free counters

Monday 25 January 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN PAGI ISNIN, PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA, PENYAMPAIAN HADIAH KELAS PALING BERSIH DAN KERAIAN HARI LAHIR GURU SKGR


Perhimpunan Mingguan Pagi Isnin ini, tanggal 25 Januari 2010 bersamaan 9 Safar 1431H merupakan suatu perhimpunan mingguan biasa namun perhimpunan kali ini telah diselitkan tiga acara sampingan iaitu Majlis Penyerahan Wang Derma Warga SKGR kepada seorang Ibu (pelajar) yang mana ayahnya telah meninggal dunia, Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih dan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Guru SKGR.
Cuaca pagi ini sungguh lembap dan malap bagaikan ada petanda yang hendak disampaikan alam Ciptaan Illahi yang tidak diketahui oleh sebilangan warga SKGR. Seperti kebiasaannya pagi-pagi begini, murid akan didendangkan irama ucapan dan amanat Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar)  yang menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan tentang pendidikan masa kini dan sebagainya. Selesainya sahaja ucapan GB, Encik Hashim B Jili (Penolong Kanan HEM) telah memaklumkan suatu berita yang amat memilukan warga SKGR tentang kematian ayah kepada pelajar Tahun Tiga Dinamik dan Tahun Lima Dinamik.Dengan kesempatan ruang yang ada pada pagi ini, pihak sekolah telah menjemput balu (Puan Nancy Merikan/ibu) kepada murid Tahun Tiga dan Tahun Lima tersebut untuk tampir ke pentas bagi menerima Sumbangan Ikhlas Warga SKGR. Diharapkan sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan serba sedikit bebanan balu tersebut. Dan pihak sekolah berdoa semoga roh mendiang dalam keadaan aman.
   
 
 
Sesudah selesainya Majlis Penyerahan Sumbangan Derma, majlis diteruskan dengan satu lagi kejutan buat pelajar SKGR iaitu Penyampaian Hadiah Kelas Paling Bersih kepada adik Jonathon Jeff Ketua Darjah Kelas Tahun Satu Bestari.Kelas ini diterajui oleh Puan Yusnita Sa'adi. Hadiah tersebut yang berupa sebuah piala dan sebungkus hadiah untuk semua murid yang telah disampaikan oleh Encik Shazali Haji Rosdi (Guru Besar SKGR).

Majlis pagi ini tidak terhenti di situ sahaja, malah suatu lagi kejutan telah diumumkan dari Bilik Konti di Blok A yang dihebahkan oleh Puan Hayati bt Salleh iaitu Majlis Keraian Hari Lahir Bulan Januari bagi 8 orang guru SKGR.Mereka ini ialah Ustaz Wan Nik Kamal, Encik Sivabalan, Puan Surimawati, Puan Getrude Da'au, Puan Mayumi, Puan Intier, Puan Helen dan Puan Sumariati. Bersempena dengan keraian ini, Warga SKGR ingin merakamkan ucapan
"SELAMAT HARI LAHIR,
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR".
Semoga hari ini memberi suatu nostalgia yang menjadi kenangan sepanjang hayat.


Anda tontonlah tayangan foto yang disediakan ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan informasi yang berguna. Terima kasih. Salam Malar Hijau!

1 comment:

  1. Alangkah bertuahnya cikgu-cikgi di SK Green Road dirai sedemikian rupa.Sesuatu yang cukup cukup mendatangkan suatu nostalgia selepas bersara nanti. Syabas peneraju SK. Green Road.

    ReplyDelete