free counters

Friday 26 June 2009

Pertandingan Bola Sepak Piala Perak 11TKB Zon A Kuching 2009


Pada tanggal 25-26 Jun 2009, satu Pertandingan Bola Sepak Piala Perak 11 Tahun Kebawah Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Zon A Kuching telah diadakan di dua venue yang berasingan iaitu di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana dan di Padang Sekolah Kebngsaan Satria Jaya. Di antara pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road, Sekolah Kebangsaan Tabuan Jaya, Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Sekolah Kebangsaan Catholic Inggeris dan sekolah Kebangsaan St. Andrew. Perlawanan di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana adalah terdiri daripada kumpulan A dan Kumpulan B.
Manakala bagi venue yang kedua ianya diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Kuching. Antara pasukan-pasukan yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan St. Joseph, Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Sekolah Kebangsaan Combined dan Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu.Perlawanan di venue ini adalah daripada kumpulan C dan Kumpulan D.
Sekolah Kebangsaan Green Road diletakkan berada di dalam kumpulan A
Pemenang bagi kedua-dua venue tersebut akan bertemu pada Perlawanan Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir pada keesokkan harinya iaitu pada 26 Jun 2009 di padang Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching.
Catatan Perlawanan Sekolah SKGR pada 25 Jun 2009:
Masa 0800-0845 pagi. Perlawanan diantara SK. Green Road,Kuching lawan SK. Tabuan Jaya, Kuching. Pengadil Perlawanan ialah En.Jorome,En. Wan Mohieddin, dan En. Roslan. Keputusan Perlawanan ialah 1 - 0.
Pada jam 2.00-2.45 petang, Perlawanan diantara SK. Green Road,Kuching lawan SK. St Andrew. Pengadil Perlawanan ialah En. Hairee,En.Armizan dan Ustaz Mahdi. Keputusan perlawanan ialah berkesudahan 0 - 2.
Penyertaann SK Green Road dalam Pertandingan Bola Sepak kali ini adalah merupakan penyertaan yang pertama dan bagi memberikan pendedahan awal serta pengalaman kepada pemain-pemain bola sepak SKGR. Setiap pertandingan ada kalah dan ada menangnya. Tapi yang paling mustahak bagi warga SKGR ialah proses menimba pengalaman dan pendedahan awal kepada semua lapisan murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Road. Kemenangan pada penyertaan pertama dan perlawanan pertama di Padang Sekolah Kebangsaan Laksamana adalah merupakan catatan sejarah kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Green Road. Di harapkan kejayaan ini melakarkan noktah permulaan menuju visi dan misi sekolah iaiitu MALAR HIJAU dan Melahirkan Pelajar Yang Berkemenjadian Diri Negeri Sarawak 2015.Doakan kami warga SKGR.....!


Adik Khairie Akmal adalah merupakan salah seorang daripada pemain pasukan Bola Sepak SKGR yang terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Zon A Kuching.

1 comment:

  1. Teruskan usaha yang murni ini demi untuk anak-anak kita di masa depan.

    ReplyDelete