free counters

Thursday 5 January 2012

"BERMULA SESI PERSEKOLAHAN 2012" BANJIR DI JALAN UTAMA (LEBUH CLOUD ESTATE) SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING 2012

Tanggal 4 Januari 2012 (Rabu), bermulanya sesi persekolahan 2012. Suatu saat yang dinanti-nanti oleh pelajar baru Kelas Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Green Road khususnya dan warga sekolah amnya. Hujan lebat yang turun mencurah-curah di pagi tersebut bagaikan suatu rahmat kepada pelajar-pelajar baru khususnya.......... namun kehadiran hujan yang tidak berhenti-henti beberapa hari di Bandaraya Kuching, rupa-rupanya mendatangkan suatu fenomena banjir di Lorong Lebuh Cloud Estate yang berhadapan jalan masuk utama ke Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Fenomena banjir yang tidak diduga-duga di pagi Khamis (Hari Kedua) di lorong masuk di Lebuh Cloud Estate yang mencecah setinggi lutut warga dewasa di jalan tersebut telah menyebabkan kesesakan tahap kritikal di Jalan Green. Kesukaran kenderaan ibubapa murid untuk memasuki lorong Lebuh Cloud Estate menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut telah mendatangkan suatu masalah besar bagi kelancaran sesi persekolahan 2012. Limpahan hujan lebat yang berlaku beberapa jam menyebabkan Lorong Lebuh Cloud Estate di tenggelami banjir menyukarkan kehadiran seratus peratus kehadiran murid-murid dan juga guru-guru. Cubalah kita fikir sejenak....! Siapakah yang patut dipersalahkan? Fikir...fikirkanlah kita bersama-sama! Kita juga tidak seharusnya menuding jari menyalahkan hujan yang lebat atau sikap kecuaian manusia,..... namun jangan kita biarkan hal demikian menjadi suatu iktibar yang harus dipandang remeh. Silalah ambil tindakan yang agresif bagi menyelesaikan masalah tersebut agar tidak berulang-ulang berlaku setiap kali musim hujan lebat yang mencurah-curah membasahi bumi. Anda saksikanlah beberapa foto info banjir mendadak bagi direnungkan bersama-sama penghuni yang mendiami Lorong Lebuh Cloud Estate khususnya dan pihak yang berwajib amnya. Artikel ini bukan untuk menuding jari kepada siapa-siapa tetapi biarlah ianya jadi suatu iktibar agar ianya tidak berulang lagi."Kasian anak-anak kita yang begitu teruja menjejakkan kaki ke sekolah"
'RENUNG-RENUNGKANLAH!'
SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU