free counters

Saturday 30 January 2010

HARI PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN BERTEMU WARIS SKGR 2010


Hari ini (Sabtu), tanggal 30 Januari 2010 telah diadakan Hari Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum  di Dewan Terbuka dan Hari Bertemu Waris (Laporan PKSR) di Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6. Di bawah ini adalah maklumat yang berkaitan tentang perkara tersebut:-
PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2010
1. BADAN BERUNIFORM
    1. Persatuan Bulan Sabit Merah/Guru Penyelaras-Puan Yusnita bt. Sa'adi
    2. Pengakap/Guru Penyelaras-Puan Indira Gandhi ak Nyupi
    3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia/Guru Penyelaras-Ustazah Zawiyah Awang Amat
    4. Pancaragam Sekolah/Guru Penyelaras-Puan Mayumi ak Bongkoi
    5. Tunas Kadet Remaja/Guru Penyelaras-Encik Mohd. Syukri b. Mohd Salleh
2. KELAB DAN PERSATUAN
    1. Kelab Sains Dan Matematik/Guru Penyelaras-Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud
    2. Kelab Bahasa Inggeris/Guru Penyelaras-Puan Madiah bt. Mantali
    3. Kelab Bahasa Melayu/Guru Penyelaras-Ustazah Fatimah bt. Saiban
    4. Kelab Komputer/Guru Penyelaras-Puan Delia ak Bunten
    5. Kelab Kesenian dan Kebudayaan/Guru Penyelaras-Puan Esah Tian
    6. Kelab Usahawan/Guru Penyelaras-Puan Ngatiminah bt. Sarepin
    7. Kelab Perpustakaan/Guru Penyelaras-Puan Lydia Gilbert Nyaod
    8. Kelab Bahasa Arab/Guru Penyelaras-Ustazah Norlaila bt. Osman
    9. Kelab Robotik/Guru Penyelaras-Ustaz Wan Nik Kamal b. Hj. Wan Ahmad
3.SUKAN DAN PERMAINAN
   1. Futsal/Guru Penyelaras-Encik Roslan b. Narawi
   2. Bola Jaring/Guru Penyelaras-Puan Sumariati bt. Mohd. Ali
   3. Badminton/Guru Penyelaras-Ustaz Wan Nik Kamal b. Hj. Wan Nik Ahmad
   4. Taekwando/Guru Penyelaras-Cik Tan Khiok Hian
   5. Wushu/Guru Penyelaras Cik Lily Goh Siaw Mui
   6. Bowling/Guru Penyelaras-Ustazah Norazlina bt. Mohadi
   7. Olahraga/Guru Penyelaras-Encik Nordeen Tan Abdullah
   8. Renang/Guru Penyelaras/Puan Nasery ak Pusong


HARI BERTEMU WARIS
Hari Bertemu Waris ini adalah suatu hari di mana ibubapa murid dikehendaki hadir ke sekolah bersama-sama dengan anak-anak mereka bagi mendapatkan Buku Laporan PKBS/PKSR. Dengan kesempatan ini juga ibubapa dapat berbincang tentang prestasi anak-anak mereka dan cara mana bagi meningkatkan lagi potensi anak-anak mereka ke arah yang lebih cemerlang. Semoga dengan pertemuan enam mata antara guru, ibubapa dan anak-anak mereka akan dapat merealisasikan visi dan misi sekolah. Semoga segala perancangan yang direalisasikan ini akan diberkati dan dirahmati Yang Maha Esa. 


Di kesempatan ruang yang ada ini, tatapilah tayangan foto sesi Hari Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum yang dapat dirakamkan bagi tontonan anda semua. Maaf dipohonkan lantaran sesi Hari Bertemu Waris yang diadakan didalam kelas tidak dapat dirakamkan disebabkan kesibukan guru dokumentasi yang turut melayan tetamu di dalam kelas yang dikendalikan oleh beliau.
 

Thursday 28 January 2010

TAKLIMAT MACGREEN SKGR 2010


Hari ini telah diadakan suatu taklimat tentang Projek MacGreen SKGR 2010. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar). Ianya telah diadakan di Bilik Guru dan disertai oleh semua guru serta kakitangan sokongan.

Monday 25 January 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN PAGI ISNIN, PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA, PENYAMPAIAN HADIAH KELAS PALING BERSIH DAN KERAIAN HARI LAHIR GURU SKGR


Perhimpunan Mingguan Pagi Isnin ini, tanggal 25 Januari 2010 bersamaan 9 Safar 1431H merupakan suatu perhimpunan mingguan biasa namun perhimpunan kali ini telah diselitkan tiga acara sampingan iaitu Majlis Penyerahan Wang Derma Warga SKGR kepada seorang Ibu (pelajar) yang mana ayahnya telah meninggal dunia, Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih dan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Guru SKGR.
Cuaca pagi ini sungguh lembap dan malap bagaikan ada petanda yang hendak disampaikan alam Ciptaan Illahi yang tidak diketahui oleh sebilangan warga SKGR. Seperti kebiasaannya pagi-pagi begini, murid akan didendangkan irama ucapan dan amanat Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)  yang menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan tentang pendidikan masa kini dan sebagainya. Selesainya sahaja ucapan GB, Encik Hashim B Jili (Penolong Kanan HEM) telah memaklumkan suatu berita yang amat memilukan warga SKGR tentang kematian ayah kepada pelajar Tahun Tiga Dinamik dan Tahun Lima Dinamik.Dengan kesempatan ruang yang ada pada pagi ini, pihak sekolah telah menjemput balu (Puan Nancy Merikan/ibu) kepada murid Tahun Tiga dan Tahun Lima tersebut untuk tampir ke pentas bagi menerima Sumbangan Ikhlas Warga SKGR. Diharapkan sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan serba sedikit bebanan balu tersebut. Dan pihak sekolah berdoa semoga roh mendiang dalam keadaan aman.
   
 
 
Sesudah selesainya Majlis Penyerahan Sumbangan Derma, majlis diteruskan dengan satu lagi kejutan buat pelajar SKGR iaitu Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih kepada adik Jonathon Jeff Ketua Darjah Kelas Tahun Satu Bestari.Kelas ini diterajui oleh Puan Yusnita Sa'adi. Hadiah tersebut yang berupa sebuah piala dan sebungkus hadiah untuk semua murid yang telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar SKGR).

Majlis pagi ini tidak terhenti di situ sahaja, malah suatu lagi kejutan telah diumumkan dari Bilik Konti di Blok A yang dihebahkan oleh Puan Hayati bt Salleh iaitu Majlis Keraian Hari Lahir Bulan Januari bagi 8 orang guru SKGR.Mereka ini ialah Ustaz Wan Nik Kamal, Encik Sivabalan, Puan Surimawati, Puan Getrude Da'au, Puan Mayumi, Puan Intier, Puan Helen dan Puan Sumariati. Bersempena dengan keraian ini, Warga SKGR ingin merakamkan ucapan
"SELAMAT HARI LAHIR,
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR".
Semoga hari ini memberi suatu nostalgia yang menjadi kenangan sepanjang hayat.


Anda tontonlah tayangan foto yang disediakan ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan informasi yang berguna. Terima kasih. Salam Malar Hijau!

Friday 22 January 2010

MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SKGR SESI 2010


Hari ini, tanggal 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431H maka genaplah sudah tiga minggu perlaksanaan Program Minggu Transisi Kelas Tahun Satu  di Sekolah Kebangsaan Green Road bagi sesi 2010. Di samping itu juga, diselitkan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Mewarna dan Anugerah Murid Contoh PTT1 di penghujung program tersebut. Bagi menyerikan lagi majlis penutupan rasmi program tersebut, pihak sekolah telah mengundang "CHICKY AND FRIENDS" serta rombongan KFC. Saksikanlah gelagat anak-anak kita apabila dapat berhibur bersama-sama dengan"CHICKY AND FRIENDS".









Semoga perlaksanaan program tersebut memberi banyak manfaat kepada murid-murid Tahun Satu dari aspek mengeratkan tali silatulrahim antara pelbagai kaum menjurus kepada Slogan 1MALAYSIA, memberi peluang mereka membiasakan diri di suatu tempat yang baru yang bergelar 'sekolah', dan pelbagai lagi keistimewaan program tersebut.

Anda tontonilah tayangan foto yang disediakan ini untuk tatapan dan menyelami jiwa kecil anak-anak kita yang bakal mewarisi pemerintahan negara kita.


Wednesday 20 January 2010

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SAINS, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA MUZIK




Tengoklah, tak habis-habis lagi Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching,ni. Almaklum sahajalah, kankah semuanya guru. Sememangnya inilah tugasan yang perlu diharungi oleh insan yang bergelar 'Cikgu' bagi membuat segala perancangan aktiviti untuk memenuhi Takwim Sesi Persekolahan 2010. Ingatlah selalu akan moto kita,

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'.

INFO PAGI RABU 3/2010



Seperti kelazimannya di Pagi Rabu, diadakan Slot Info Pagi yang mengutarakan koresponden yang diperolehi daripada pelanggan (ibubapa murid) sepanjang minggu persekolahan yang berlaku dan diselitkan juga info terkini mengenai Surat Pekeliling yang perlu dimaklumkan kepada kakitangan SKGR serta makluman yang berkaitan tentang tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir N22, Pembantu Tadbir N17 dan bagi jawatan pegawai yang lainnya juga yang telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Semoga Slot Info Pagi Rabu memanfaatkan warga SKGR bagi meningkatkan lagi Prestasi Sekolah Yang Lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Monday 18 January 2010

PROJEK 1PASU BUNGA 1KELUARGA SKGR 2010

Projek 1Pasu Bunga 1Keluarga yang dijalankan di sekolah ini adalah merupakan suatu projek jiwa murni keluarga SKGR.Tujuan projek ini diadakan ialah untuk menjadi Sekolah Kebangsaan Green sebagai Sekolah Di Dalam Taman dan sebagai program berterusan keceriaan sekolah yang menjurus kepada haruman nyaman hati tenang, keindahan melegakan mata memandang.  

Thursday 14 January 2010

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SEMESTER 1 2010


Hari ini juga telah berlangsungnya Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,dan Matematik yang diadakan di tempat yang berasingan di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. 

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan tentang penubuhan ahli jawatankuasa kerja, merangka program yang akan dijalankan sepanjang tahun persekolahan dan sebagainya lagi.

HUJAN RAHMAT DI SKGR


RENUNG-RENUNGLAH!!!
Hari ini, cuaca di Bandaraya Kuching agak lembap dan berawan mendung.Sejak dari pagi tadi cuaca begitu malap. Terlintas di benak kita petanda nak hujan. Memang tepatlah ramalan setiap kita yang terang pancaindera. Namun pernah tak kita merenung sedalam-dalamnya akan makna atau hikmatnya cuaca yang sedemikian.Anda tontonlah tayang foto petang ini di Sekolah Kebangsaan Green khususnya dan Bandaraya Kuching amnya. Hujan telah turun dengan begitu lebat sekali sehinggakan membatasi pandangan kita. Inilah sebahagian kecilnya Hujan Rahmat daripada ALLAH yang menyirami dan membasahi Teratak SKGR. 

MESYUARAT GURU KELAS TAHAP 1


Minggu ini merupakan minggu yang begitu sibuk di SKGR lantaran pelbagai program yang dijalankan.Hari ini satu lagi mesyuarat telah diadakan di Makmal Komputer SKGR. Mesyuarat yang dmaksudkan ialah Mesyuarat Guru Kelas Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3).


Matlamat mesyuarat ini diadakan adalah bagi menjelaskan bahawa betapa beratnya tanggungjawab Guru Kelas Tahap Satu lantaran pelbagai karenah atau gelagat yang akan mereka hadapi dan memerlukan komitmen yang jitu menghadapi karenah-karenah murid tersebut.

Wednesday 13 January 2010

INFO PAGI RABU SKGR 2/2010


Seperti kelazimannya, Info Pagi Rabu akan menyusul pada setiap hari Rabu.Ianya bermula jam 6.45 pagi dan berakhir jam 7.00 pagi.Info Pagi Rabu ini disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Sarawak. Info Pagi ini merupakan suatu informasi yang menyentuh tentang koresponden-koresponden yang diterima daripada ibubapa, orang awam dan juga bagi menghebahkan informasi terkini yang diterima daripada jabatan.Semua guru diwajibkan menghadiri Info Pagi Rabu ini.


Saturday 9 January 2010

'HARI BERTEMU PELANGGAN' DI SKGR 2010


Salam Sejahtera
kepada warga SKGR, ibubapa murid dan blogger seantaro dunia.
Untuk makluman tuan/puan,
Mulai tahun ini (2010), pihak Sekolah Kebangsaan Green Road akan mengadakan 'HARI BERTEMU PELANGGAN'. 
Ia akan diadakan pada setiap hari Rabu mulai jam 7.30 pagi hingga
8.30 pagi di Dewan Terbuka. Matlamat 'Hari Bertemu Pelanggan' ini diadakan adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada ibubapa murid untuk mengemukakan apa-apa sahaja kemusykilan yang berkaitan tentang persekolahan anak-anak mereka atau ingin mengemukakan cadangan bagi menambahbaikan pengurusan pentadbiran sekolah. Hari Bertemu Pelanggan ini akan diketuai oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) dan dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan iaitu Puan Maskolia Binti Maslatip (Penolong Kanan Kurikulum), Encik Hashim Bin Jili (Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid), dan Encik Biol Ak. Nyowem (Penolong Kanan Kokurikulum). 


Silalah berkunjung pada hari dan jam yang telah dinyatakan di atas. Kehadiran tuan/puan  pada hari tersebut amat dialu-alukan. 

Monday 4 January 2010

BERMACAM GELAGAT WARGA SKGR APABILA BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN 2010


'CUTI  AKHIR TAHUN SUDAH BERAKHIR, PERSEKOLAHAN PULA BERKUNJUNG TIBA'

Itulah kelazimannya apabila kita masih di bangku sekolah, 'Cuti...Sekolah,.....Cuti....Sekolah'. Malahan ada di kalangan pelajar-pelajar di negara kita tidak sabar-sabar nak menghabiskan zaman mentah di bangku sekolah. Namunpun demikian,  bagi adik-adik kita yang baru mengenal bangku dan kerusi sekolah, hari ini merupakan detik catatan sejarah dimemori kehidupan mereka di mana mereka akan mengenal siapakah sebenarnya 'CIKGU'  mereka.

Di sinilah mereka mula mengenal...'cikgu',... 'tandas',... 'kantin',..dan sebagainya lagi. Malah ada sebahagian daripada adik-adik atau anak-anak kita ini sudah ada yang pandai berdebat dengan ibubapa atau adik-beradik mereka tentang sesuatu perkataan yang disebut oleh ibubapa atau sesiapa sahaja yang sebutannya lain daripada apa yang mereka pelajari daripada 'CIKGU' mereka di sekolah akan dipertikaikan sebutan lantaran mereka sudah merasai kehidupan bergelar 'murid di bangku sekolah'.











Lantaran hal inilah maka pada detik ini, tanggal 4 Januari 2010 bersamaan 18 Muharam 1431H telah bermulanya Sesi Persekolahan 2010 di Sekolah Kebangsaan Green Road. Pelbagai gelagat boleh ditontonkan sama ada gelagat ibubapa, penjaga apatah lagi gelagat anak-anak kita terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan di Tahun Satu dan tidak ketinggalan juga gelagat 'Cikgunya'.

Anda tonton dan tatapilah karenah atau gelagat mereka yang baru mengenal bangku dan kerusi di sekolah yang sebenarnya. Ayuh....saksikanlah....tayangan yang berikutnya!