free counters

Sunday 12 July 2009

Biodata Atlit Sukan Sekolah Kebangsaan Green Road


Mohamad Syazwan. Nama yang tidak asing lagi di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching. Sebut sahaja sukan bola sepak atau futsal serta olahraga, nama Syazwanlah yang selalu bermain dibibir pelajar-pelajar di SKGR lantaran kehebatannya menguasai kemahiran-kemahiran di dalam bidang sukan yang amat digemarinya itu. Dilahirkan pada 25 April 1997 di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Syazwan mempunyai cita-cita yang ingin digapainya iaitu Pegawai Kastam dan juga ingin menjadi pemain bola sepak padang dan futsal secara profesional. Ayah Syazwan, Encik Busrah merupakan seorang ayah yang amat penting didalam merealisasikan cita-cita Syazwan menjadi suatu realiti. Beliau merupakan pemain kesebelasan utama pasukan bola sepak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ayah Syazwan merupakan pendorong utama penglibatan Syazwan di dalam bidang sukan terutama sekalinya sukan bola sepak dan futsal. Ayah Syazwan merupakan ayah yang cekal dan tidak pernah menunjukkan sikap berputus asa dengan minat yang ditunjukkan oleh anak beliau. Di mana sahaja lokasi permilihan penglibatan Syazwan di dalam sukan bola sepak dan futsal, beliau tetap menghantar Syazwan bagi sesi permilihan kesebelasan utama pemain samada di peringkat sekolah, zon, daerah, bahagian dan hingga ke peringkat negeri.
Penyertaan Dan Pencapaian Di Bidang Sukan:
Olahraga
Kejohanan Olahraga Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara Lompat Jauh (11 TKB) - Pingat Emas
2. Acara 200 meter (11 TKB) - Pingat Perak
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Sekolah Rendah Gabungan Kuching 2009
1. Acara 4x100 meter Lelaki (12TKB) - Pingat Emas
Kejohanan Olahraga Antara Zon A MSSR Kuching 2008
1. Acara 4x200 meter (11TKB) - Pingat Perak
Bola Sepak Dan Futsal
Klinik Bola Sepak Peringkat Sekolah 2007
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Lelaki (11TKB) Peringkat Gabungan Kuching 2008
1. Naib Johan
1st Junior Futsal Tournament Under 12 2008
1. Pemain Terbaik
2. Best Fairplay Team
Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2008
1. Naib Johan
Pertandingan Bola Sepak Lelaki 12 TKB MSSR Bahagian Kuching 2009
1. Tempat Ketiga
Karnival Futsal (MILO) Hidup Bola di Sabah 2009
1. Bawah 12 Tahun MSSR Sarawak - Tempat Ketiga
Kejohanan Bola Sepak MSSM (Antara Negari) di Kelantan 2009
1. Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Sarawak.
Menyertai Ujian (TID) Pemilihan Ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor 2009
Warga Sekolah Kebangsaan Green Road mendoakan agar Syazwan terus mencapai kejayaan untuk masa-masa yang akan datang dan menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain.
MAKLUMAT TERKINI
Pemenang Anugerah Cemerlang Kokurikulum (L) 2009
(Majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2009)
Telah terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment