free counters

Wednesday 29 July 2009

MINGGU UJIAN PROGRESIF 28-30 JULAI 2009 SKGR

Untuk makluman 'blogger-blogger' yang sudi bertandang ke Teratak Blog Malar Hijau.Minggu ini merupakan Minggu Ujian Progresif di SKGR.Ujian Progresif ini dijalankan adalah bagi menguji minda murid-murid SKGR tentang kemahiran-kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang beberapa bulan pada semester kedua ini.Ujian ini juga bagi mendedahkan murid-murid di SKGR tentang bentuk soalan yang berformatkan ala UPSR.Diharapkan ujian sebegini akan meningkatkan lagi pencapaian murid-murid SKGR di dalam apa jua peperiksaan yang mereka duduki di samping sasaran utamanya adalah bagi menjadikan SKGR sebagai sebuah sekolah yang cemerlang yang melahirkan pelajar yang berkemenjadian diri 2015.

Diharapkan juga semoga Sekolah Kebangsaan Green Road senantiasa Ever Green/Malar Hijau dengan pelbagai pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
MALAR HIJAU SKGR!!!!!

KELAB PROGRAM PERINTIS USAHAWAN SKGR 2009

Kelab ini ditubuhkan buat pertama kalinya pada bulan Februari 2007 di bawah naungan Kementerian Pelajaran Dan Kementerian Pembangunan Usahawan Serta Koperasi.Untuk memantapkan aktiviti kelab ini, dua orang guru pembimbing telah menghadiri kursus pada bulan Februari 2007 di Bandar Sunway, Selangor.Kelab ini bergiat aktif sehingga kini. Kelab ini mempunyai keahlian seramai 30 orang murid (Lama/Baru)Setakat ini aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan aktiviti tahunan. Bagi tahun 2009, aktiviti kelab atau persatuan diadakan dua kali sebulan kerana murid-murid diwajibkan untuk menyertai satu unit beruniform dan satu kelab atau persatuan.

Pada 23 hingga 25 Julai 2009, seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa Kelab Perintis Usahawan dan 2 orang guru pembimbing telah menyertai Kursus Program Perintis Usahawan (PPU) anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), bertempat di Damai Beach Resort, Kuching. Kursus ini bertujuan memupuk dan membentuk Budaya Keusahawanan dalam kalangan murid-murid sekolah.
Laporan disediakan oleh Puan Ngatiminah Sarepin (Guru Pembimbing) dan dibantu oleh Puan Sumariati.

Pertandingan Lalulintas MPP-SHELL-MKJR 2009

Sekolah Kebangsaan Green Road telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Lalulintas MPP-SHELL-MKJR pada 18 Julai, 2009.Pertandingan tersebut telah diadakan di Taman Lalulintas Kenyalang.Seramai 17 orang murid Tahun 5 telah mengambil bahagian. Tiga orang murid menjadi pemandu kereta, 6 orang murid menjadi penunggang basikal, 6 orang murid menjadi pejalan kaki dan 2 orang murid adalah pemain simpanan.

Dua orang guru yang telah menjadi guru pengiring adalah Puan Nilanthi Owen dan Puan Mayumi Bangkoi.Seorang ibubapa murid Tahun 5 Bestari, Encik Adi Putri Suyanto telah menaja (Sponsor) baju-T untuk dua orang guru pengiring serta 17 orang murid SKGR. Di atas kesudian ibubapa menaja baju guru dan murid-murid, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan penajaan tersebut. Pertandingan ini dirasmikan oleh YB Dato' Yong Khoon Seng,DSPN,KMN, Timbalan Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Di akhir pertandingan itu, murid-murid serta guru pengiring diberi Sijil Penyertaan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung.

Wednesday 22 July 2009

Kelab Kesenian dan Kebudayaan SKGR

Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak merupakan satu-satunya kelab yang ditubuhkan di sekolah yang berperanan bagi mewujudkan warga sekolah yang sihat yang terdiri daripada pelbagai etnik di SK Green Road khususnya dan Malaysia amnya.Sekolah ini bolehlah diketegorikan sebagai lambang Mini Malaysia lantaran kaum-kaum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road ini. Kelab Kesenian dan kebudayaan di SKGR diletakkan di bawah Sektor Kokurikulum. Kelab ini diketuai oleh Cikgu Esah Tian yang juga merupakan guru penyelaras kelab tersebut.Kelab Kesenian dan Kebudayaan ini dijalankan pada setiap petang Jumaat. Kelab ini dibantu oleh seorang jurulatih tari yang didatangkan khas daripada Badan Kesenian dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Sarawak.

Marilah kita sama-sama renungkan wajah-wajah 1MALAYSIA yang diwar-warkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang realitinya di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.

Saturday 18 July 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN(ISNIN) DI DEWAN TERBUKA SKGR

ISNIN, 13 JULAI 2009
Pada setiap hari Isnin,satu perhimpunan mingguan diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road,Kuching.Perhimpunan ini melibatkan semua warga sekolah.Tujuan diadakan perhimpunan tersebut adalah bagi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Guru Besar Encik Shazali Rosdi. Di samping itu, perhimpunan ini juga bagi menghebahkan apa-apa sahaja program dan perkembangan berita semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar sekolah.


Pasukan Bola Sepak 12TKB SKGR 2009

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah menghantar satu Pasukan Bola Sepak 12TKB untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak 12TKB MSSR Zon A Kuching.Pertandingan ini diadakan pada 12-13 Mac 2009, bertempat di Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato'Ibrahim. Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili Pasukan Bola Sepak Daerah Kuching.

Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road terdiri daripada murid-murid Tahun Enam dan Tahun Lima.Murid-murid Tahun Enam ialah Ahmad Syafiq Deen b. Abdul Rahman Deen (6 Arif),Mohd. Syazwan b. Busrah (6 Bestari),Mohd. Firdaus b. Winnie (6 Bestari),Mohd. Khairil Zikri b. Jeffrey (6 Bestari),Abang Zayed Hudaify b. Abang Zaabar (6 Bestari),Mohd. Rozaimie b. Ramlie (6 Cerdas), Jose Natha ak. Deyod (6 Cerdas),Mohd. Noor Shahriel (6 Cerdas),Mohd. Hamizie b. Mohd. Ali (6 Dinamik),Awangku Mornazzril b. Awang Mortadza (6 Dinamik),Amir Hamzah b.Hassan (6 Dinamik),yazwan Izzan b. Muhd. Ehsan (6 Dinamik),Joseph Edden ak. Harris (6 Dinamik),Rexter Hon Chun Sien (6 Dinamik),Mohd. Ikmal b.Bohari (5 Dinamik) dan Khairie Akmal b. Bohari (5 Dinamik)
Tiga orang pemain daripada Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road telah terpilih bagi menjalani sesi pemilihan pemain bagi mewakili Daerah Kuching. Mereka ialah Mohd. Syazwan b. Busrah, Mohd. Hamizie b. Mohd. Ali dan Jose Natha ak Doyed.
Mohd. Syazwan b. Busrah telah terpilih mewakili Daerah Kuching bagi Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Yayasan Sarawak yang diadakan di Kota Samarahan. Mohd. Syazwan juga telah terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Sarawak yang akan bertanding di Kelantan.
Sesungguhnya, kejayaan murid-murid SKGR di dalam apa jua pertandingan yang telah disertai adalah merupakan sumbangan besar warga sekolah keseluruhannya dan guru-guru yang telah memegang amanah serta pertanggungjawaban menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, jujur, dedikasi dan tidak kenal erti putus asa.
Syabas kepada warga SKGR!!

Tuesday 14 July 2009

Beberapa Orang Pemain Badminton SKGR Menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Sarawak 2009





Beberap orang pemain badminton Sekolah Kebangsaan Green, Kuching telah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Negeri Sarawak. Pertandingan ini diadakan di Dewan Badminton Pekan Sentosa, Batu 7, Kuching.Tuan Rumah bagi pertandingan ini pula ialah Kota Samarahan. Tiga orang pemain badminton Sekolah Kebangsaan Green Road antara yang terpilih mewakili Bahagian Kuching. Mereka ialah Mohd Nazmi Putra bin Haizan, Kourtney Khoo dan Nalthan Lossem. Mohd. Nazmi Putra dan Kourtney Khoo merupakan dua orang pemain badminton pasukan SKGR yang telah mewakili sekolah sejak tahun 2008.

PENCAPAIAN
1. Mohd. Nazmi Putra bin Haizan
Naib Johan Acara Peseorangan
Naib Johan Acara Beregu
2. Kourtney Khoo
Naib johan Acara Peseorangan
Johan Acara Beregu
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemain badminton sekolah di atas kejayaan yang telah dicapai dan didoakan semoga terus maju jaya hingga sampai ke Peringkat Kebangsaan.

Sunday 12 July 2009

Biodata Atlit Sukan Sekolah Kebangsaan Green Road


Mohamad Syazwan. Nama yang tidak asing lagi di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Sebut sahaja sukan bola sepak atau futsal serta olahraga, nama Syazwanlah yang selalu bermain dibibir pelajar-pelajar di SKGR lantaran kehebatannya menguasai kemahiran-kemahiran di dalam bidang sukan yang amat digemarinya itu. Dilahirkan pada 25 April 1997 di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Syazwan mempunyai cita-cita yang ingin digapainya iaitu Pegawai Kastam dan juga ingin menjadi pemain bola sepak padang dan futsal secara profesional. Ayah Syazwan, Encik Busrah merupakan seorang ayah yang amat penting didalam merealisasikan cita-cita Syazwan menjadi suatu realiti. Beliau merupakan pemain kesebelasan utama pasukan bola sepak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ayah Syazwan merupakan pendorong utama penglibatan Syazwan di dalam bidang sukan terutama sekalinya sukan bola sepak dan futsal. Ayah Syazwan merupakan ayah yang cekal dan tidak pernah menunjukkan sikap berputus asa dengan minat yang ditunjukkan oleh anak beliau. Di mana sahaja lokasi permilihan penglibatan Syazwan di dalam sukan bola sepak dan futsal, beliau tetap menghantar Syazwan bagi sesi permilihan kesebelasan utama pemain samada di peringkat sekolah, zon, daerah, bahagian dan hingga ke peringkat negeri.
Penyertaan Dan Pencapaian Di Bidang Sukan:
Olahraga
Kejohanan Olahraga Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara Lompat Jauh (11 TKB) - Pingat Emas
2. Acara 200 meter (11 TKB) - Pingat Perak
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Sekolah Rendah Gabungan Kuching 2009
1. Acara 4x100 meter Lelaki (12TKB) - Pingat Emas
Kejohanan Olahraga Antara Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara 4x200 meter (11TKB) - Pingat Perak
Bola Sepak Dan Futsal
Klinik Bola Sepak Peringkat Sekolah 2007
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Lelaki (11TKB) Peringkat Gabungan Kuching 2008
1. Naib Johan
1st Junior Futsal Tournament Under 12 2008
1. Pemain Terbaik
2. Best Fairplay Team
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2008
1. Naib Johan
Pertandingan Bola Sepak Lelaki 12 TKB MSSR Bahagian Kuching 2009
1. Tempat Ketiga
Karnival Futsal (MILO) Hidup Bola di Sabah 2009
1. Bawah 12 Tahun MSSR Sarawak - Tempat Ketiga
Kejohanan Bola Sepak MSSM (Antara Negari) di Kelantan 2009
1. Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Sarawak.
Menyertai Ujian (TID) Pemilihan Ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor 2009
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road mendoakan agar Syazwan terus mencapai kejayaan untuk masa-masa yang akan datang dan menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain.
MAKLUMAT TERKINI
Pemenang Anugerah Cemerlang Kokurikulum (L) 2009
(Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2009)
Telah terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Saturday 11 July 2009

Mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching, 2009


Pada hari Khamis tanggal 9 Julai 2009, satu mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching yang merangkumi AJK Kurikulum, AJK Hal-Ehwal Murid (HEM) dan AJK Kokurikulum telah diadakan secara serentak di tiga lokasi kelas yang berlainan.

AJK Kurikulum mengadakan mesyuarat di kelas 4 Bestari. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cikgu Maskolia bt Maslatip iaitu Penolong Kanan Pentadbiran. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi merangka dan melaksaankan Program Kurikulum Peringkat Sekolah Satu Sesi bagi Sesi Persekolahan Penggal II 2009.

Manakala Mesyuarat AJK Hal-Ehwal Murid dipengerusikan oleh Cikgu Hashim b Jili iaitu Penolong Kanan Hem.Ianya diadakan di Kelas Tahun 4 Cerdas. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi merangka program-program yang menjuruskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road bagi Sesi Penggal II. Beberapa agenda sedang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut bagi melaksanakan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan bagi Persekolahan Satu Sesi SKGR 2009.

Adalah tidak lengkap sesebuah institusi pendidikan di negara kita, seandainya perkembangan sahsiah murid-murid tidak dititikberatkan.Bagaikan sebatang pokok yang tidak mempunyai kekukuhan tegaknya di bumi nyata berpasakkan kekuatan akar, batang, dahan-dahan, ranting-ranting kecil dan dedaunan yang menghijau serta bunga-bunga yang mekar berkembang. Di samping itu tidak lengkap sebatang pokok seandainya tidak mengeluarkan buah yang enak dan warna yang memikat si peminatnya. Maka dengan itulah juga, AJK Kokurikulum tidak mahu tertinggal ke belakang dalam menyahut MISI SKGR iaitu MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEMENJADIAN DIRI NEGERI SARAWAK 2015. Pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan telah disertai oleh murid-murid terutamanya murid-murid di Tahap II iaitu Murid Tahun 4, 5 dan 6.
Untuk itu, AJK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching juga telah merangka segala program KK di peringkat sekolah seperti Futsal, Badminton, Bowling,Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Bahasa, Kelab Usahawan dan banyak lagi.
Kesemua Perancangan Program Kokurikulum bagi Sesi Persekolahan Penggal II akan dipantau dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh untuk menjuruskan slogan "KK untuk peningkatan kesihatan dan kecerdasan minda".

Friday 10 July 2009

Atlit Olahraga SKGR Yang Menyertai Acara Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan St. Teresa 2009


Untuk merealisasikan Misi Sekolah Kebangsaan Green Road iaitu Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang atlit olahraga SKGR untuk menyertai acara olahraga jemputan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan St. Teresa pada 4 Julai 2009.
Diantara Atlit Olahraga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ialah Marlynda Chan Weng Yee ( 6 Arif), Nur Azrenna Binti Ahmad Jumry (6 Arif), Sharifah Farisha Aimy Binti Wan Liz Farwana (6 Arif) dan Tiffany Vera anak Christopher Danan (6 Arif).

Friday 3 July 2009

Majlis Makan Malam Bersempena Hari Guru SKGR 2009

Hari Guru merupakan hari yang amat bermakna bagi seseorang yang bergelar 'GURU'.Ini lantaran pada hari inilah segala pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan para guru diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai 'Hari Mengenang Jasa Para Guru'. Hari Guru yang diraikan di setiap pelusuk negara diraikan dengan pelbagai acara.Dari mula lafaz Ucapan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, disusuli Ucapan Pengarah Pelajaran dan seterusnya berbagai-bagai lagi acara dijalankan bersempena Hari Guru. Namun, tidak lengkap perayaan Hari Guru diraikan tanpa mengadakan Majlis Makan Malam Hari Guru.Majlis Makan Malam ini lazimnya dibiayai oleh guru-guru sekolah itu sendiri atas inisiatif semua guru. Para guru bukan sahaja berkorban untuk memberi pendidikan kepada anak-anak murid mereka sebagai suatu amanah dan tanggungjawab tetapi pengorbanan sesama rakan seperjuangan didalam melayari liku-liku seorang pembentuk dan pembinaan modal insan membolehkan persefakatan meraikan Hari Guru dengan wang saku sendiri semua guru menjadikan malam itu sebagai malam yang begitu istimewaan sekali iaitu Malam Nostalgia Seribu Kenangan.
Tak ketinggalan bagi warga guru di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Majlis makan malam pada tahun ini diadakan di The Waterfront Cafe And Restaurant. Berbagai acara dijalankan pada malam tersebut.Tak perlu saya ceritakan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Lihat dan renunglah sendiri slide gambar yang ditayangkan menandakan betapa mesra dan intimnya warga guru di SKGR.