free counters

Friday 14 September 2012

RAMAH-TAMAH AIDIL-FITRI SKGR 2012

Tanggal 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433H telah diadakan Majlis Ramah-Tamah Aidil-Fitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK.Majlis ini dilangsungkan di dewan sekolah Dewan Tunku Abdul Rahman. Pelbagai acara telah dijalankan bagi pengisian majlis tersebut. Anda saksikanlah tayangan foto dan video yang sempat dirakam bagi tatapan anda.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SALAM MALAR HIJAU

Tuesday 10 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT SK GREEN ROAD, KUCHING (SARAWAK)

Kini tiba saat yang ditunggu-tunggu warga SK Green Road khususnya dan negara amnya, Senamrobik Serentak Seluruh Negara telah dilangsungkan dengan penuh semangat kesukanan dan cintakan 1Malaysia telah terlaksana dengan jayanya. Anda tatapi foto-foto yang sempat dirakam untuk rangkuman catatan sejarah.
SALAM MALAR HIJAU
SELAMAT MELAYARI........! 
Senamrobik Serentak 1M1S1M Skgr Slideshow: Penglipur’s trip to Kuching, Sarawak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Sunday 24 June 2012

SALAM TAKZIAH

Warga SK Green Road ingin merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Shazali Haji Rosdi (Guru Besar) dan keluarga beliau di atas kembalinya allahyarhumah bonda beliau kerahmatullah. Semoga Cikgu Shazali dan keluarga tabah menghadapi musibah tersebut. Kepada warga SK Green Road dan sesiapa sahaja yang mengenali Cikgu Shazali dan keluarga, marilah kita membaca Al-Fatehah untuk disedekahkan kepada allahyarhumah bonda beliau.
AL-FATEHAH! 
  

Kematian Itu Pasti

Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?

Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.

Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

Wednesday 20 June 2012

PERAYAAN GAWAI DAYAK DAN LAWATAN MUHIBBAH SR PUNGGOL (SINGAPURA) KE SKGR (KUCHING) 2012

Tanggal 20 Jun 2012, telah diadakan Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak). Ianya diadakan buat julung kalinya bagi memberi peluang warga sekolah meraikan perayaan tersebut secara sederhana namun pengisiannya cukup memberi makna yang begitu bersejarah bagi Takwim Persekolahan Sesi 2012  lantaran kehadiran Jiran Tetangga Sekolah Rendah Punggol dari Singapura yang sempat mengadakan Lawatan Muhibbah bagi mengeratkan Dua Buah Negara Jiran Serumpun di Rantau Asia. Pelbagai aturcara telah dirancang oleh pihak sekolah bagi pengisian perayaan tersebut dan persiapan sambutan Sekolah Rendah Punggol yang merupakan suatu detik bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Green Road. Anda saksilah tayangan foto yang sempat dirakam bagi lipatan sejarah Sekolah Kebangsaan Green Road sesi 2012. 
SALAM MALAR HIJAU

KETUA PANCARAGAM TAMBO HIJAU
PASUKAN PANCARAGAM SEDANG MEMBUAT PERSEMBAHAN
LAWATAN MUHIBBAH SR PUNGGOL, SINGAPURA
JURUACARA MAJLIS

CARA MAKAN KUIH ASLI SARAWAK- KUIH SELOROT
PELAJAR SEDANG MENGEDARKAN BUKU PROGRAM KEPADA TETAMU
TETAMU YANG BERTANDANG
 
PELAJAR SR PUNGGOL, SINGAPURA
PAKAIAN ETNIK KAUM YANG MERAYAKAN HARI GAWAI DI SARAWAK
GURU DAN MURID SEDANG MENGAYAKAN PAKAIAN ETNIK KAUM
ENCIK SHAZALI HJ. ROSDI (GB) SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN
UCAPAN BALAS OLEH GURU KANAN SR PUNGGOL
PELAJAR SKGR
PERTUNJUKAN TARIAN DAN PAKAIAN MENGIKUT ETNIK KAUM
ACARA MENGGULUNG TIKAR SIMBOL PENUTUPAN PERAYAAN GAWAI DAYAK
ACARA BERMUKUN
BOLEH TAHAN SEMUANYA.........BERTANDAK!
E........WAH, JANGAN MALU..........TERUSKAN!
PENYAMPAIAN HADIAH RATU GAWAI DAYAK
PENYAMPAIAN HADIH PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA DEKLAMASI PUISI
CENDERAHATI KENANG-KENANGAN DARI SKGR
PERTUKARAN CENDERAHATI ANTARA DUA BUAH NEGARA SERUMPUN
SEMARAKNYA GAWAI DAYAK GURU-GURU SKGR
MANISNYA SENYUMAN WARGA GURU SKGR
SUNGGUH MENAWANKAN........!
 

Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU SKGR 2012






Alhamdulillah,
           Terlebih dahulu kita panjatkan rasa kesyukuran kita Warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching pada Yang Maha Esa lantaran dengan izinNYAlah maka sekali lagi pada tahun ini kita dapat meraikan Hari Guru 2012 yang bertemakan 
      "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Marilah.........kita teruskan iktizam dan tekad kita mendidik  anak bangsa kita "Bangsa Malaysia Merdeka" bagi melonjakkan transformasi pendidikan negara kita ke alaf yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di seantaro dunia. Untuk itu, kita perlu berganding bahu dan mengenepikan segala perkara yang remeh temeh bagi menjayakan visi kita bagi melahirkan pelajar yang berkemenjadian diri yang bakal mengambil tampuk pemimpin negara kita. Marilah kita sematkan keazaman kita mendidik anak bangsa kita dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi, ikhlas, jujur dan amanah agar mereka menjadi insan yang luhur.

"SELAMAT HARI GURU- Terima Kasih Cikgu"
SALAM MALAR HIJAU

Saturday 11 February 2012

SELAMAT GONG XI FA CHAI KEPADA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING 2012

Meriah.......memang meriah Perayaan Gong Xi Fa Chai di SKGR!
Tanggal 11 Februari 2012 (Sabtu), telah diadakan perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak). Ianya diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Objektif dilangsungkan perayaan ini adalah bagi memberi peluang kepada warga sekolah meraikan perayaan tersebut secara bersama-sama dengan masyarakat Cina yang menjurus kepada semangat perpaduan yang jitu seperti mana konsep '1MALAYSIA 1PERAYAAN PELBAGAI BANGSA' yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aturcara telah dirangka dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Anda saksikan sendiri tayang foto yang sempat dirakamkan bagi tontonan anda warga SKGR khususnya dan blogger seantaro dunia amnya.
Gong xi fa Chai Skgr 2012 Slideshow: Penglipur’s trip to Kuching, Sarawak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Thursday 5 January 2012

"BERMULA SESI PERSEKOLAHAN 2012" BANJIR DI JALAN UTAMA (LEBUH CLOUD ESTATE) SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING 2012

Tanggal 4 Januari 2012 (Rabu), bermulanya sesi persekolahan 2012. Suatu saat yang dinanti-nanti oleh pelajar baru Kelas Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Green Road khususnya dan warga sekolah amnya. Hujan lebat yang turun mencurah-curah di pagi tersebut bagaikan suatu rahmat kepada pelajar-pelajar baru khususnya.......... namun kehadiran hujan yang tidak berhenti-henti beberapa hari di Bandaraya Kuching, rupa-rupanya mendatangkan suatu fenomena banjir di Lorong Lebuh Cloud Estate yang berhadapan jalan masuk utama ke Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Fenomena banjir yang tidak diduga-duga di pagi Khamis (Hari Kedua) di lorong masuk di Lebuh Cloud Estate yang mencecah setinggi lutut warga dewasa di jalan tersebut telah menyebabkan kesesakan tahap kritikal di Jalan Green. Kesukaran kenderaan ibubapa murid untuk memasuki lorong Lebuh Cloud Estate menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut telah mendatangkan suatu masalah besar bagi kelancaran sesi persekolahan 2012. Limpahan hujan lebat yang berlaku beberapa jam menyebabkan Lorong Lebuh Cloud Estate di tenggelami banjir menyukarkan kehadiran seratus peratus kehadiran murid-murid dan juga guru-guru. Cubalah kita fikir sejenak....! Siapakah yang patut dipersalahkan? Fikir...fikirkanlah kita bersama-sama! Kita juga tidak seharusnya menuding jari menyalahkan hujan yang lebat atau sikap kecuaian manusia,..... namun jangan kita biarkan hal demikian menjadi suatu iktibar yang harus dipandang remeh. Silalah ambil tindakan yang agresif bagi menyelesaikan masalah tersebut agar tidak berulang-ulang berlaku setiap kali musim hujan lebat yang mencurah-curah membasahi bumi. Anda saksikanlah beberapa foto info banjir mendadak bagi direnungkan bersama-sama penghuni yang mendiami Lorong Lebuh Cloud Estate khususnya dan pihak yang berwajib amnya. Artikel ini bukan untuk menuding jari kepada siapa-siapa tetapi biarlah ianya jadi suatu iktibar agar ianya tidak berulang lagi."Kasian anak-anak kita yang begitu teruja menjejakkan kaki ke sekolah"
'RENUNG-RENUNGKANLAH!'
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU