free counters

Thursday 31 December 2009

SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PROGRAM ORIENTASI TAHUN SATU DI SKGR UNTUK TAHUN PERSEKOLAHAN 2010




"KEMBALI KE SEKOLAH 2010"
Hari ini, satu lagi program 'Kembali ke Sekolah' dijalankan di Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching, Sarawak. Hari yang dimaksudkan ialah Sesi Pendaftaran dan Pembayaran Yuran Sekolah serta Taklimat Program Minggu Orientasi Kelas Tahun Satu 2010.




Hari ini adalah merupakan hari yang begitu sibuk di sekolah ini lantaran hari ini hari mendaftar kemasukan murid Tahun Satu dan pendaftaran naik kelas untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching. Untuk melicinkan perjalanan sesi pendaftaran murid, setiap kelas telah ditempatkan dua orang guru, iaitu seorang Guru Kelas dan seorang Pembantu Guru Kelas. Manakala sesi Taklimat Program Minggu Orientasi Murid Tahu Satu diadakan di Dewan Terbuka SKGR yang bermula jam 10.00 pagi. Ibubapa murid Tahun Satu yang sudah mendaftarkan anak dikehendaki berhimpun di dewan tersebut bagi mengikuti taklimat yang akan disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar SKGR).







Di samping itu, sebelum taklimat akan diadakan pelbagai persembahan Murid Tahun Satu 2009. Antaranya persembahan Bacaan Buku, Bercerita di dalam Bahasa Inggeris, Bacaan Ikrar Murid dan sebagainya lagi. Anda tatapilah sendiri sesi tersebut dengan menonton tayangan foto yang disediakan ini.Semoga anda terhibur.

Wednesday 30 December 2009

MESYUARAT STAF KE-3 SKGR 2009


Sebelum mesyuarat diadakan, terlebih dahulu Encik Shazali Haji Rosdi sebagai peraju SKGR ingin mengalu-alukan kehadiran semula 








Ustazah Fatimah Binti Saiban yang telah memohon cuti bersalin selama lebih kurang setahun setengah dan juga mengalukan kedatangan kerani baru 










Puan Dayang Zahara Binti Haji Abang Aing  yang akan menggantikan tempat Puan Saimah yang telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke sekolah RPR,Kuching.

Hari ini tanggal 30 Disember 2009 bersamaan 13 Muharam 1431H, telah diteruskan satu lagi mesyuarat iaitu Mesyuarat Staf Ke-3 2009.



Mesyuarat ini telah dilangsungkan di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merangka agenda bagi mengisi Takwim Persekolahan Sesi 2010 yang akan dibentangkan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) dan bagi membincangkan agenda-agenda yang dibawa oleh para perwakilan daripada Tiga Jawatankuasa Utama iaitu, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa HEM dan Jawatankuasa Kokurikulum.




Hasilan daripada agenda-agenda yang dibangkitkan oleh para perwakilan di dalam mesyuarat yang diadakan pada hari kelmarin akan diperdebatkan selepas usul yang dibentangkan oleh Encik Shazali Haji Rosdi
.


Kedua-dua usul yang dibentangkan oleh Encik Shazali Haji Rosdi dan para perwakilan 3JK Utama Sekolah akan digabungkan dan dihalusi bagi menjayakan agenda bagi memenuhi Program Takwim Sekolah Sesi 2010. 
Anda tontonlah sendiri tayangan foto bagi memahami perjalanan Mesyuarat Staf Ke-3 Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.

Tuesday 29 December 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA UTAMA (KURIKULUM,HEM DAN KOKURIKULUM) SKGR 2009


Pada hari ini (Selasa), telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Utama (Kurikulum, Hal-Ehwal Murid dan Kokurikulum) di tiga buah bilik kelas yang berlainan bagi membuat Perancangan Program Persekolahan Sesi 2010. Mesyuarat ini diadakan serentak jam 8.30 pagi. Ia bertujuan bagi mengubal perancangan kerja tahunan sepanjang Takwim Persekolahan 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Utama Sektor Kurikulum diketuai oleh Puan Maskolia Binti Maslatip (Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik), Sektor Hal-Ehwal Murid (HEM) pula diketuai Encik Hashim Bin Jili(Penolong Kanan HEM) manakala Sektor Kokurikulum diketuai oleh Encik Biol Ak Nyowem
(Penolong Kanan Kokurikulum).

JAWATANKUASA KURIKULUM:
PENGERUSI:
Encik Shazali Haji Rosdi (GB)
TIMBALAN PENGERUSI:
Puan Maskolia Binti Maslatip (PK Akademik)
NAIB PENGERUSI:
Encik Hashim Bin Jili (PK HEM)
Encik Biol Ak. Nyowem (PK KK)
SETIAUSAHA:
Puan Surimawati Binti Saini
AHLI-AHLI:
Puan Debbie Ayun
Puan Munah Kolot
Puan Magaret Julong
Puan Intier Mirid
Puan Latifah Bajok
Puan Dayang Santi Suria
Puan Suhaili Sudin
Puan Getrude Da'au
Puan Helen Lanip
Puan Hayati Salleh
Puan Rosnani Deriss
Puan Delia Bunten
Puan Maureen Satup
Puan Aysha Ammah
Puan Lydia Gilbert
Nilanthi Ranji Owen
Cik Teresa Khoo
Cik Law Lee Ee
Cik Hafizah Rambli



JAWATANKUASA HAL-EHWAL MURID (HEM)
PENGERUSI:
Encik Shazali Haji Rosdi
TIMBALAN PENGERUSI:
Encik Hashim Bin Jili
NAIB PENGERUSI:
Puan Maskolia Binti Maslatip
Encik Biol Ak. Nyowem
SETIAUSAHA:
Encik Mohamad Shukeri Bin Mohamad Salleh
AHLI-AHLI:
Puan Hamisah Binti Wahab
Puan Spone Pukeon
Puan Ngatiminah Binti Sarepin
Puan Janef Hendry Nessen
Puan Indira Ghandi Nyupi
Puan Goh Miah Hoon
Puan Dayang Santi Kesuma Binti Abang Kadir
Puan Florence Akai
Puan Madiah Binti mantali
Cik Tan Khiok Hian
Ustazah Noraini Binti Salleh
Ustazah Norlaila Binti Osman
Ustazah Mazhariah Binti Abdullah
Puan Hamdiah Morni


JAWATANKUASA KOKURIKULUM:
PENGERUSI:
Encik Shazali Haji Rosdi
TIMBALAN PENGERUSI:
Encik Biol Ak. Nyowem
NAIB PENGERUSI:
Puan Maskolia Binti Maslatip
Encik Hashim Bin Jili
SETIAUSAHA:
Encik Wan Nik Kamal Bin Haji Wan Ahmad
AHLI-AHLI:
Puan Manadet Esah Tian
Puan Mayumi Bongkoi
Puan Nasery Pusong
Puan Zawiyah Binti Awang Hamat
Puan Yusnita binti Sa'adi
Puan Sumariati binti Mohamad Ali
Puan Habsah Binti Drahman
Cik Lily Goh
Ustazah Fatimah binti Saiban
Ustazah Norazlina binti Mohadi
Ustaz Nik Mahadi bin Nik Mahmud
Encik Roslan bin Narawi
Encik Nordeen Tan Abdullah
Encik Dinury bin Ahmad

Wednesday 16 December 2009

SALAM MA'AL HIJRAH 1431

Salam Ma'al Hijrah 1431 diucapkan kepada Seluruh Warga SKGR khususnya dan Seantaro Dunia Islam amnya. Semoga Ma'al Hijrah 1430 memberi kenangan yang amat manis kepada setiap individu umat Islam di seluruh dunia dari aspek Ketakwaan Kepada Allah dan rasulNYA serta semoga Ma'al Hijrah yang mendatang dapat kita pertingkatkan lagi amalan-amalan yang tak dapat dipenuhi pada Ma'al Hijrah 1430.Didoakan semoga kita semua dirahmati ALLAH untuk tahun-tahun yang mendatang......Amiiin!!!


MAKSUD AL-QURAN
HIJRAH RASULULLAH S.A.W
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (AT-TAUBAH: 40)
(Dipetik dari http://ummatanwasatan.net/)

Sunday 6 December 2009

SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA STAF YANG BERAGAMA KRISTIAN SKGR 2009


Selamat Hari Krismas/Hari Natal diucapkan kepada staf yang beragama Kristian Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching. Semoga Hari Krismas yang menjelang tiba akan membawa seribu kenangan yang amat menggembirakan dan membahagiakan seluruh keluarga.





Kepada staf yang lain, silalah berkunjung ke rumah rakan-rakan kita yang merayakan perayaan tersebut bagi mengeratkan lagi talisilatulrahim.

'WARGA SKGR, WARGA MESRA DAN SENTIASA CERIA'

Thursday 3 December 2009

SELAMAT BERCUTI WARGA SKGR


Wednesday 25 November 2009

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) SKGR 2009

Maaf dipohon diatas kelewatan mengemaskini kandungan blog MALAR HIJAU ini lantaran badan saya tidak berapa sihat (Demam Panas). Meskipun demikian, saya tidak akan menghampakan pembaca dan peminat blog MALAR HIJAU dengan perkembangan terbaru mengenai Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR 2009) di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.



Untuk makluman tuan/puan,

Pengumuman Keputusan UPSR 2009 yang telah dibuat pada tanggal 19 November 2009 (Khamis)oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)sungguh memberangsangkan meskipun sasaran pencapaian yang disasarkan seramai 50 orang murid (5A) tahun ini tidak kesampaian (hanya 29 orang murid (5A)) namun kalau dibuat analisis pencapaian bagi semua matapelajaran tersebut sungguh membanggakan semua pihak dimana hasil daripada rumusan pencapaian UPSR 2009 terdapat peningkatan yang ketara bagi kesemua matapelajaran contohnya matapelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Senarai nama murid yang berjaya mendapat 5A UPSR 2009
1. Aaika Zulaikha Bt.Mohd.Yusop
2. Ariqah Hana Bt.Zaidi
3. Azreen Octavious B.Zainal Abidin
4. Chen Han Shen
5. Danial Fitri B.Md.Sukor
6. Edmund Ng Chong Jie
7. Haziqah Ilyana Bt.Zalazilah
8. Muhammad Harith Afif B. Abdul Farek
9. Juliana Jong Li Hua
10. Kourtney Kho Ker Yin
11. Nurulhuda Shafiqah Bt.Obeng
12. Leesa Quek
13. Nur Farzana Bt.Abdul Rahman
14. Marlynda Chan Weng Yee
15. Nur Damia Bt.Bakeri
16. Rufina A/P Raphael Ramesh
17. Sarah Amel Hamzah
18. Sharifah Farisha Aimy Bt.Wan Liz Farwarna
19. Ahmad Nazmi Putra B.Haizan
20. Ahmad Syafiq Deen B.Abdul Rahman Deen
21. Agasi Gapit Ak. kuek
22. Othelia Wong Yin Ying
23. Sarah Bt.Sapian
24. Emeer Hassan B.Sumardi
25. Mekala A/P Toulsimani
26. Nur Daniza Bt. Haris
27. Nur Fajrina Ashshaina Bt.Zulkipli
28. Mohd Asri B. Sepo @ Sepori
29. Wan Muhammad Dinnusa'adi B.Wan Zaidel

Sunday 22 November 2009

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PROGRAM NILAM SKGR 2009

Hari ini, tanggal 19 November 2009 adalah hari yang dinanti-nanti oleh pelajar Tahun 6 dimana Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan dan akan mereka terima di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.Sementara menanti detik waktu jam 10 pagi, telah diadakan satu perhimpunan khas bagi murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching.

Majlis yang dimaksudkan ialah MAJLIS PENGIKTIRAFAN PROGRAM NILAM 2009 yang diadakan bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah dapat membaca buku sepanjang enam tahun persekolahan.

PENERIMA ANUGERAH NILAM SKGR 2009

1. Nur Azrenna Binti Ahmad Jumry
(451 buah buku)



2. Nurulhuda Shafiqah Binti Obeng
(406 buah buku)




Anda saksikanlah sendiri menerusi tayangan foto yang dipersembahkan ini.
SELAMAT MENONTON !



Saturday 21 November 2009

MAJLIS MALAM JALINAN MESRA STAF SKGR (DINNER) 2009



Selepas penat lelah meraikan majlis anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching di sebelah pagi tersebut. Bagi menghilangkan tekanan, di sebelah malamnya pula diadakan MAJLIS MALAM JALINAN MESRA AKHIR TAHUN STAF SKGR (DINNER) 2009, yang berlangsung di 'Blue Lagoon, Level 4, Riverside Majestic Hotel,Kuching'.


Majlis ini diadakan bermula jam 7.30 malam.Para jemputan yang hadir pada malam tersebut adalah terdiri daripada warga sekolah, AJK PIBG dan kakitangan Klinik Pergigian Sekolah Kebangsaan Green Road.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai warga sekolah yang telah memberikan komitmen yang padu sepanjang penggal persekolahan 2009.Majlis ini dibiayaai oleh Persatuan Ibubapa dan Guru serta sumbangan individu. Pada malam tersebut diadakan pelbagai aktiviti antaranya, cabutan bertuah, 'catwalk' bagi warga sekolah dan AJK PIBG, Karaoke dan majlis perpisahan Puan Saimah (Kerani) yang akan berpindah ke SK RPR.

Sudi-sudikanlah diri menatap tayang foto dan video bagi menyucikan mata anda.
SELAMAT MELAYARI BLOG MALAR HIJAU!

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL SKGR 2009

Penulis blog ingin memohon maaf diatas kelewatan mengemaskini kandungan blog MALAR HIJAU lantaran terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti sekolah bermula.Meskipun demikian keadaannya, penulis blog tidak akan menghampakan pembaca blog MALAR HIJAU terutama sekalinya kepada warga sekolah, ibubapa murid dan peminat-peminat blog MALAR HIJAU yang berada di luar sana.



Untuk makluman anda, pada tanggal 18 November 2009, jam 8.00 pagi telah diadakan MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL atau dengan kata lain MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK (KURIKULUM)DAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING.



Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik (Kurikulum) dan kegiatan luar bilik darjah (Kokurikulum)serta bidang sahsiah yang telah dapat ditonjolkan sepanjang penggal persekolahan 2009.




Sekarang tataplah tayangan foto dan video sebelum, semasa dan selepas Majlis Anugerah Cemerlang Akademik dan Kokrikulum di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Sarawak. Semoga anda berpuas hati menonton tayangan 'slide fotoshow' dan video yang telah diutarakan ini.
Selamat Menonton!


Sunday 15 November 2009

MINGGU PEPERIKSAAN SETARA SEMESTER AKHIR DI SKGR 2009

Pada tanggal 12 November 2009, telah diadakan Peperiksaan Setara Sekolah Kebangsaan Daerah Kuching di setiap buah sekolah di Daerah Kuching.
Peperiksaan ini adalah Peperiksaan Semester Akhir yang kebiasaannya diadakan di setiap buah sekolah di seluruh Malaysia.
Namun, bagi Daerah Kuching peperiksaan ini adalah Peperiksaan Setara dimana setiap sekolah kebangsaan menggunakan kertas soalan yang sama yang telah digubal oleh panitia-panitia mata pelajaran utama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Manakala mata pelajaran yang lainnya pula digubal oleh panitia mata pelajaran setiap sekolah itu sendiri berdasarkan bentuk dan corak soalan sekolah masing-masing.

Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching adalah salah sebuah sekolah yang telah melaksanakan dan menggunakan Kertas Soalan Peperiksaan Setara Sekolah Kebangsaan Daerah Kuching. Peperiksaan ini telah dimulakan perlaksanaan pada tanggal 12 November 2009 (Khamis) sehingga 17 November 2009 (Selasa).

Sunday 8 November 2009

Saturday 31 October 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-2 SKGR 2009

SAFARI MEMBACA SKGR 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
(Surah Al-‘Alaq: Ayat 1-5)

Sehubungan dengan itu, Program PASCA UPSR diteruskan sekali lagi dengan menyelitkan PROGRAM SAFARI MEMBACA kepada murid-murid Tahun 6 yang melibatkan 4 buah kelas iaitu, Kelas Tahun 6 Arif, Kelas Tahun 6 Bestari, Kelas Tahun 6 Cerdas dan Kelas Tahun 6 Dinamik sebagai salah satu program berterusan bagi memenuhi pengisian Takwim Persekolahan Sekolah Kebangsaan Green Road 2009.

Pada tanggal ini, 26 Oktober 2009 telah dijalankan program tersebut di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road. Program tersebut telah dijalankan di bawah kelolaan AJK Penyelaras Program Pasca UPSR sekolah.Seramai 144 orang murid telah terlibat di dalam program tersebut yang mengambil masa bacaan selama 3 jam 45 minit tanpa henti.Murid-murid akan bergilir-gilir membaca setiap satu perenggan sebuah buku cerita yang telah dipilih oleh ahli jawatankuasa penyelaras program Pasca UPSR bagi setiap orang murid sehingga buku itu selesai dibaca kesemua perenggan-perenggan yang terdapat di dalam buku tersebut. Beberapa orang guru yang terlibat secara langsung yang mengajar di Kelas Tahun 6 dan juga guru yang 'sit in'akan dikehendaki memantau perjalanan Program Safari Membaca tersebut.
Anda tataplah sendiri tayangan foto yang dipertontonkan ini bagi menjelaskan suasana program itu yang telah dilaksanakan oleh AJK Penyelaras Program Pasca UPSR 2009 Sekolah Kebangsaan Green Road.

PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA DI SKGR 2009

Hari ini, Jumaat tanggal 23 Oktober 2009 satu lagi program dijalankan di Sekolah Kebangsaan Green Road bagi mengisi Takwim Persekolahan 2009. Program ini merupakan salah satu Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)iaitu PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA 2009.



Perayaan 'DEEPARAYA' mungkin suatu yang baru bagi seseorang yang belum mengenali perayaan ini.Wujudnya fenomena 'DEEPARAYA'ini adalah sebenarnya berlandaskan perayaan bersama atau dengan lain perkataan 'BERKONGSIRAYA'. Istilah 'DeepaRaya" ini sebenarnya ialah gabungan dua perayaan yang dirayakan yang mana kedua-dua perayaan tersebut dirai pada tahun yang sama tetapi tarikh perayaan tersebut begitu hampir diantara satu perayaan dengan perayaan yang lain, contohnya perayaan Hari Raya Aidil-Fitri dan Hari Raya Deepavali pada tahun ini yang jarak tarikh diraikan begitu hampir sekali.Hari Raya Aidil-Fitri dirayakan umat Islam seluruh Malaysia pada tanggal 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H manakala Deepavali dirayakan penganut agama Hindu pada 17 Oktober 2009.

Mungkin timbul pertanyaan dibenak blogger-blogger Malaysia atau sesiapa sahaja yang sempat bertandang di BLOG MALAR HIJAU ini. Mengapa pula perayaan ini dirayakan di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK? Apakah agaknya keistimewaan yang dimiliki oleh warga Sekolah Kebangsaan Green Road hinggakan perayaan tersebut dikenali Perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA' pada tahun ini.Yang jelasnya, sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum yang menjadi tenaga pengajar dan murid-murid sekolah yang sedang menimba ilmu di sekolah ini.Untuk pengetahuan semua,sekolah ini adalah lambang 'MINI MALAYSIA', di mana tenaga pengajar dan murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, India, Punjabi, Bajau, Bisayah dan sebagainya lagi.

Perayaan DEEPARAYA 1MALAYSIA' yang diraikan pada tahun ini di SKGR merupakan lanjutan atau rentetan semangat 1MALAYSIA yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.
Pelbagai acara telah dirancangkan bagi mengisi dan menepati program Deeparaya 1Malaysia pada tahun ini. Diantaranya nyanyian lagu raya yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Koir Guru yang diketuai oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)dan semua guru, persembahan Tarian oleh Gabungan Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5, persembahan paluan kompang yang ketuai oleh Encik Hashim Jili (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),Pertandingan Pakaian Beragam Mengikut Etnik Kaum,Pertandingan Karaoke Lagu Raya oleh guru dan murid, dan sebagainya lagi. Tak ketinggalan 'Kelas Terbuka Hari Deeparaya'. Akhir sekali diselitkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Anjuran Klinik Pergigian Sekolah Kebangsaan Green Road.


Anda selamilah sendiri perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA SKGR 2009'dengan persembahan tayangan foto dan slot video sebagai tatapan istimewa buat anda yang sudi bertandang di blog MALAR HIJAU.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DAN SELAMAT HARI RAYA DEEPAVALI" khususnya kepada warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK dan rakyat MALAYSIA amnya.

Saturday 17 October 2009

PROGRAM PASCA UPSR- "CERAMAH DADAH DARIPADA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAN DEMONSTRASI ANJING PENGESAN DADAH DARIPADA KASTAM DIRAJA MALAYSIA" DI DEWAN TERBUKA SKGR 2009

Pada tanggal 14 Oktober 2009, Kelab Kaunseling telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan dadah. Ceramah ini diadakan sebagai satu daripada PROGRAM PASCA UPSR 2009 Murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid Tahun Enam tentang bahayanya dadah yang merupakan musuh no. 1 di Malaysia pada masa ini.Antara agensi yang terlibat di dalam program ini ialah Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan Unit Pencegahan Dadah Kastam Diraja Malaysia.

Ceramah pada kali ini terdiri daripada 2 Slot Ceramah iaitu "Dadah,Jenis-jenis Dadah dan Implikasinya" dan "Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah".
Diharapkan ceramah ini dapat memberikan kesedaran yang semaksimanya kepada muri-murid agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan "DADAH".
Staf dan Kakitangan Akademik serta kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan pihak Kastam Diraja Malaysia di atas kesudian menerima jemputan bagi memenuhi salah satu Program Pasca UPSR 2009.

Thursday 15 October 2009

KUNJUNGAN HARI RAYA AIDIL-FITRI DI RUMAH STAF SKGR 2009

Sebut sahaja perayaan Hari Raya Aidil-Fitri, sesungguhnya tidak lengkap seandainya tiada program kunjung-mengunjungi keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-rakan taulan atau staf di dalam sesebuah institusi maupun organisasi. Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri ini tidak mengenal batas kepercayaan beragama, bangsa dan adat resam sesuatu masyarakat malah ia merupakan suatu kemestian mengunjunginya bagi menunjukkan semangat perayaan rakyat Malaysia.
Sesuai dengan semangat tersebut,beberapa orang staf Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil-Fitri bagi menjalinkan hubungan tali silatulrahim yang lebih erat.Tayangan fotoslide yang anda saksikan ini merupakan sebahagian kecil sahaja yang dapat dipertontonkan kepada anda berdasarkan koleksi peribadi yang dapat dirakamkan bersempena Hari Raya Aidil-Fitri 2009.

PROGRAM PANITIA KAJIAN TEMPATAN SKGR 2009

Tuesday 22 September 2009

PENGAWASAN UPSR 2009

Dua orang guru SKGR iaitu Cikgu Nilanthi dan Cikgu Roslan telah diberi mandat menjadi pengawas peperiksaan UPSR 2009 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee.Peperiksaan ini dijalankan pada 8 hingga 10 September 2009.Pengawasan UPSR 2009 di SKJOTS diketuai oleh Cikgu Siti Aisah bt Abdullah,timbalan beliau ialah Cikgu Roslan manakala Cikgu Cecilia, Cikgu Nilanthi dan Cikgu Rohami adalah pengawas.Pengawasan peperiksaan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kakitangan Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee serta murid-murid Tahun 6.

Thursday 10 September 2009

AMANAT TERAKHIR SEHARI SEBELUM UPSR OLEH GURU BESAR ENCIK SHAZALI HAJI ROSDI KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 SKGR

Pada hari Isnin, tanggal 7 September 2009 suatu perjumpaan Murid-murid Tahun 6 dengan Guru Besar Encik Shazali Haji Rosdi, Pengerusi AJK Utama (Kurikulum,Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum),SKGR dan guru-guru matapelajaran Tahun 6 telah diadakan di Dewan terbuka SKGR.Perjumpaan itu diadakan bagi mendengar amanat terakhir Guru Besar sebelum Peperiksaan UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)bermula iaitu pada 8-10 September 2009.Saksikanlah sendiri tayangan video dan foto untuk tatapan anda semua.



Wednesday 9 September 2009

SOLAT HAJAT UPSR SKGR 2009


Pada tanggal 20 Julai 2009, beberapa orang murid Tahun 6 telah menyertai Seminar Skor A UPSR.Seminar ini diadakan selama dua hari iaitu pada 20-21 Julai 2009di Dewan DBKU Kuching.Seminar ini dianjurkan bersama oleh Majlis Guru Besar Daerah Kuching dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.Dua orang guru turut serta sebagai guru pengiring iaitu Puan Jenef Henry Nessen dan Cik Law Lee Ee. Diharapkan murid-murid yang telah menyertai seminar ini dapat menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang telah ditimba dapat mempertingkatkan peratusan kelulusan UPSR 2009 Sekolah Kebangsaan Green Road.

Wednesday 2 September 2009

PENYERAHAN RASMI MENTEE KEPADA MENTOR DAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN,BERCERITA KISAH NABI SERTA KUIZ BAHASA ARAB ANJURAN PANITIA PI/BA



Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah-kisah Nabi dan Kuiz Bahasa Arab bertempat di Surau Baru (Bilik J-QAF) Sekolah Kebangsaan Green Road pada 6-7 Ogos 2009 Bersamaan 15-16 Syaaban 1430H. Kumpulan sasaran bagi penyertaan pertandingan ini ialah Murid-murid Islam Tahun 3, 4 dan 5. Pertandingan ini merupakan Program Tahunan Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa Penghayatan Islam SKGR. Pertandingan ini dirancang untuk mencungkil dan mengembangkan bakat murid-murid Islam dalam kurikulum dan kokurikulum Pendidikan Islam sekaligus memupuk minat mendalam dalam matapelajaran Bahasa Arab.

Objektif:
1. Memupuk minat membaca, menghayati dan mengamalkan isikandungan Al-Quran di kalangan murid-murid Islam SK Green Road.

2. Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada murid tentang tanggungjawab dan nilai-nilai muri yang terdapat di dalam Al-Quran.

3. Memperluaskan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum Pendidikan Islam khasnya yang berkaitan dengan Al-Quran.

4.Menyediakan barisan pelapis ke musabaqah,perujian dan pertandingan yang seumpamanya di peringkat zon, bahagian dan kebangsaan.

5. Menanamkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap Bahasa Arab.

6.Mengukuhkan ukhuwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai Al-Quran.

Sunday 30 August 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN,BERCERITA KISAH-KISAH NABI DAN KUIZ BAHASA ARAB ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM SKGR 2009

CERAMAH PRODUK KESIHATAN 'CHAMPS'

Pada tanggal 5 Ogos 2009 yang lalu,satu sesi ceramah produk kesihatan telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road.Ceramah ini dianjurkan oleh sebuah syarikat produk kesihatan 'CHAMPS'. Ceramah ini dijalankan di sekolah-sekolah di bandar Kuching bagi menerangkan khasiat yang terdapat didalam produk tersebut berurutan tentang merebaknya penyakit H1N1 masa kini.Minuman tersebut adalah merupakan satu alternatif penjagaan kesihatan kepada murid-murid khasnya dan orang dewasa amnya.Rombongan ini diketuai oleh Encik Alvin Ho bersama-sama rakan beliau Encik Irwandy Bolhan dan Puan Jessie Lee.



Disamping ceramah yang disampaikan, pihak penganjur tidak ketinggalan untuk memberi minuman percuma kepada semua murid-murid. Selain daripada ceramah, pihak penganjur juga mengemukakan soalan kuiz tentang khasiat produk tersebut untuk dijawab oleh murid-murid.Bagi yang bertuah dapat menjawap soalan kuiz tentang khasiat produk tersebut dengan tepat maka ada ganjaran yang diterima daripada pihak penganjur ceramah tersebut.Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di atas kesudian mengadakan ceramah produk kesihatan tersebut.Di harapkan juga, ada lagi pihak-pihak lain yang sudi berkunjung ke SKGR untuk memberi ceramah tentang pelbagai perkara semasa di samping tidak ketinggalan menyumbangkan dana kepada sekolah.Tanpa sumbangan dan dana daripada pelbagai agensi maka sukarlah pihak sekolah merancang pelbagai program bagi Pengisian Takwim Persekolahan Sepanjang Tahun persekolahan.

Wednesday 12 August 2009

Friday 7 August 2009

SALAM RAMADHAN 2009M/1430H


Salam Ramadhan diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat warga SKGR khususnya dan rakyat Malaysia serta seluruh umat Islam seantaro dunia amnya.Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Yang Maha Pencipta dan Maha Esa, Allah Azza Wajjala.Di samping, dapat mempertingkatkan lagi kepertanggungjawaban kita sebagai guru yang memegang amanah Allah bagi menghasilkan modal insan yang berkemenjadian diri yang bertakwa, beramanah, jujur dan ikhlas sebagai pemimpin bangsa Malaysia suatu harinya nanti.Aaamiiiiin!!!

Wednesday 29 July 2009

MINGGU UJIAN PROGRESIF 28-30 JULAI 2009 SKGR

Untuk makluman 'blogger-blogger' yang sudi bertandang ke Teratak Blog Malar Hijau.Minggu ini merupakan Minggu Ujian Progresif di SKGR.Ujian Progresif ini dijalankan adalah bagi menguji minda murid-murid SKGR tentang kemahiran-kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang beberapa bulan pada semester kedua ini.Ujian ini juga bagi mendedahkan murid-murid di SKGR tentang bentuk soalan yang berformatkan ala UPSR.Diharapkan ujian sebegini akan meningkatkan lagi pencapaian murid-murid SKGR di dalam apa jua peperiksaan yang mereka duduki di samping sasaran utamanya adalah bagi menjadikan SKGR sebagai sebuah sekolah yang cemerlang yang melahirkan pelajar yang berkemenjadian diri 2015.

Diharapkan juga semoga Sekolah Kebangsaan Green Road senantiasa Ever Green/Malar Hijau dengan pelbagai pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
MALAR HIJAU SKGR!!!!!

KELAB PROGRAM PERINTIS USAHAWAN SKGR 2009

Kelab ini ditubuhkan buat pertama kalinya pada bulan Februari 2007 di bawah naungan Kementerian Pelajaran Dan Kementerian Pembangunan Usahawan Serta Koperasi.Untuk memantapkan aktiviti kelab ini, dua orang guru pembimbing telah menghadiri kursus pada bulan Februari 2007 di Bandar Sunway, Selangor.Kelab ini bergiat aktif sehingga kini. Kelab ini mempunyai keahlian seramai 30 orang murid (Lama/Baru)Setakat ini aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan aktiviti tahunan. Bagi tahun 2009, aktiviti kelab atau persatuan diadakan dua kali sebulan kerana murid-murid diwajibkan untuk menyertai satu unit beruniform dan satu kelab atau persatuan.

Pada 23 hingga 25 Julai 2009, seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa Kelab Perintis Usahawan dan 2 orang guru pembimbing telah menyertai Kursus Program Perintis Usahawan (PPU) anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), bertempat di Damai Beach Resort, Kuching. Kursus ini bertujuan memupuk dan membentuk Budaya Keusahawanan dalam kalangan murid-murid sekolah.
Laporan disediakan oleh Puan Ngatiminah Sarepin (Guru Pembimbing) dan dibantu oleh Puan Sumariati.

Pertandingan Lalulintas MPP-SHELL-MKJR 2009

Sekolah Kebangsaan Green Road telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Lalulintas MPP-SHELL-MKJR pada 18 Julai, 2009.Pertandingan tersebut telah diadakan di Taman Lalulintas Kenyalang.Seramai 17 orang murid Tahun 5 telah mengambil bahagian. Tiga orang murid menjadi pemandu kereta, 6 orang murid menjadi penunggang basikal, 6 orang murid menjadi pejalan kaki dan 2 orang murid adalah pemain simpanan.

Dua orang guru yang telah menjadi guru pengiring adalah Puan Nilanthi Owen dan Puan Mayumi Bangkoi.Seorang ibubapa murid Tahun 5 Bestari, Encik Adi Putri Suyanto telah menaja (Sponsor) baju-T untuk dua orang guru pengiring serta 17 orang murid SKGR. Di atas kesudian ibubapa menaja baju guru dan murid-murid, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan penajaan tersebut. Pertandingan ini dirasmikan oleh YB Dato' Yong Khoon Seng,DSPN,KMN, Timbalan Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Di akhir pertandingan itu, murid-murid serta guru pengiring diberi Sijil Penyertaan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung.

Wednesday 22 July 2009

Kelab Kesenian dan Kebudayaan SKGR

Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak merupakan satu-satunya kelab yang ditubuhkan di sekolah yang berperanan bagi mewujudkan warga sekolah yang sihat yang terdiri daripada pelbagai etnik di SK Green Road khususnya dan Malaysia amnya.Sekolah ini bolehlah diketegorikan sebagai lambang Mini Malaysia lantaran kaum-kaum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road ini. Kelab Kesenian dan kebudayaan di SKGR diletakkan di bawah Sektor Kokurikulum. Kelab ini diketuai oleh Cikgu Esah Tian yang juga merupakan guru penyelaras kelab tersebut.Kelab Kesenian dan Kebudayaan ini dijalankan pada setiap petang Jumaat. Kelab ini dibantu oleh seorang jurulatih tari yang didatangkan khas daripada Badan Kesenian dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Sarawak.

Marilah kita sama-sama renungkan wajah-wajah 1MALAYSIA yang diwar-warkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang realitinya di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.

Saturday 18 July 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN(ISNIN) DI DEWAN TERBUKA SKGR

ISNIN, 13 JULAI 2009
Pada setiap hari Isnin,satu perhimpunan mingguan diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching.Perhimpunan ini melibatkan semua warga sekolah.Tujuan diadakan perhimpunan tersebut adalah bagi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Guru Besar Encik Shazali Rosdi. Di samping itu, perhimpunan ini juga bagi menghebahkan apa-apa sahaja program dan perkembangan berita semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar sekolah.


Pasukan Bola Sepak 12TKB SKGR 2009

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah menghantar satu Pasukan Bola Sepak 12TKB untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak 12TKB MSSR Zon A Kuching.Pertandingan ini diadakan pada 12-13 Mac 2009, bertempat di Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato'Ibrahim. Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili Pasukan Bola Sepak Daerah Kuching.

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road terdiri daripada murid-murid Tahun Enam dan Tahun Lima.Murid-murid Tahun Enam ialah Ahmad Syafiq Deen b. Abdul Rahman Deen (6 Arif),Mohd. Syazwan b. Busrah (6 Bestari),Mohd. Firdaus b. Winnie (6 Bestari),Mohd. Khairil Zikri b. Jeffrey (6 Bestari),Abang Zayed Hudaify b. Abang Zaabar (6 Bestari),Mohd. Rozaimie b. Ramlie (6 Cerdas), Jose Natha ak. Deyod (6 Cerdas),Mohd. Noor Shahriel (6 Cerdas),Mohd. Hamizie b. Mohd. Ali (6 Dinamik),Awangku Mornazzril b. Awang Mortadza (6 Dinamik),Amir Hamzah b.Hassan (6 Dinamik),yazwan Izzan b. Muhd. Ehsan (6 Dinamik),Joseph Edden ak. Harris (6 Dinamik),Rexter Hon Chun Sien (6 Dinamik),Mohd. Ikmal b.Bohari (5 Dinamik) dan Khairie Akmal b. Bohari (5 Dinamik)
Tiga orang pemain daripada Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road telah terpilih bagi menjalani sesi pemilihan pemain bagi mewakili Daerah Kuching. Mereka ialah Mohd. Syazwan b. Busrah, Mohd. Hamizie b. Mohd. Ali dan Jose Natha ak Doyed.
Mohd. Syazwan b. Busrah telah terpilih mewakili Daerah Kuching bagi Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Yayasan Sarawak yang diadakan di Kota Samarahan. Mohd. Syazwan juga telah terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Sarawak yang akan bertanding di Kelantan.
Sesungguhnya, kejayaan murid-murid SKGR di dalam apa jua pertandingan yang telah disertai adalah merupakan sumbangan besar warga sekolah keseluruhannya dan guru-guru yang telah memegang amanah serta pertanggungjawaban menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, jujur, dedikasi dan tidak kenal erti putus asa.
Syabas kepada warga SKGR!!

Tuesday 14 July 2009

Beberapa Orang Pemain Badminton SKGR Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Sarawak 2009





Beberap orang pemain badminton Sekolah Kebangsaan Green, Kuching telah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Sarawak. Pertandingan ini diadakan di Dewan Badminton Pekan Sentosa, Batu 7, Kuching.Tuan Rumah bagi pertandingan ini pula ialah Kota Samarahan. Tiga orang pemain badminton Sekolah Kebangsaan Green Road antara yang terpilih mewakili Bahagian Kuching. Mereka ialah Mohd Nazmi Putra bin Haizan, Kourtney Khoo dan Nalthan Lossem. Mohd. Nazmi Putra dan Kourtney Khoo merupakan dua orang pemain badminton pasukan SKGR yang telah mewakili sekolah sejak tahun 2008.

PENCAPAIAN
1. Mohd. Nazmi Putra bin Haizan
Naib Johan Acara Peseorangan
Naib Johan Acara Beregu
2. Kourtney Khoo
Naib johan Acara Peseorangan
Johan Acara Beregu
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemain badminton sekolah di atas kejayaan yang telah dicapai dan didoakan semoga terus maju jaya hingga sampai ke Peringkat Kebangsaan.

Sunday 12 July 2009

Biodata Atlit Sukan Sekolah Kebangsaan Green Road


Mohamad Syazwan. Nama yang tidak asing lagi di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Sebut sahaja sukan bola sepak atau futsal serta olahraga, nama Syazwanlah yang selalu bermain dibibir pelajar-pelajar di SKGR lantaran kehebatannya menguasai kemahiran-kemahiran di dalam bidang sukan yang amat digemarinya itu. Dilahirkan pada 25 April 1997 di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Syazwan mempunyai cita-cita yang ingin digapainya iaitu Pegawai Kastam dan juga ingin menjadi pemain bola sepak padang dan futsal secara profesional. Ayah Syazwan, Encik Busrah merupakan seorang ayah yang amat penting didalam merealisasikan cita-cita Syazwan menjadi suatu realiti. Beliau merupakan pemain kesebelasan utama pasukan bola sepak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ayah Syazwan merupakan pendorong utama penglibatan Syazwan di dalam bidang sukan terutama sekalinya sukan bola sepak dan futsal. Ayah Syazwan merupakan ayah yang cekal dan tidak pernah menunjukkan sikap berputus asa dengan minat yang ditunjukkan oleh anak beliau. Di mana sahaja lokasi permilihan penglibatan Syazwan di dalam sukan bola sepak dan futsal, beliau tetap menghantar Syazwan bagi sesi permilihan kesebelasan utama pemain samada di peringkat sekolah, zon, daerah, bahagian dan hingga ke peringkat negeri.
Penyertaan Dan Pencapaian Di Bidang Sukan:
Olahraga
Kejohanan Olahraga Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara Lompat Jauh (11 TKB) - Pingat Emas
2. Acara 200 meter (11 TKB) - Pingat Perak
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Sekolah Rendah Gabungan Kuching 2009
1. Acara 4x100 meter Lelaki (12TKB) - Pingat Emas
Kejohanan Olahraga Antara Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara 4x200 meter (11TKB) - Pingat Perak
Bola Sepak Dan Futsal
Klinik Bola Sepak Peringkat Sekolah 2007
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Lelaki (11TKB) Peringkat Gabungan Kuching 2008
1. Naib Johan
1st Junior Futsal Tournament Under 12 2008
1. Pemain Terbaik
2. Best Fairplay Team
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2008
1. Naib Johan
Pertandingan Bola Sepak Lelaki 12 TKB MSSR Bahagian Kuching 2009
1. Tempat Ketiga
Karnival Futsal (MILO) Hidup Bola di Sabah 2009
1. Bawah 12 Tahun MSSR Sarawak - Tempat Ketiga
Kejohanan Bola Sepak MSSM (Antara Negari) di Kelantan 2009
1. Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Sarawak.
Menyertai Ujian (TID) Pemilihan Ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor 2009
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road mendoakan agar Syazwan terus mencapai kejayaan untuk masa-masa yang akan datang dan menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain.
MAKLUMAT TERKINI
Pemenang Anugerah Cemerlang Kokurikulum (L) 2009
(Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2009)
Telah terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Saturday 11 July 2009

Mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching, 2009


Pada hari Khamis tanggal 9 Julai 2009, satu mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching yang merangkumi AJK Kurikulum, AJK Hal-Ehwal Murid (HEM) dan AJK Kokurikulum telah diadakan secara serentak di tiga lokasi kelas yang berlainan.

AJK Kurikulum mengadakan mesyuarat di kelas 4 Bestari. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cikgu Maskolia bt Maslatip iaitu Penolong Kanan Pentadbiran. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi merangka dan melaksaankan Program Kurikulum Peringkat Sekolah Satu Sesi bagi Sesi Persekolahan Penggal II 2009.

Manakala Mesyuarat AJK Hal-Ehwal Murid dipengerusikan oleh Cikgu Hashim b Jili iaitu Penolong Kanan Hem.Ianya diadakan di Kelas Tahun 4 Cerdas. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi merangka program-program yang menjuruskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road bagi Sesi Penggal II. Beberapa agenda sedang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut bagi melaksanakan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan bagi Persekolahan Satu Sesi SKGR 2009.

Adalah tidak lengkap sesebuah institusi pendidikan di negara kita, seandainya perkembangan sahsiah murid-murid tidak dititikberatkan.Bagaikan sebatang pokok yang tidak mempunyai kekukuhan tegaknya di bumi nyata berpasakkan kekuatan akar, batang, dahan-dahan, ranting-ranting kecil dan dedaunan yang menghijau serta bunga-bunga yang mekar berkembang. Di samping itu tidak lengkap sebatang pokok seandainya tidak mengeluarkan buah yang enak dan warna yang memikat si peminatnya. Maka dengan itulah juga, AJK Kokurikulum tidak mahu tertinggal ke belakang dalam menyahut MISI SKGR iaitu MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEMENJADIAN DIRI NEGERI SARAWAK 2015. Pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan telah disertai oleh murid-murid terutamanya murid-murid di Tahap II iaitu Murid Tahun 4, 5 dan 6.
Untuk itu, AJK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching juga telah merangka segala program KK di peringkat sekolah seperti Futsal, Badminton, Bowling,Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Bahasa, Kelab Usahawan dan banyak lagi.
Kesemua Perancangan Program Kokurikulum bagi Sesi Persekolahan Penggal II akan dipantau dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh untuk menjuruskan slogan "KK untuk peningkatan kesihatan dan kecerdasan minda".

Friday 10 July 2009

Atlit Olahraga SKGR Yang Menyertai Acara Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan St. Teresa 2009


Untuk merealisasikan Misi Sekolah Kebangsaan Green Road iaitu Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang atlit olahraga SKGR untuk menyertai acara olahraga jemputan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan St. Teresa pada 4 Julai 2009.
Diantara Atlit Olahraga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ialah Marlynda Chan Weng Yee ( 6 Arif), Nur Azrenna Binti Ahmad Jumry (6 Arif), Sharifah Farisha Aimy Binti Wan Liz Farwana (6 Arif) dan Tiffany Vera anak Christopher Danan (6 Arif).

Friday 3 July 2009

Majlis Makan Malam Bersempena Hari Guru SKGR 2009

Hari Guru merupakan hari yang amat bermakna bagi seseorang yang bergelar 'GURU'.Ini lantaran pada hari inilah segala pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan para guru diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai 'Hari Mengenang Jasa Para Guru'. Hari Guru yang diraikan di setiap pelusuk negara diraikan dengan pelbagai acara.Dari mula lafaz Ucapan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, disusuli Ucapan Pengarah Pelajaran dan seterusnya berbagai-bagai lagi acara dijalankan bersempena Hari Guru. Namun, tidak lengkap perayaan Hari Guru diraikan tanpa mengadakan Majlis Makan Malam Hari Guru.Majlis Makan Malam ini lazimnya dibiayai oleh guru-guru sekolah itu sendiri atas inisiatif semua guru. Para guru bukan sahaja berkorban untuk memberi pendidikan kepada anak-anak murid mereka sebagai suatu amanah dan tanggungjawab tetapi pengorbanan sesama rakan seperjuangan didalam melayari liku-liku seorang pembentuk dan pembinaan modal insan membolehkan persefakatan meraikan Hari Guru dengan wang saku sendiri semua guru menjadikan malam itu sebagai malam yang begitu istimewaan sekali iaitu Malam Nostalgia Seribu Kenangan.
Tak ketinggalan bagi warga guru di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Majlis makan malam pada tahun ini diadakan di The Waterfront Cafe And Restaurant. Berbagai acara dijalankan pada malam tersebut.Tak perlu saya ceritakan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Lihat dan renunglah sendiri slide gambar yang ditayangkan menandakan betapa mesra dan intimnya warga guru di SKGR.

Sunday 28 June 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI GURU-GURU SKGR 2009



Sabtu, 27 Jun 2009
Satu sesi kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Bagi Guru-guru Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak telah diadakan di Makmal Komputer sekolah tersebut. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru Sekolah Kebangsaan Green Road dalam mengharungi tugas-tugas sebagai seorang insan yang bergelar guru yang semakin mencabar di zaman millenium ini.Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ini dikendalikan oleh dua orang penceramah yang didatangkan khas dari Bahagian Penyiaran RTM Kuching,Sarawak dan Pejabat Ketua Menteri, Sarawak.
LDP ini bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang.Diantara penceramah yang didatangkan khas dari Bahagian Penyiaran RTM Kuching, Sarawak ialah Puan Atikhah Binti Mahli yang juga merupakan seorang pengacara majlis rasmi yang tidak asing lagi di negeri Sarawak.Beliau akan membentangkan kursus yang bertajuk, "PENGACARAAN MAJLIS".



Manakala penceramah dari Pejabat Ketua Menteri, Sarawak ialah Tuan Haji Muhammad bin Salleh. Beliau pula akan membentangkan kursus yang bertajuk, "PROTOKOL DAN PENAMPILAN DIRI".

Friday 26 June 2009

Pertandingan Bola Sepak Piala Perak 11TKB Zon A Kuching 2009


Pada tanggal 25-26 Jun 2009, satu Pertandingan Bola Sepak Piala Perak 11 Tahun Kebawah Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Zon A Kuching telah diadakan di dua venue yang berasingan iaitu di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana dan di Padang Sekolah Kebngsaan Satria Jaya. Di antara pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road, Sekolah Kebangsaan Tabuan Jaya, Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Sekolah Kebangsaan Catholic Inggeris dan sekolah Kebangsaan St. Andrew. Perlawanan di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana adalah terdiri daripada kumpulan A dan Kumpulan B.
Manakala bagi venue yang kedua ianya diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Kuching. Antara pasukan-pasukan yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan St. Joseph, Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Sekolah Kebangsaan Combined dan Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu.Perlawanan di venue ini adalah daripada kumpulan C dan Kumpulan D.
Sekolah Kebangsaan Green Road diletakkan berada di dalam kumpulan A
Pemenang bagi kedua-dua venue tersebut akan bertemu pada Perlawanan Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir pada keesokkan harinya iaitu pada 26 Jun 2009 di padang Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching.
Catatan Perlawanan Sekolah SKGR pada 25 Jun 2009:
Masa 0800-0845 pagi. Perlawanan diantara SK. Green Road,Kuching lawan SK. Tabuan Jaya, Kuching. Pengadil Perlawanan ialah En.Jorome,En. Wan Mohieddin, dan En. Roslan. Keputusan Perlawanan ialah 1 - 0.
Pada jam 2.00-2.45 petang, Perlawanan diantara SK. Green Road,Kuching lawan SK. St Andrew. Pengadil Perlawanan ialah En. Hairee,En.Armizan dan Ustaz Mahdi. Keputusan perlawanan ialah berkesudahan 0 - 2.
Penyertaann SK Green Road dalam Pertandingan Bola Sepak kali ini adalah merupakan penyertaan yang pertama dan bagi memberikan pendedahan awal serta pengalaman kepada pemain-pemain bola sepak SKGR. Setiap pertandingan ada kalah dan ada menangnya. Tapi yang paling mustahak bagi warga SKGR ialah proses menimba pengalaman dan pendedahan awal kepada semua lapisan murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Road. Kemenangan pada penyertaan pertama dan perlawanan pertama di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana adalah merupakan catatan sejarah kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road. Di harapkan kejayaan ini melakarkan noktah permulaan menuju visi dan misi sekolah iaiitu MALAR HIJAU dan Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015.Doakan kami warga SKGR.....!


Adik Khairie Akmal adalah merupakan salah seorang daripada pemain pasukan Bola Sepak SKGR yang terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Zon A Kuching.

Penganjuran Pertandingan Scrabble PSKPP Zon A di SMK Datuk Haji Abdul Gapur, Kuching

Wednesday 24 June 2009

SPELL-IT-RIGHT (SIR)



Four Year 6 pupils of SK Green Road took part in the recent

Spell-It-Right (SIR) Competition which was held

at the Spring on the 21st June, 2009. One of our pupils,

Sarah Binti Sapian emerged as the winner and will

represent Sarawak in the National Level in

Kuala Lumpur on 8th August, 2009. Sarah won

a certificate and a RM1,ooo as the Challenge Winner.

We wish her all the best.



Thursday 18 June 2009

Catatan Sejarah Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat Bangunan Baru SKGR Tanggal 21 Mei 2009


Malam ini (malam Jumaat) tanggal 21 Mei 2009 adalah malam yang bertuah bagi warga SKGR kerna malam inilah berlakunya permulaan sejarah gemilang yang bakal dinikmati murid-murid di sekolah ini. Majlis Bacaan Yassin yang disertai oleh Guru Besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid akan menjuruskan kita warga SKGR untuk terus bekerja keras dengan semangat dedikasi,cekal, tabah dan memandang terus ke hadapan bagi merealisasikan visi dan misi kita untuk melahirkan insan (murid-murid) yang berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015. Visi dan misi ini tidak akan kita kecapi bilamana kita hanya duduk termenung bagai pungguk rindukan bulan.
Ayuh!!! Guru-guru, ibubapa-ibubapa dan murid-murid sekalian!
Marilah kita menanam tekad dan keazaman untuk terus berusaha dengan semangat jitu dan sefahaman bahawa malam ini adalah malam kita melafazkan penuh kesyukuran serta redha dengan pertolongan ALLAH.
Anggaplah malam ini, malam kita mengikat azimat dan niat untuk terus memajukan sekolah menuju sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Malam ini, malam bacaan Yassin dan bacaan doa selamat kepada semua warga SKGR tidak kira bangsa,warna kulit dan pegangan agama untuk terus bersatuhati mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan hati yang terbuka luas dengan ikhtikad bahawa kita semua perlu berusaha lebih tekun dan gigih untuk mencapai matlamat kita ke arah SKGR yang lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang lagi.
Marilah kita usahakan bersama-sama!!!

Tuesday 16 June 2009

Catatan Sejarah Sekolah Satu Sesi Terlakar di SKGR Pada 15 Jun 2009


Hari ini merupakan satu catatan sejarah di dalam Kalendar Persekolahan Sekolah Kebangsaan Green Road.Ini kerana, pada tanggal ini satu lagi peristiwa yang amat perlu dingati oleh semua warga sekolah iaitu Sekolah Satu Sesi. Selepas lebih kurang 30 tahun berada di dalam sekolah dua sesi, di mana Tahap I berada di sesi petang manakala Tahap II berada di waktu pagi.
Tidak dapat digambarkan di dalam hati setiap warga sekolah ini, betapa detik ini 15 Jun 2009 bermula jam 7.00 pagi warga sekolah telah berkumpul di Dewan Terbuka untuk melakarkan detik sejarah bermulanya sekolah satu sesi.Catatan pada tanggal ini merupakan suatu catatan paling bersejarah lantaran ianya berada betul-betul di tengah-tengah bulan Jun dan di tengah-tengah tahun 2009.Murid-murid yang paling bertuah merasai catatan sejarah ini ialah murid-murid yang berada di Tahun Tiga pada tahun ini kerana mereka betul-betul berada dalam 3TT. Di tengah-tengah tiga tahun persekolahan daripada 6 tahun persekolahan, di tengah-tengah bulan Jun dan di tengah-tengah tahun 2009.
Encik Shazali bin Rosdi iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Green Road yang baru merupakan insan yang amat bertuah bergelar Guru Besar di sekolah ini lantaran catatan sejarah yang tercatat pada tanggal 15 Jun 2009. Catatan sejarah yang telah terlakar pada tanggal tersebut merupakan catatan sejarah peribadi beliau kerana beliau baru sahaja menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini pada bulan Januari
2009. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching.
Foto-foto yang dipaparkan di atas merupakan suatu realiti tercatatnya sejarah yang paling istimewa buat warga sekolah bagi tatapan pelawat-pelawat BLOG MALAR HIJAU. Malar Hijau ialah visi sekolah ini yang juga membawa maksud EVER GREEN.

Sunday 14 June 2009

Sambutan Hari Guru SKGR 2009

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'.
Demikianlah tema bersempena Hari Guru 2009, yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun.
Sebut sahaja Hari Guru, semua warga Malaysia tahu apakah ianya hari tersebut.Hari yang penuh bermakna kepada semua pendidik di Malaysia khususnya dan dunia amnya.Hari Guru ialah hari dimana para guru disanjung dan dikenang lantaran sumbangan yang telah mereka curahkan sebagai pembinaan modal insan negara bangsa.Tanpa guru, siapalah kita sebenarnya. Kerana gurulah adanya jawatan Perdana Menteri Malaysia, kerana gurulah adanya institusi pendidikan negara bangsa dan sebagainya lagi. Kesimpulannya, lantaran gurulah kita menjawat berbagai gelaran jawatan yang kita sandangkan kini.
Bersempena dengan Hari Guru pada tahun ini,warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Green Road juga tidak ketinggalan meraikan hari tersebut dengan pelbagai aturcara yang telah dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road. Rasanya tidak perlu saya jelas dan huraikan satu persatu aturcara majlis tersebut.Cukuplah pada hemah saya anda sendiri jengok-jengoklah tayangan gambar yang dipaparkan di bawah ini. Selamat Hari Guru khususnya guru-guru di Sekolah Kebangsaan Green Road dan seluruh warga pendidik di Malaysia dan dunia secara amnya.