free counters

Saturday 31 October 2009

PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA DI SKGR 2009

Hari ini, Jumaat tanggal 23 Oktober 2009 satu lagi program dijalankan di Sekolah Kebangsaan Green Road bagi mengisi Takwim Persekolahan 2009. Program ini merupakan salah satu Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)iaitu PERAYAAN DEEPARAYA 1MALAYSIA 2009.



Perayaan 'DEEPARAYA' mungkin suatu yang baru bagi seseorang yang belum mengenali perayaan ini.Wujudnya fenomena 'DEEPARAYA'ini adalah sebenarnya berlandaskan perayaan bersama atau dengan lain perkataan 'BERKONGSIRAYA'. Istilah 'DeepaRaya" ini sebenarnya ialah gabungan dua perayaan yang dirayakan yang mana kedua-dua perayaan tersebut dirai pada tahun yang sama tetapi tarikh perayaan tersebut begitu hampir diantara satu perayaan dengan perayaan yang lain, contohnya perayaan Hari Raya Aidil-Fitri dan Hari Raya Deepavali pada tahun ini yang jarak tarikh diraikan begitu hampir sekali.Hari Raya Aidil-Fitri dirayakan umat Islam seluruh Malaysia pada tanggal 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H manakala Deepavali dirayakan penganut agama Hindu pada 17 Oktober 2009.

Mungkin timbul pertanyaan dibenak blogger-blogger Malaysia atau sesiapa sahaja yang sempat bertandang di BLOG MALAR HIJAU ini. Mengapa pula perayaan ini dirayakan di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK? Apakah agaknya keistimewaan yang dimiliki oleh warga Sekolah Kebangsaan Green Road hinggakan perayaan tersebut dikenali Perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA' pada tahun ini.Yang jelasnya, sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum yang menjadi tenaga pengajar dan murid-murid sekolah yang sedang menimba ilmu di sekolah ini.Untuk pengetahuan semua,sekolah ini adalah lambang 'MINI MALAYSIA', di mana tenaga pengajar dan murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, India, Punjabi, Bajau, Bisayah dan sebagainya lagi.

Perayaan DEEPARAYA 1MALAYSIA' yang diraikan pada tahun ini di SKGR merupakan lanjutan atau rentetan semangat 1MALAYSIA yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.
Pelbagai acara telah dirancangkan bagi mengisi dan menepati program Deeparaya 1Malaysia pada tahun ini. Diantaranya nyanyian lagu raya yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Koir Guru yang diketuai oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)dan semua guru, persembahan Tarian oleh Gabungan Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5, persembahan paluan kompang yang ketuai oleh Encik Hashim Jili (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),Pertandingan Pakaian Beragam Mengikut Etnik Kaum,Pertandingan Karaoke Lagu Raya oleh guru dan murid, dan sebagainya lagi. Tak ketinggalan 'Kelas Terbuka Hari Deeparaya'. Akhir sekali diselitkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Anjuran Klinik Pergigian Sekolah Kebangsaan Green Road.


Anda selamilah sendiri perayaan 'DEEPARAYA 1MALAYSIA SKGR 2009'dengan persembahan tayangan foto dan slot video sebagai tatapan istimewa buat anda yang sudi bertandang di blog MALAR HIJAU.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DAN SELAMAT HARI RAYA DEEPAVALI" khususnya kepada warga Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching SARAWAK dan rakyat MALAYSIA amnya.

1 comment:

  1. WOW !! I miss my school very much . -Govitra-

    ReplyDelete