free counters

Wednesday 22 July 2009

Kelab Kesenian dan Kebudayaan SKGR

Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak merupakan satu-satunya kelab yang ditubuhkan di sekolah yang berperanan bagi mewujudkan warga sekolah yang sihat yang terdiri daripada pelbagai etnik di SK Green Road khususnya dan Malaysia amnya.Sekolah ini bolehlah diketegorikan sebagai lambang Mini Malaysia lantaran kaum-kaum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Green Road ini. Kelab Kesenian dan kebudayaan di SKGR diletakkan di bawah Sektor Kokurikulum. Kelab ini diketuai oleh Cikgu Esah Tian yang juga merupakan guru penyelaras kelab tersebut.Kelab Kesenian dan Kebudayaan ini dijalankan pada setiap petang Jumaat. Kelab ini dibantu oleh seorang jurulatih tari yang didatangkan khas daripada Badan Kesenian dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Sarawak.

Marilah kita sama-sama renungkan wajah-wajah 1MALAYSIA yang diwar-warkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang realitinya di Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching.

1 comment:

  1. Slm cikgu..

    baguslah sek cikgu,siap jemput jurulatih dari luar lagi. Usaha seperti inilah yang perlu dicontohi oleh pihak mahupun sekolah lain.

    * Bukan apa cikgu, sek aku pun ada juga kelab cm ni. Tapi sekadar nama ja. Suruhlah menari, tungang-langang murid2 tu.hehehe..slm perkenalan..

    ReplyDelete