free counters

Saturday 31 October 2009

SAFARI MEMBACA SKGR 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
(Surah Al-‘Alaq: Ayat 1-5)

Sehubungan dengan itu, Program PASCA UPSR diteruskan sekali lagi dengan menyelitkan PROGRAM SAFARI MEMBACA kepada murid-murid Tahun 6 yang melibatkan 4 buah kelas iaitu, Kelas Tahun 6 Arif, Kelas Tahun 6 Bestari, Kelas Tahun 6 Cerdas dan Kelas Tahun 6 Dinamik sebagai salah satu program berterusan bagi memenuhi pengisian Takwim Persekolahan Sekolah Kebangsaan Green Road 2009.

Pada tanggal ini, 26 Oktober 2009 telah dijalankan program tersebut di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Green Road. Program tersebut telah dijalankan di bawah kelolaan AJK Penyelaras Program Pasca UPSR sekolah.Seramai 144 orang murid telah terlibat di dalam program tersebut yang mengambil masa bacaan selama 3 jam 45 minit tanpa henti.Murid-murid akan bergilir-gilir membaca setiap satu perenggan sebuah buku cerita yang telah dipilih oleh ahli jawatankuasa penyelaras program Pasca UPSR bagi setiap orang murid sehingga buku itu selesai dibaca kesemua perenggan-perenggan yang terdapat di dalam buku tersebut. Beberapa orang guru yang terlibat secara langsung yang mengajar di Kelas Tahun 6 dan juga guru yang 'sit in'akan dikehendaki memantau perjalanan Program Safari Membaca tersebut.
Anda tataplah sendiri tayangan foto yang dipertontonkan ini bagi menjelaskan suasana program itu yang telah dilaksanakan oleh AJK Penyelaras Program Pasca UPSR 2009 Sekolah Kebangsaan Green Road.

No comments:

Post a Comment