VISI DAN MISI

Tuesday, 22 September 2009

PENGAWASAN UPSR 2009

Dua orang guru SKGR iaitu Cikgu Nilanthi dan Cikgu Roslan telah diberi mandat menjadi pengawas peperiksaan UPSR 2009 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee.Peperiksaan ini dijalankan pada 8 hingga 10 September 2009.Pengawasan UPSR 2009 di SKJOTS diketuai oleh Cikgu Siti Aisah bt Abdullah,timbalan beliau ialah Cikgu Roslan manakala Cikgu Cecilia, Cikgu Nilanthi dan Cikgu Rohami adalah pengawas.Pengawasan peperiksaan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kakitangan Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee serta murid-murid Tahun 6.

Thursday, 10 September 2009

AMANAT TERAKHIR SEHARI SEBELUM UPSR OLEH GURU BESAR ENCIK SHAZALI HAJI ROSDI KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 SKGR

Pada hari Isnin, tanggal 7 September 2009 suatu perjumpaan Murid-murid Tahun 6 dengan Guru Besar Encik Shazali Haji Rosdi, Pengerusi AJK Utama (Kurikulum,Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum),SKGR dan guru-guru matapelajaran Tahun 6 telah diadakan di Dewan terbuka SKGR.Perjumpaan itu diadakan bagi mendengar amanat terakhir Guru Besar sebelum Peperiksaan UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)bermula iaitu pada 8-10 September 2009.Saksikanlah sendiri tayangan video dan foto untuk tatapan anda semua.
video
video
video

Wednesday, 9 September 2009

SOLAT HAJAT UPSR SKGR 2009


Pada tanggal 20 Julai 2009, beberapa orang murid Tahun 6 telah menyertai Seminar Skor A UPSR.Seminar ini diadakan selama dua hari iaitu pada 20-21 Julai 2009di Dewan DBKU Kuching.Seminar ini dianjurkan bersama oleh Majlis Guru Besar Daerah Kuching dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.Dua orang guru turut serta sebagai guru pengiring iaitu Puan Jenef Henry Nessen dan Cik Law Lee Ee. Diharapkan murid-murid yang telah menyertai seminar ini dapat menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang telah ditimba dapat mempertingkatkan peratusan kelulusan UPSR 2009 Sekolah Kebangsaan Green Road.

Wednesday, 2 September 2009

PENYERAHAN RASMI MENTEE KEPADA MENTOR DAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN,BERCERITA KISAH NABI SERTA KUIZ BAHASA ARAB ANJURAN PANITIA PI/BA



Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita Kisah-kisah Nabi dan Kuiz Bahasa Arab bertempat di Surau Baru (Bilik J-QAF) Sekolah Kebangsaan Green Road pada 6-7 Ogos 2009 Bersamaan 15-16 Syaaban 1430H. Kumpulan sasaran bagi penyertaan pertandingan ini ialah Murid-murid Islam Tahun 3, 4 dan 5. Pertandingan ini merupakan Program Tahunan Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa Penghayatan Islam SKGR. Pertandingan ini dirancang untuk mencungkil dan mengembangkan bakat murid-murid Islam dalam kurikulum dan kokurikulum Pendidikan Islam sekaligus memupuk minat mendalam dalam matapelajaran Bahasa Arab.

Objektif:
1. Memupuk minat membaca, menghayati dan mengamalkan isikandungan Al-Quran di kalangan murid-murid Islam SK Green Road.

2. Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada murid tentang tanggungjawab dan nilai-nilai muri yang terdapat di dalam Al-Quran.

3. Memperluaskan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum Pendidikan Islam khasnya yang berkaitan dengan Al-Quran.

4.Menyediakan barisan pelapis ke musabaqah,perujian dan pertandingan yang seumpamanya di peringkat zon, bahagian dan kebangsaan.

5. Menanamkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap Bahasa Arab.

6.Mengukuhkan ukhuwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai Al-Quran.