free counters

Thursday 2 January 2014

KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2014

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2013 telah berlalu dengan meninggalkan pelbagai kenangan buat seisi keluarga di serata Malaysia. Yang murah rezeki dapatlah jua membawa keluarga "Cuti-cuti dalam negara dan juga cuti-cuti luar negara". Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi mengisi masa bersama ahli keluarga untuk menyemaikan kasih sayang, meningkat motivasi anak-anak agar belajar lebih tekun dan sebagai ganjaran atas segala usaha anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum. Murid-murid yang telah berjaya di kedua-dua bidang tersebut telah berkesempatan dibawa oleh ibubapa melancong lantaran di atas kecemerlangan mereka. Bagi yang tidak berkemampuan, balik ke kampung halaman menjengok datuk dan nenek jua bagi melepas rasa kerinduan mereka. Kembali ke kampung halaman ayah atau ibu mengembalikan nostalgia kedua ibu bapa kita dan anak-anak tentang tempat-tempat bermain yang sukar untuk dilupai mereka. Kini, tiba pula Musim Persekolahan 2014. Saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak ke gerbang persekolahan ke suatu tingkat kelas yang baru. Bagi yang baru masuk persekolahan Tahun Satu, inilah saat-saat yang selama ini mereka tunggu yang akan mengajar mereka hidup berdikari di sebuah institusi yang diberi nama 'SEKOLAH'. Program Transisi tiga minggu yang dirancang pihak sekolah akan memberi peluang kepada mereka mengenali alam persekolah yang sebenarnya. Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching berasa berbesar hati memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar baru. Guru Kelas Tahun Satu ibarat berperanan sebagai guru dan juga ibu di sekolah. Kepada Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, usahlah risau. Anak-anak anda akan mendapat pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Untuk tatapan ibu bapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road, anda saksilah tayangan foto yang sempat dirakam sepanjang Sesi Program Transisi 2014.
SALAM SATU MALAYSIA SALAM MALAR HIJAU

No comments:

Post a Comment