free counters

Saturday 11 July 2009

Mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road Kuching, 2009


Pada hari Khamis tanggal 9 Julai 2009, satu mesyuarat AJK Utama Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching yang merangkumi AJK Kurikulum, AJK Hal-Ehwal Murid (HEM) dan AJK Kokurikulum telah diadakan secara serentak di tiga lokasi kelas yang berlainan.

AJK Kurikulum mengadakan mesyuarat di kelas 4 Bestari. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cikgu Maskolia bt Maslatip iaitu Penolong Kanan Pentadbiran. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi merangka dan melaksaankan Program Kurikulum Peringkat Sekolah Satu Sesi bagi Sesi Persekolahan Penggal II 2009.

Manakala Mesyuarat AJK Hal-Ehwal Murid dipengerusikan oleh Cikgu Hashim b Jili iaitu Penolong Kanan Hem.Ianya diadakan di Kelas Tahun 4 Cerdas. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi merangka program-program yang menjuruskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Green Road bagi Sesi Penggal II. Beberapa agenda sedang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut bagi melaksanakan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan bagi Persekolahan Satu Sesi SKGR 2009.

Adalah tidak lengkap sesebuah institusi pendidikan di negara kita, seandainya perkembangan sahsiah murid-murid tidak dititikberatkan.Bagaikan sebatang pokok yang tidak mempunyai kekukuhan tegaknya di bumi nyata berpasakkan kekuatan akar, batang, dahan-dahan, ranting-ranting kecil dan dedaunan yang menghijau serta bunga-bunga yang mekar berkembang. Di samping itu tidak lengkap sebatang pokok seandainya tidak mengeluarkan buah yang enak dan warna yang memikat si peminatnya. Maka dengan itulah juga, AJK Kokurikulum tidak mahu tertinggal ke belakang dalam menyahut MISI SKGR iaitu MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEMENJADIAN DIRI NEGERI SARAWAK 2015. Pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan telah disertai oleh murid-murid terutamanya murid-murid di Tahap II iaitu Murid Tahun 4, 5 dan 6.
Untuk itu, AJK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching juga telah merangka segala program KK di peringkat sekolah seperti Futsal, Badminton, Bowling,Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Bahasa, Kelab Usahawan dan banyak lagi.
Kesemua Perancangan Program Kokurikulum bagi Sesi Persekolahan Penggal II akan dipantau dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh untuk menjuruskan slogan "KK untuk peningkatan kesihatan dan kecerdasan minda".

3 comments:

  1. Hai cikgu saya macam mana buka NOLOGO ini ! Nabil Iman Redzuan

    ReplyDelete
  2. Hai cikgu ...cikgu di Mana? Nabil Iman Redzuan

    ReplyDelete
  3. Cikgu tahu tak {H1N1} Itu Nabil Iman

    ReplyDelete