free counters

Saturday 30 October 2010

MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN PERINGKAT SKGR, KUCHING 2010

Pada tanggal 30 Oktober 2010 bersamaan 22 Zulkaedah 1431H telah diadakan Majlis Khatamal Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching (Sarawak). Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Majlis ini telah dilangsungkan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Majlis ini merupakan majlis terulung bagi Program j-QAF yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2005 dan pada tahun ini, program tersebut telah menjangkau usia 6 tahun. Produk sulung atau graduan pertama program j-QAF boleh dilihat, diketahui dan dinilai pada penghujung tahun ini.  Majlis Khatam Al-Quran telah dirancang untuk menjadi titik permulaan untuk menilai kejayaan program j-QAF. Melalui majlis ini, murid-murid yang telah berjaya mencapai sasaran Modul Khatam Al-Quran Program j-QAF iaitu khatam atau atau menamatkan pelajaran Al-quran sebanyak 30 juzuk sepanjang tempoh berada di sekolah rendah akan diraikan dan diberi pengiktifan selain ia menjadi galakan dan dorongan kepada murid-murid yang kurang berjaya.

 Justeru itu, pelbagai acara telah disediakan bagi meraikan majlis tersebut. Anda saksikan tayang foto dan video yang sempat dirakam bagi memudahkan anda memahami perlaksanaan majlis tersebut.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU