free counters

Monday 4 January 2010

BERMACAM GELAGAT WARGA SKGR APABILA BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN 2010


'CUTI  AKHIR TAHUN SUDAH BERAKHIR, PERSEKOLAHAN PULA BERKUNJUNG TIBA'

Itulah kelazimannya apabila kita masih di bangku sekolah, 'Cuti...Sekolah,.....Cuti....Sekolah'. Malahan ada di kalangan pelajar-pelajar di negara kita tidak sabar-sabar nak menghabiskan zaman mentah di bangku sekolah. Namunpun demikian,  bagi adik-adik kita yang baru mengenal bangku dan kerusi sekolah, hari ini merupakan detik catatan sejarah dimemori kehidupan mereka di mana mereka akan mengenal siapakah sebenarnya 'CIKGU'  mereka.

Di sinilah mereka mula mengenal...'cikgu',... 'tandas',... 'kantin',..dan sebagainya lagi. Malah ada sebahagian daripada adik-adik atau anak-anak kita ini sudah ada yang pandai berdebat dengan ibubapa atau adik-beradik mereka tentang sesuatu perkataan yang disebut oleh ibubapa atau sesiapa sahaja yang sebutannya lain daripada apa yang mereka pelajari daripada 'CIKGU' mereka di sekolah akan dipertikaikan sebutan lantaran mereka sudah merasai kehidupan bergelar 'murid di bangku sekolah'.











Lantaran hal inilah maka pada detik ini, tanggal 4 Januari 2010 bersamaan 18 Muharam 1431H telah bermulanya Sesi Persekolahan 2010 di Sekolah Kebangsaan Green Road. Pelbagai gelagat boleh ditontonkan sama ada gelagat ibubapa, penjaga apatah lagi gelagat anak-anak kita terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan di Tahun Satu dan tidak ketinggalan juga gelagat 'Cikgunya'.

Anda tonton dan tatapilah karenah atau gelagat mereka yang baru mengenal bangku dan kerusi di sekolah yang sebenarnya. Ayuh....saksikanlah....tayangan yang berikutnya!

No comments:

Post a Comment