free counters

Tuesday 16 June 2009

Catatan Sejarah Sekolah Satu Sesi Terlakar di SKGR Pada 15 Jun 2009


Hari ini merupakan satu catatan sejarah di dalam Kalendar Persekolahan Sekolah Kebangsaan Green Road.Ini kerana, pada tanggal ini satu lagi peristiwa yang amat perlu dingati oleh semua warga sekolah iaitu Sekolah Satu Sesi. Selepas lebih kurang 30 tahun berada di dalam sekolah dua sesi, di mana Tahap I berada di sesi petang manakala Tahap II berada di waktu pagi.
Tidak dapat digambarkan di dalam hati setiap warga sekolah ini, betapa detik ini 15 Jun 2009 bermula jam 7.00 pagi warga sekolah telah berkumpul di Dewan Terbuka untuk melakarkan detik sejarah bermulanya sekolah satu sesi.Catatan pada tanggal ini merupakan suatu catatan paling bersejarah lantaran ianya berada betul-betul di tengah-tengah bulan Jun dan di tengah-tengah tahun 2009.Murid-murid yang paling bertuah merasai catatan sejarah ini ialah murid-murid yang berada di Tahun Tiga pada tahun ini kerana mereka betul-betul berada dalam 3TT. Di tengah-tengah tiga tahun persekolahan daripada 6 tahun persekolahan, di tengah-tengah bulan Jun dan di tengah-tengah tahun 2009.
Encik Shazali bin Rosdi iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Green Road yang baru merupakan insan yang amat bertuah bergelar Guru Besar di sekolah ini lantaran catatan sejarah yang tercatat pada tanggal 15 Jun 2009. Catatan sejarah yang telah terlakar pada tanggal tersebut merupakan catatan sejarah peribadi beliau kerana beliau baru sahaja menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini pada bulan Januari
2009. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching.
Foto-foto yang dipaparkan di atas merupakan suatu realiti tercatatnya sejarah yang paling istimewa buat warga sekolah bagi tatapan pelawat-pelawat BLOG MALAR HIJAU. Malar Hijau ialah visi sekolah ini yang juga membawa maksud EVER GREEN.

No comments:

Post a Comment