK).
Anda saksikanlah tayangan foto yang sempat dirakam bagi memudahkan anda mengetahui perjalanan majlis tersebut. Kepada 'blogger-blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau, Ahli Jawatankuasa Pengelola Sekolah Kebangsaan Green Road ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian bertandang ke blog sekolah SKGR.


"SALAM MALAR HIJAU DAN SALAM SATU MALAYSIA"

Friday 12 March 2010

"GONG XI FA CAI' PERINGKAT SKGR 2010


Pada tanggal 12 Mac 2010 (Jumaat) telah diadakan Perayaan Tahun Baru Cina atau 'Gong Xi Fa Cai' Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Perayaan tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.15 pagi. Tujuan perayaan tersebut diadakan adalah bagi memberi peluang kepada semua warga SKGR tanpa mengira kaum dan agama merayakan perayaan tersebut secara bersama-sama bagi mengeratkan lagi tali silatulrahim serta menjadikan SKGR sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjurus tercapainya GAGASAN 1MALAYSIA yang telah diperkenalkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi. Sesungguhnya SKGR adalah merupakan MINI MALAYSIA di mana setiap kaum di Malaysia terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road, daripada golongan pendidik sehinggalah ke golongan pelajar.
Bagi memenuhi ruang yang telah dinyatakan tersebut, pelbagai acara telah diadakan berlandaskan Program RIMUP  yang melibatkan semua pelajar yag terdiri daripada semua kaum di SKGR.
Anda saksikanlah sendiri tayangan foto yang dipersembahkan ini bagi memudahkan warga SKGR khususnya dan 'Blogger' amnya bagi memahami program yang telah dijalankan.Kepada pengunjung atau 'Blogger-blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau, ucapan penghargaan terima kasih warga SKGR ucapkan.Semoga anda semua berpuasa hati dan ceria melayari Blog ini.

SALAM SATU MALAYSIA DAN MALAR HIJAU!

      

Tuesday 9 March 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PROGRESIF 1 SESI 2010


RENUNG-RENUNGKAN WAHAI ADIK-ADIK SEKALIAN !
 

 
"SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA"

Saturday 6 March 2010

PROGRAM MOTIVASI UPSR SKGR SIRI 1 2010


Pada tanggal 6 Mac 2010 (Sabtu) bersamaan 20 Rabiulawal 1431, telah diadakan Program Motivasi UPSR Siri 1/2010 bagi murid-murid Tahun Enam (Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah). Ia diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Program ini telah diadakan di Falkulti Perubatan Dan Kesihatan UNIMAS,Kuching. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada Murid-murid Tahun 6 tentang teknik-teknik menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Malaysia Kertas 1 (Pemahaman) dan Kertas 2 (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains.Program motivasi ini dikendalikan oleh Penceramah jemputan yang terdiri daripada guru-guru pakar bagi mata pelajaran tersebut.
Sebelum bermulanya sesuatu majlis, bacaan doa dipohonkan dan kedua-dua telapak ditadahkan bagi memberkati majlis. Semoga dengan yang demikian, segala tindakan yang kita lakukan mendapat rahmat Yang Maha Esa dan menghindarkan kita daripada melakukan segala dosa yang tanpa diketahui oleh kita yang bergelar insan.Bagi menyempurnakan bacaan doa tersebut, Ustaz Wan Nik Kamal bin Wan Nik Ahmad telah bebesar hati bagi mengetuai bacaan doa.
Seselesai sahaja bacaan doa, Encik Hashim bin Jili (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), telah menyampaikan serba sedikit taklimat ringkas tentang tatacara berada di Falkulti Perubatan Dan Kesihatan UNIMAS bagi menjamin keselematan, kebersihan dan keselesaan serta kelancaran majlis berjalan dengan sempurna kepada murid-murid Tahun 6 khususnya dan guru-guru amnya.
Untuk makluman warga SKGR dan 'blogger' yang sempat bertandang ke Blog Malar Hijau. Dibawah ini diperturunkan serba ringkas Tentatif Program Motivasi UPSR SKGR Siri 1 2010.
 
Program Motivasi UPSR Siri 1 ini terbahagi kepada 4 Slot iaitu:-
Slot 1
Teknik Menjawab Soalan Matematik
Penceramah: Encik Ng Seng Hon
Masa            : 8.00-9.30 pagi



Slot 2
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia
Penceramah: Encik Mir Hassan
Masa            : 10.00 -11.30 pagi

 

Slot 3
Teknik Menjawab Soalan Sains
Penceramah: Encik Ettin Ak Lambat
Masa            : 11.30-1.00 petang

 Slot 4
Ceramah Motivasi Umum
Penceramah: Tuan Haji Abang Ismawi b. Abang Muhi
Masa            : 2.00-4.00 petang


Anda tatapilah tayangan foto yang disediakan ini untuk memudahkan anda memahami perjalanan program motivasi tersebut.
Selamat Menonton.
SALAM MALAR HIJAU!

      

 



Monday 1 March 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENYERAHAN MEDAL SERTA PIALA KEPADA PERENANG SKGR SESI 2010


Pada tanggal 26 dan 27 Februari 2010, dibawah Penyelaras Puan Nilanthi telah menghantar satu kontigen renang untuk menyertai Pertandingan Renang Peringkat Umur ke-22 yang bertempat di Kolam Renang Stampark BDC, Kuching. Pertandingan Renang tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Renang Amateur Kuching (KASA). Hasil daripada penyertaan tersebut, 3 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Green Road telah menggondol Piala dan medal.Mereka ialah adik Stephanie Goh Kelas Tahun 4 Tun Hussein, adik Joshua Voon Kelas Tahun 5 Tun Abdul Razak dan adik Joash Voon Kelas Tahun 2 Tun Abdul Razak. Kejayaan mereka bertiga telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching.
Bersempena dengan kejayaan mereka, pada hari ini telah diadakan penyampaian piala dan medal peringkat sekolah bagi memberi pengiktirafan di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah di samping bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang lain agar menceburkan diri di dalam apa jua pertandingan yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau yang dianjurkan oleh pihak swasta.

Profil Dan Kejayaan Murid
Profil
1.  Adik Stephanie Goh 
    Pelajar Kelas Tahun 4 Tun Abdul Razak

Kejayaan
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1.100m m Kuak Kupu-Kupu          Tempat Ke-2                 Perak
2. 50m Kuak Kupu-Kupu               Tempat Ke-2                Perak
3.100m Kuak Lentang                 Tempat Pertama          Emas
4. 50m Kuak Lentang                  Tempat Pertama          Emas
5.100m Kuak Dada                      Tempat Pertama          Emas
6.  50m Kuak Dada                      Tempat Pertama          Enas
7.200m Kuak Bebas                     Tempat Pertama         Emas
8.100m Kuak Bebas                     Tempat Pertama         Emas
9. 50m Kuak Bebas                      Tempat Pertama         Emas
10.200m 
     (Individual Midlay Relay       Tempat Pertama         Emas
11.Perenang Terbaik Peringkat Umur Kumpulan 4(Perempuan)
     (Umur 9-10 Tahun)                                                    Piala

2.  Adik Joshua Voon
     Pelajar Kelas Tahun 4 Tun Abdul Razak
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1. 50m Kuak Lentang                  Tempat Pertama           Emas
2.100m Kuak Lentang                 Tempat Pertama           Emas
3.50m Kuak Kupu-kupu              Tempat Pertama           Emas
4.100m Kuak Kupu-kupu            Tempat Pertama           Emas
5. 50m Kuak Bebas                       Tempat Ke-3                 Gangsa           
6.200m Kuak Bebas                     Tempat Ke-2                 Perak
7. 50m Kuak Dada                       Tempat Ke-2                 Perak
8. 100m Kuak Dada                      Tempat Ke-2                Perak
9. Dipilih sebagai Perenang Terbaik Peringkat Umur Kumpulan 4 (Lelaki
    (9-10 Tahun)                                                                   Piala
3.  Adik Joash Voon
Acara                                            Kedudukan                   Anugerah
1. 100m Kuak Lentang                Tempat Pertama           Emas
2. 50m Kuak Lentang                  Tempat Ke-2                 Perak
3. 100m Kuak Kupu-kupu           Tempat Pertama           Emas
4. 50m Kuak Kupu-kupu             Tempat Ke-2                 Perak
5. 200m Kuak Bebas                    Tempat Pertama           Emas

Di atas pencapaian yang membanggakan ini, warga SKGR merakamkan ucapan 'Tahniah Dan Syabas'. Semoga kejayaan mereka bertiga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain di sekolah ini bagi mencapai kecemerlangaan yang 'Gemilang danTerbilag' dan merealisasikan visi dan misi sekolah.
" SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI UNTUK MASA-MASA YANG AKAN DATANG"SALAM MALAR HIJAU!