free counters

Thursday 18 June 2009

Catatan Sejarah Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat Bangunan Baru SKGR Tanggal 21 Mei 2009


Malam ini (malam Jumaat) tanggal 21 Mei 2009 adalah malam yang bertuah bagi warga SKGR kerna malam inilah berlakunya permulaan sejarah gemilang yang bakal dinikmati murid-murid di sekolah ini. Majlis Bacaan Yassin yang disertai oleh Guru Besar, guru-guru, ibubapa dan murid-murid akan menjuruskan kita warga SKGR untuk terus bekerja keras dengan semangat dedikasi,cekal, tabah dan memandang terus ke hadapan bagi merealisasikan visi dan misi kita untuk melahirkan insan (murid-murid) yang berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015. Visi dan misi ini tidak akan kita kecapi bilamana kita hanya duduk termenung bagai pungguk rindukan bulan.
Ayuh!!! Guru-guru, ibubapa-ibubapa dan murid-murid sekalian!
Marilah kita menanam tekad dan keazaman untuk terus berusaha dengan semangat jitu dan sefahaman bahawa malam ini adalah malam kita melafazkan penuh kesyukuran serta redha dengan pertolongan ALLAH.
Anggaplah malam ini, malam kita mengikat azimat dan niat untuk terus memajukan sekolah menuju sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Malam ini, malam bacaan Yassin dan bacaan doa selamat kepada semua warga SKGR tidak kira bangsa,warna kulit dan pegangan agama untuk terus bersatuhati mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan hati yang terbuka luas dengan ikhtikad bahawa kita semua perlu berusaha lebih tekun dan gigih untuk mencapai matlamat kita ke arah SKGR yang lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang lagi.
Marilah kita usahakan bersama-sama!!!

No comments:

Post a Comment