free counters

Saturday 17 October 2009

PROGRAM PASCA UPSR- "CERAMAH DADAH DARIPADA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAN DEMONSTRASI ANJING PENGESAN DADAH DARIPADA KASTAM DIRAJA MALAYSIA" DI DEWAN TERBUKA SKGR 2009

Pada tanggal 14 Oktober 2009, Kelab Kaunseling telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan dadah. Ceramah ini diadakan sebagai satu daripada PROGRAM PASCA UPSR 2009 Murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid Tahun Enam tentang bahayanya dadah yang merupakan musuh no. 1 di Malaysia pada masa ini.Antara agensi yang terlibat di dalam program ini ialah Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan Unit Pencegahan Dadah Kastam Diraja Malaysia.

Ceramah pada kali ini terdiri daripada 2 Slot Ceramah iaitu "Dadah,Jenis-jenis Dadah dan Implikasinya" dan "Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah".
Diharapkan ceramah ini dapat memberikan kesedaran yang semaksimanya kepada muri-murid agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan "DADAH".
Staf dan Kakitangan Akademik serta kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching dan pihak Kastam Diraja Malaysia di atas kesudian menerima jemputan bagi memenuhi salah satu Program Pasca UPSR 2009.

No comments:

Post a Comment