free counters

Tuesday 28 January 2014

MAULIDUR RASUL 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, SALAM MAULIDUR RASUL 2014 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD, KUCHING. Bersempena dengan ketibaan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W,Warga Sekolah Kebangsaan Green Road ingin merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh Malaysia khususnya dan seantaro dunia amnya. Kelahiran baginda merupakan satu anugerah Allah kepada seluruh umat manusia seantaro dunia lantaran kelahiran baginda membuka lembaran baru hijrahnya umat manusia ke arah ketakwaan kepada Allah Azza Wajjala. Semoga keraian Maulidur Rasul 2014 di Sekolah Kebangsaan Green Road yang dilaksanakan meskipun secara sederhana namun diharap dapat memberikan suatu pengertian yang amat besar kepada warga sekolah betapa kita amat mencintai dan ingin mencontohi akhlak rasulullah S.A.W dalam menjalani sebuah bahtera kehidupan ini. Pelbagai aturcara telah dirangka bagi memenuhi majlis ini, antaranya ceramah agama yang dipimpin oleh Ustaz Tuan Haji Mohamad bin Haji Mokarat (Jabatan Mufti Negeri Sarawak), dan persembahan kumpulan nasyid Sekolah Kebangsaan Green Road. Semoga segala usaha kita semua meraikan Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah mendapat rahmat daripada Allah dan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W di akhiratnya nanti.InsyaAllah...........Amin! Untuk ini saksikanlah tayangan foto yang sempat dirakam bersempena dengan majlis tersebut. SALAM MAULIDUR RASUL SALAM MALAR HIJAU
Powered by TripAdvisor

No comments:

Post a Comment