free counters

Tuesday 13 September 2011

DEBARAN UPSR SKGR 2011

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi murid-murid Kelas Tahun Enam Sesi 2011 di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching khususnya dan Sekolah-sekolah Rendah di Seluruh Negara amnya  lantaran bermulanya Debaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah sekian lama dalam penantian bagi mereka semua, kini saat-saat yang ditunggu sudah tiba. Pelbagai reaksi di wajah murid-murid Tahun Enam dapat kita lihat. Sukar untuk diperjelaskan dan digambarkan, hanya mereka sahaja yang tahu betapa Debaran UPSR dirasai oleh mereka. Bagi kita sebagai ibubapa dan pendidik ingin mendoakan semoga kejayaan mengiringi liku-liku perjuangan mereka demi merealisasikan visi sekolah SK Green Road Malar Hijau dan misi sekolah bagi Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak Menjelang 2015.
Warga SKGR ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung maupun secara yang tidak langsung di dalam menjayakan agenda sekolah untuk menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjuruskan ke arah Pencapaian Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi 2011.


SELAMAT MELAYARI
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MALAR HIJAU

Debaran Upsr 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Debaran Upsr 2011 Slideshow Slideshow ★ to Kuching. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

No comments:

Post a Comment