free counters

Thursday 29 December 2011

MESYUARAT STAF KE-3 SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, 2011

Hari ini, 29 Disember 2011 bersamaan 3 Safar 1433 Hijri, telah diadakan Mesyuarat Staf Ke-3 Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi merancang Takwim Persekolahan Sesi 2012. Pelbagai agenda telah dirangka untuk diperbincangkan warga guru bagi persediaan bagi sesi 2011. Anda saksikanlah tayangan foto dan video yang telah sempat dirakam bagi tontonan warga Sekolah Kebangsaan Green Road khususnya dan blogger seantaro dunia amnya.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU


Mesyuarat Staf ke-3 Skgr 2011 Slideshow: Penglipur’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Sunday 20 November 2011

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI NATAL DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012

CUTI ....CUTI....CUTI....!
Selamat bercuti kepada warga Sekolah KebangsaanGreen Road, Kuching.
SELAMAT HARI NATAL DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012

Dan selamat kembali ke sekolah pada 4 Januari 2012 (Rabu).

Thursday 17 November 2011

Majlis Anugerah Cemerlang Dan Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Hari ini telah dilangsungkan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik Dan Pengumuman Keputusan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Green Road.Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Dengan adanya program sebegini, ianya akan memberi perangsang bagi meningkatkan pencapaian murid-murid di dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelbagai aturcara telah dirangkakan bagi memenuhi intipati majlis. Anda saksi dan tatapkanlah pautan tayangan foto yang diutarakan dibawah ini.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Majlis Anugerah Cemerlang Dan Pengumuman Keputusan Upsr 2011 Slideshow: Penglipur’s trip to Kuching, Sarawak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.




31 'A' Upsr sk Green Road,Kuching 2011 Slideshow: Penglipur’s trip to Kuching, Sarawak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Saturday 29 October 2011

MAJLIS KHATAM QURAN SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING 2011

JOM............ KITA PENGILAN!
"MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD KHATAM AL-QURAN" 
SABTU, 29 Oktober 2011 bersamaan 2 Zulhijjah 1432 Hijri 
telah diadakan Majlis Khatamal Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Ianya telah dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Sekolah Kebangsaan Green Road. Pelbagai aturcara telah disusun bagi memenuhi aturcara majlis tersebut. Anda saksikanlah tayangan foto dan video yang sempat dirakam bagi tatapan anda.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU




Tuesday 13 September 2011

DEBARAN UPSR SKGR 2011

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi murid-murid Kelas Tahun Enam Sesi 2011 di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching khususnya dan Sekolah-sekolah Rendah di Seluruh Negara amnya  lantaran bermulanya Debaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah sekian lama dalam penantian bagi mereka semua, kini saat-saat yang ditunggu sudah tiba. Pelbagai reaksi di wajah murid-murid Tahun Enam dapat kita lihat. Sukar untuk diperjelaskan dan digambarkan, hanya mereka sahaja yang tahu betapa Debaran UPSR dirasai oleh mereka. Bagi kita sebagai ibubapa dan pendidik ingin mendoakan semoga kejayaan mengiringi liku-liku perjuangan mereka demi merealisasikan visi sekolah SK Green Road Malar Hijau dan misi sekolah bagi Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak Menjelang 2015.
Warga SKGR ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung maupun secara yang tidak langsung di dalam menjayakan agenda sekolah untuk menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjuruskan ke arah Pencapaian Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi 2011.


SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Debaran Upsr 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Debaran Upsr 2011 Slideshow Slideshow ★ to Kuching. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Wednesday 7 September 2011

LAWATAN NAZIR BAGI PENILAIAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SKGR 2011

Alhamdulillah, 
Kami Warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching mengucapkan rasa kesyukuran di atas nikmat Allah yang tidak ternilai. Atas pencalonan sekolah bagi Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi 2011. Kehadiran rombongan pihak nazir pada tanggal 7 September 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 bagi membuat penilaian ke sekolah kami merupakan suatu rahmat bulan Ramadhan yang lepas. Di harapkan pencalonan ini, menjadikan warga sekolah  bekerja lebih keras lagi bagi menjayakan segala agenda sekolah ke suatu tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Saturday 2 July 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SKGR KUCHING, SARAWAK 2011

Hari ini tanggal 2 Julai 2011 (Sabtu) bersamaan 30 Rejab 1432 Hijri, telah berlangsung Program Larian Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak. Larian tersebut telah dimulakan serentak di seluruh negara mulai jam 7.45 pagi.Lab Kokurikulum telah diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir bagi menjayakan program tersebut. Pelbagai aturcara telah dirancang bagi memenuhi pelancaran pada hari tersebut antaranya ucapan alu-aluan, larian serentak, senaman tarian 'Chicks Dance', Poco-pocco, Pertandingan Futsal Tahap I dan sebagainya lagi. Anda saksilah sendiri tayangan foto yang diselitkan bagi tatapan warga SK Green Road Malar Hijau, PIBG dan warga blogger seantaro dunia.
Selamat Melayari
Salam 1Malaysia
Salam Malar Hijau

Thursday 30 June 2011

Mesyuarat Staf II SKGR 2011

Setiap kali tiba musim persekolahan,maka insan yang paling sibuk adalah 'Insan Yang Bergelar Cikgu'. Tidak lengkap dairi seseorang 'Cikgu atau Guru' andainya tidak disertai Program Mesyuarat Staf. Sebagai menyahut Tema Hari Guru 2011 - "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara".Maka pada tanggal 30 Jun 2011 bersamaan 28 Rejab 1432 Hijri telah dilangsungkan Mesyuarat Staf II 2011 di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi merancang segala program bagi memenuhi Takwim Persekolahan Penggal Ke-II Sesi 2011. Anda tataplah tayangan foto yang sempat dirakam bagi memudahkan anda memahami perjalanan mesyuarat yang telah dijalankan di makmal komputer di Sekolah Kebangsaan Green Road.
Selamat Menjalankan Tugas Cikgu
Selamat Melayari
Salam 1Malaysia
Salam Malar hijau

Monday 27 June 2011

Majlis Tilawah Al-Quran.Hafazan, Bercerita dan Kuiz Bahasa Arab Pringkat Sekolah Kebangsaan Green Road 2011

Pada tanggal 27-28 Jun 2011 bersamaan 25-26 Rejab 1432 Hijri, Ahli Jawatankuasa Pendidikan Agama Islam, Guru J-Qaf dan Guru-guru Fardhu Ain Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching telah berpadu tenaga mengelolakan Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan Dan Kuiz Bahasa Arab bagi peringkat sekolah. Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Sekolah Kebangsaan Green Road. Objektif majlis tersebut adalah antara lain bagi mencungkil bakat-bakat pelajar di dalam tilawah Al-Quran, menghafaz surah-surah, menghayati cerita-cerita sejarah para nabi dan rasul serta memahami bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran Kalam Allah. Untuk memudahkan anda memahami perjalanan majlis tersebut, di sini diselitkan tayangan foto yang sempat dirakam bagi tatapan warga SKGR khususnya dan blogger seantaro dunia amnya.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU


Thursday 10 March 2011

LAWATAN MUHIBBAH SEKOLAH RENDAH SEMBAWANG, SINGAPURA KE SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING SARAWAK 2011

Hari ini tanggal 10 Mac 2011 bersamaan 5 Rabiulakhir 1432 H, satu lagi catatan sejarah yang cukup bermakna kepada warga Sekolah Kebangsaan Green Road lantaran Kunjungan Muhibbah kali ke-2 oleh rombongan Sekolah Rendah Sembawang, Singapura yang bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara dua buah sekolah rendah antara dua buah negara yang berjiran di rantau Asia. Lawatan Sekolah Rendah Sembawang, Singapura pada hari ini diraikan secara sederhana lantaran hari ini merupakan Hari Peperiksaan bagi Ujian Progresif 1 bagi Tahap I (Kelas Tahun 1-3) dan Tahap II (Kelas Tahun 4-5) serta Pra-UPSR bagi Tahun 6. Pada keesokkan harinya barulah diadakan Keraian Secara Besar-besaran bagi menyambut kehadiran Rombongan Sekolah Rendah Sembawang yang akan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman bermula jam 8.00 pagi. Pelbagai aturcara telah dirancang oleh pihak sekolah bagi menyambut tetamu tanah seberang. Anda saksikanlah serba sedikit tayangan foto yang sempat dirakam pada hari ini bagi memudahkan warga SKGR khususnya dan blogger seantaro dunia amnya bagi mengetahui kunjungan lawatan tersebut.
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU


Thursday 17 February 2011

MAJLIS KERAIAN PERSARAAN USTAZAH ZAWIYAH BT AWANG HAMAT

Hari ini, 17 Februari 2011 bersamaan 14 Rabiulawal 1432 H telah diadakan Majlis Keraian Persaraan Ustaz Zawiyah Bt Awang Hamat. Ianya telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK. Tujuan majlis ini adalah untuk suatu Majlis Perpisahan Khas Buat Ustazah Zawiyah yang dihadiri oleh semua warga SKGR.
Pelbagai acara telah dirangka bagi memenuhi aturcara majlis tersebut.
Anda saksilah sendiri aturcara majlis tersebut dengan menatap tayangan foto dan beberapa rakaman video yang sempat dirakam buat santapan mata dan halwa telinga warga SKGR dan 'bloggers' seantaro dunia.
SELAMAT MENONTON
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Monday 31 January 2011

KERAIAN HARI LAHIR GURU BAGI BULAN JANUARI SKGR 2011

"SELAMAT HARI LAHIR "
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road ingin mengucapkan 
Selamat Hari Lahir kepada guru-guru yang lahir pada bulan Januari. Semoga semuanya ceria dan bahgia hendaknya.